Skip to main content

RIM MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA PENGGIAT INDUSTRI MUZIK DI MAJLIS AMAL 'SUMBANGAN RAHMAH INDUSTRI MUZIK 2024'


 Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) meraikan penggiat industri muzik tempatan bersama-sama Public Performance Malaysia (PPM) di majlis 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024' (SRIM) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang diadakan malam ini di Pullman KLCC. Majlis bermakna ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi cabaran kewangan dan kesihatan dalam perjalanan profesional mereka dalam industri muzik tempatan.
Dalam kenyataannya, Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan PPM melahirkan rasa terima kasih di atas sokongan yang diterima terhadap program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik' yang dilancarkan pada 31 Mei 2023. Program amal ini, pengembangan daripada inisiatif bantuan Dana Kecemasan RIM dan disokong oleh Public Performance Malaysia (PPM), Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) tertua di Malaysia menyediakan peruntukkan tahunan sebanyak RM100,000 untuk membantu penggiat industri muzik yang menghadapi masalah kewangan dan kesihatan.
"Program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik' ini bertujuan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dengan inisiatif Negara Madani bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat termasuk penggiat industri muzik. Setakat ini, sejumlah 48 penggiat industri muzik tempatan telah mendapat manfaat daripada program amal SRIM dan Dana Kecemasan RIM”, kata Rosmin.
Dia menambah bahawa “program amal SRIM boleh memanfaatkan semua penggiat industri muzik daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman sehinggalah wartawan hiburan yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pembangunan industri muzik tempatan. Dengan penganjuran SRIM 2024 malam ini, kami meneruskan usaha kami untuk menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh penggiat industri muzik tempatan yang layak bagi meringankan beban mereka. Kami juga amat berbesar hati kerana YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri KPDN dapat merasmikan majlis malam ini, menunjukkan komitmen kerajaan menyokong inisiatif yang bertujuan meringankan kesusahan yang dihadapi rakyat termasuk penggiat industri muzik tempatan”.
Antara acara kemuncak majlis adalah pengiktirafan 21 penerima yang layak terdiri daripada pencipta lagu, penghibur, kakitangan syarikat rakaman dan wartawan hiburan yang mengalami kesusahan. Penggiat industri muzik tempatan yang layak berikut telah diiktiraf atas perkhidmatan mereka yang lama dan sumbangan besar mereka kepada industri muzik tempatan:

   1. Roy Rauzan – Penyanyi
2. Fredo (Flybaits) – Penyanyi
3. Shuib (Freedom) – Pemuzik
4. Nas Ahmad (Melodi) – Wartawan Hiburan TV
5. Isma Aliff – Penyanyi
6. Azman Warren – Penyanyi
7. Lord Lokman – Komposer
8. Raja Zainal (Bumiputra Rockers) - Pemuzik
9. Cico Harahap – Penyanyi
10. Abass Abu Bakar (Mamu) – Komposer
11. S. Rohani - Penyanyi
12. To’ki - Penyanyi/Komposer
13. Mel (Wings) – Penyanyi
14. Dwan (Harian Metro) – Wartawan Hiburan
15. Rosmansah (Manpare) - Pemuzik
16. Rina Baharin – Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman
17. Zydee (One Nation Emcees) - Penyanyi
18. Jessy – Penyanyi
19. Sariah Idris - Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman
20. Iskandar (Spring) - Pemuzik
21. Huzz Kamaludin (URTV) – Wartawan Hiburan

   Pengiktirafan istimewa turut diberikan kepada dua artis tempatan yang cemerlang, Ernie Zakri dan Dolla yang telah mencapai kemajuan besar di pasaran antarabangsa. Baru-baru ini, Ernie Zakri mengungguli carta radio Gen 98.7 FM di Indonesia dengan lagu duetnya "Masing Masing" bersama penyanyi Indonesia, Govinda manakala Dolla baru-baru ini mewakili Malaysia dalam program realiti popular, 'Show It All' di Cina. Pencapaian terbaharu mereka menjadi bukti lanjut keupayaan bakat-bakat Malaysia untuk menembusi pasaran serantau dan global.
Dalam ucapannya, Rosmin turut menekankan kepentingan memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun atau lebih bagi membolehkan pemegang hak memperoleh royalti untuk tempoh yang lebih lama dan selaras dengan piawaian antarabangsa baharu. Rosmin turut memuji tindakan penguatkuasaan anti cetak rompak kementerian KPDN yang telah membantu industri muzik tempatan mencapai hasil pendapatan tertinggi dalam sejarah pada 2023.
Susulan perasmian majlis oleh Menteri KPDN, tetamu dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis semasa dan malar hijau seperti Amir Masdi, Ernie Zakri, Dolla, Syamel, Dina dan Xpose, Dato’ Aishah dan Jay Jay.
Butiran program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ termasuk kelayakan, kriteria dan borang permohonan boleh didapati di www.rim.org.my/sumbangan-rahmah-application
 Untuk maklumat lanjut, layari www.rim.org.my atau ikuti facebook.com/RecordingIndustryMalaysia dan @recordingindustrymalaysia di Instagra

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba