Emosi The Gadys dalam Gagal Cinta

 


Kemunculan ‘girl band’ The Gadys pada 2021 memberi

warna baharu dalam industri muzik sekaligus kembali merancakkan dunia hiburan tempatan.

Kumpulan yang bermula dengan empat wanita berbakat memulakan kerjaya nyanyian

menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya

Aidilfitri lalu kini kembali aktif bersama dengan ahli baharu.

Menurut Airrol Azman, Pengarah Urusan Valient Music, The Gadys yang dibarisi dua anggota

asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi dengan muka baharu Thamiera Chan,

merupakan hasil ‘perkahwinan’ Universal Music Malaysia dan Valient Music. Beliau optimis

kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan. Buktinya, mereka yang

mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta tanda suka dalam TikTok

cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.

Selepas muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan

tradisional, The Gadys kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Gagal Cinta.

Ayunie berkata, lagu Gagal Cinta adalah single yang cukup istimewa buat mereka. Ayunie

menceritakan bahwa lirik lagu Gagal Cinta ini kalau difahamkan, maksud dia agak mendalam

dan ada mesej yang nak disampaikan. Walaupun melodinya rancak dan ‘catchy’ tetapi

hakikatnya lirik lagu Gagal Cinta ni sedih sebenarnya.

Ayunie juga berkata, begitu juga ketika proses rakaman lagu, sangat seronok dan

berjalan lancar. Semasa rakaman, kami meletakkan emosi pada setiap nyanyian untuk Gadys

merasai atau menjiwai lirik lagu gagal cinta ini. “Seperti yang saya cakap, walaupun lagu Gagal

Cinta ni ‘catchy’, tetapi liriknya akan membuat seseorang pendengar itu memahami lirik dari

awal sampai habis,” katanya.

SIARAN MEDIA

Berkongsi mengenai proses rakaman video muzik (MV) pula, Aznie berkata mereka menjalani

latihan menari bagi memberikan hasil yang terbaik. Aznie menceritakan bahawa proses

rakaman MV dimulakan dengan pra produksi iaitu menjalani latihan menari dan koreografi

bersama Aisya Marissa. Sewaktu sesi latihan pula, kami memang seronok mempelajari setiap

‘step’.

Aznie turut berkata, semasa rakaman MV, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semua

pasukan produksi memberikan kerjasama yang baik. MV ini membabitkan rakaman lokasi

dalam dan luas. Bila ‘outdoor’ hanya cuaca sahaja cabaran kami, sebab sangat panas. Tapi,

‘glam team’ akan memastikan kami kekal menarik dan selesa. Menurut Aznie, konsep MV

Gagal Cinta adalah ‘storytelling, partner dance and emotion’.

“Lagu Gagal cinta ini sangat ‘catchy’ untuk dinyanyikan bersama, tetapi lirik yang sangat

‘straightforward’ mengenai hubungan cinta yang gagal. Jadi, konsep MV Gagal Cinta ini

menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal percintaan dengan lelaki yang sama cuma

berbeza karakter,” katanya.

Thamiera yang merupakan ahli baharu pula berkongsi cabaran dilalui sepanjang proses

menyiapkan lagu dan MV Gagal Cinta. Thamiera berkata sepanjang proses menyiapkan lagu

Gagal Cinta ini adalah sangat senang bersama komposer Adib. Adib banyak memberikan

cadangan dan pendapat buat kami untuk mencapai hasil yang memuaskan.

Thamiera berkata, lirik lagu ini sangat sedih sebenarnya, jadi kami dan Adib bersama-sama

menghasilkan karakter di dalam lagu ini supaya sesuai dengan konsep ‘sing along’ yang kami

cuba hasilkan.

“Terdapat beberapa cabaran sewaktu merakam MV, tapi hasil yang kami dapat dengan

cabaran yang kami hadapi tidak sia sia. Memandangkan ini debut pertama saya, saya tidak

merasa diri saya sangat tercabar lagi. Semua berjalan dengan lancar. Akhir sekali, saya teruja

untuk single baru yang akan datang,” katanya.

SIARAN MEDIA

The Gadys juga berharap lagu Gagal Cinta ini mendapat tempat di hati pendengar dan

pencinta muzik tanah air. Menerusi lagu ini anda mungkin mengimbau masa percintaan lama.

Semoga lagu ini juga dapat dijadikan lagu yang menyentuh, memberi semangat dan

menghibur. Semoga ia tidak hanya dinikmati di masa ini, tetapi juga di masa yang akan datang,

insya-Allah

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM