Skip to main content

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 BERIKAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKUP LUMAYAN


MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 KEMBALI DENGAN LEBIH 50 AKTIVITI HOBI 
DAN LEBIH 250 PEMPAMER HOBI
Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke-5 menjanjikan lebih dari 50 
jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, 
haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi.

Malaysia Hobby Expo akan berlansung selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 haribulan 
Disember 2023 yang juga melibatkan Konsert “Passion of Sound” pada 2hb Disember 2023. 
Acara ini disempurnakan bersama penganjur utama Specta Group Venture di MAEPS 
Serdang sebagai Lokasi Rasmi & Shopee sebagai penaja utama Malaysia Hobby Expo 2023.
Pengasas Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq menyatakan kewujudan 
Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. 
Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.
“Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 
2019.”
Acara ini adalah acara yang ke-5 sejak penubuhannya pada 2016 dan bangkit kembali pada 
tahun ini selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Antara yang menarik adalah acara ini 
merangkumi pelbagai hobby dan setiap hobby ada di zon-zon yang dikhaskan.
Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage 
Bazaar”, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” yang juga merangkumi 
250 pempamer dalam acara ini. Yuran kemasukkan acara ini adalah serendah RM20.00 untuk 
dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara tersebut. 

Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk 
cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta 
MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam 
G-shock. 

Penganjuran Malaysian Hobby expo kali ini adalah dengan penglibatan bersama nama nama 
besar iaitu MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon. Selain itu, 
ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama Malaysia Cat Groomer Association, 
Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Eight Bar. Choii pula adalah “Rakan 
Merchandise” rasmi acara ini  Kami juga mendapat sokongan dari Kementrian Belia dan Sukan dan juga Rakan Muda untuk 
menjayakan acara ini.

Acara kemuncak yang akan di adakan adalah Konsert “Passion of Sound” yang menampilkan 
5 artist tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan. Konsert 
mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam.
Tiket pembelian konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform digital kami bermula 
pada 21 November. Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. Cabutan ini 
akan dibuat pada malam tersebut dan hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa sempena 
tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo ini.

“Ini adalah konsert gabungan yang cukup hebat dan harga tiket untuk konsert ini adalah yang 
termurah di Malaysia dengan artis yang membuat persembahan dan kami memastikan 
kelainan yang tidak ada di konsert yang lain.”
Konsert “Passion of sound” ini di taja oleh Elf Bar sebagai penaja utama. Dengan setiap 
pembelian tiket konsert , pembeli layak menyertai cabutan bertuah yang cukup lumayan 
seperti sebuah Kereta BMW, Motorsikal, PS5 & lain-lain hadiah yang menarik.

Acara tahun ini juga istimewa dengan penganjuran Mini 4WD MHXCUP2023 yang mana ini 
adalah pengajuran pertandingan Mini 4WD terbesar yang pernah dilakasanakn di Malaysia. 
Jumlah keseleruhan hadiah bagi pertandingan ini adalah lebih dari RM30,000 dan lebih 300 
peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi. Penganjuran ini 
adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC .
Sempena ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023 pihak Malaysia Hobby expo akan 
membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik 
Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara 
memancing. Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & 
di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini.

“Kami sudah mempersiapkan pelbagai platform pemasaran seperti billboard, iklan di radio 
dengan radio Hot FM sebagai radio rasmi dan juga dari selebriti seperti Fizo Omar, Shuib dan 
ramai lagi.”. 

Justeru, harapan kami tahun ini adalah supaya lebih ramai orang terutama kepada generasi 
muda untuk menikmati hobby secara sihat dan kreatif. Selain itu, kami menggalakkan generai 
muda yang mempunyai minat dalam perniagaan untuk mempamerkan produk mereka semasa 
acara ini diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam