Skip to main content

HIDUPKU, TAKDIRKU TANDA INGATAN DEJA MOSS BUAT PEMINAT



  Deja Moss - sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Meskipun tidak lagi aktif menghasilkan lagu baharu, keampuhan bakat anak kelahiran Sarawak ini masih terpahat dalam ingatan ramai.

 Melewati dua dekad kemunculannya dalam industri hiburan, Deja yang pernah merangkul anugerah Penyanyi Terbaik Asia,  Festival Muzik Asia 2005, menghadirkan sebuah catatan mengenai perjalanan jatuh bangun kehidupannya menerusi autobiografi, Hidupku Takdirku.

 Di sebalik kemilauan populariti yang diraih, Deja turut merasai kepahitan dan kekecewaan yang menjadi titik tolak yang mengubah perjalanan hidupnya.

 Anak seni berusia 47 tahun itu berkata, autobiografi setebal 200 halaman itu mempunyai pengertian tersendiri buat dirinya kerana ia menjadi tanda ingatan istimewa untuk peminat sebelum dia meninggalkan tanah air untuk memulakan kehidupan di Chicago, Amerika Syarikat.



 Penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini itu berkata, idea penghasilan buku itu tercetus sekitar pertengahan tahun lalu dan bersyukur impian itu menjadi kenyataan meskipun, terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk menyiapkannya.

 "Bukan saya tidak mahu menghasilkan single baharu, namun proses pemilihan lagu memakan masa. Tambahan pula, ketika ini, negara masih berdepan kemelut Covid-19. Jadi, saya perlu mencari alternatif untuk mendekati peminat yang berterusan menghargai perjuangan saya.

 "Melihat situasi semasa, saya terfikir menghasilkan sebuah buku yang memberi inspirasi dan motivasi kepada wanita, terutama mereka yang sedang berdepan episod sukar dalam kehidupan dan tercari-cari kekuatan untuk bangkit semula.



"Saya anggap penerbitan buku inspirasi ini sebagai tanda mata atau bingkisan hati buat peminat tersayang. Memang berat apabila terpaksa meninggalkan semua, tetapi saya akur tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya," katanya.

Deja mendirikan rumah tangga dengan lelaki keturunan Amerika-Syria, Maher Khani di Chicago, Amerika Syarikat pada Jun 2019.

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 yang melanda dunia awal tahun lalu membuatkan mereka terpaksa berjauhan apabila Deja perlu kembali ke tanah air bagi menyelesaikan beberapa perkara peribadi, sebelum memulakan hidup baharu di Chicago.

"Lebih setahun juga kami hanya berkomunikasi menerusi telefon dan panggilan video. Sepanjang tempoh itu, saya banyak berdoa supaya Allah permudahkan kami untuk dapat bersatu kembali dan menjalani rutin kehidupan berumah tangga seperti pasangan lain.

 "Alhamdulillah, ia akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Memandangkan saya terpaksa berada lebih lama di sana untuk menguruskan beberapa hal, termasuk permohonan mendapatkan status Penduduk Tetap, saya terfikir bagaimana mahu terus mendekati peminat di tanah air.

 "Menerusi penerbitan buku ini, saya berharap kami dapat berkongsi sedikit pengalaman, di samping menyuntik kata semangat antara satu sama lain supaya terus kuat dan berani menempuh dugaan hidup, terutama ketika dunia sedang berjuang melawan pandemik Covid-19," katanya.

 Mengangkat falsafah Kesat Tangisan, Raikan Kekuatan, Deja berkata, Hidupku, Takdirku merangkumkan pelbagai episod yang pernah menguji kekuatan dan kecekalannya untuk terus berdiri menjadi dirinya hari ini.

 Menerusi catatan itu juga, Deja membongkar episod beliau berdepan kemurungan apabila dibelenggu masalah peribadi, selain berkongsi detik mencabar apabila bertarung nyawa apabila menderita sakit misteri ketika awal perjalanan kerjaya nyanyiannya.

 Deja turut berkongsi kecekalan mengharungi pelbagai episod kontroversi yang hampir meragut kerjaya seni yang begitu dicintainya, selain perjuangan mencari keredaan Ilahi yang memberinya kebahagiaan sebenar.

 "Saya berharap garapan ini menjadi pemangkin buat wanita yang pernah tersungkur supaya berani mengumpul kekuatan kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasib diri kecuali kita sendiri.

 "Saya juga berharap, perjalanan yang saya lalui itu sedikit sebanyak memberi suntikan semangat dan motivasi kepada wanita di luar sana yang sedang berdepan ujian getir untuk tidak mengalah dengan dugaan hidup," katanya.

  

Diterbitkan dalam dua versi iaitu cetakan dan eBook pada harga RM39.90, Hidupku,Takdirku boleh didapati di platform ..................https://shopee.com.my/product/129729250/8971167859/

Di Klcc sebelah pos office DHL service point

Instagram therealdejamoss 

Facebook Deja Moss DM

Page Facebook https://www.facebook.com/therealdejamoss

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam