Skip to main content

‘HATIMU SEDINGIN SALJU’ DRAMA BERSIRI ROMANTIK YANG BAKAL BUAT ANDA JATUH HATI



Dua hati bakal bersatu dengan ikatan yang sah tetapi mereka mempunyai perasaan yang berlainan untuk berhadapan dengan fasa baharu ini. Rania hanya menganggap ia sebagai perkahwinan aturan keluarga tetapi Arman pula bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang dia cintai selama ini. Berjayakah Arman membuka pintu hati Rania untuk menerima dan mencintainya?  




Hatimu Sedingin Salju terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd akan mengisi slot Akasia bermula hari ini (24 Jun 2021), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada pukul 8.00 malam pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Bahri Uma, nukilan skrip oleh panel Orangetree menggandingkan pelakon-pelakon popular iaitu Hisyam Hamid (Arman), Aprena Manrose (Rania), Hafeez Mikail (Nabil), Bella Dowanna (Shena), dan Scha Elinnea (Melissa). 



Hatimu Sedingin Salju mengisahkan Datin Mimi yang resah melihat anaknya, Arman tidak mengendahkan soal perkahwinan walaupun umurnya hampir 33 tahun. Apabila Datin Mimi terjumpa diari Arman dan juga beberapa gambar seorang gadis yang disimpan rapi, Datin Mimi mula mengupah Nabil, adik Arman sendiri untuk menyiasat siapakah Rania dan apakah statusnya sekarang. 


Datin Mimi puas hati kerana Rania belum dimiliki oleh sesiapa. Datin Mimi juga memberi tawaran kepada Nabil. Sekiranya dia dapat menyatukan Arman dan Rania, dia akan dihadiahkan dengan sports car idaman Nabil. Nabil terkejut.


Pada masa yang sama, Rania baru dikecewakan oleh Haikal, tunangnya kerana tidak hadir ke majlis pernikahan mereka. Rania bertambah kecewa apabila dimarahi oleh ibunya, Puan Noraini. Puan Noraini berasa malu apabila Rania ditinggalkan oleh Haikal. Lebih menyakitkan hati Rania apabila sepupunya, Melissa juga mengambil peluang ini untuk mentertawakannya.


Datin Mimi juga mula mendekati Puan Noraini untuk mengetahui perkembangan Rania. Selepas mendapat tahu yang Rania akan pergi bercuti, Datin Mimi mendesak Nabil membawa Arman ke situ untuk menjalankan misi menyatukan Arman dan Rania. Pelbagai usaha dilakukan oleh Nabil di tempat peranginan tersebut untuk menyatukan Arman dan Rania. 


Mula-mula Arman tidak mengendahkan Rania kerana masih beranggapan Rania dimiliki Haikal. Setelah mengetahui mereka berdua sudah putus hubungan, Arman tidak dapat menyembunyikan perasaannya lagi. Datin Mimi berpuas hati dan mahu segerakan rancangannya. Namun, situasi bakal menjadi lebih rumit kerana Nabil pula mula rasakan ada sesuatu yang istimewa pada Rania yang tidak ada pada gadis-gadis yang pernah dia jumpa. 

Teruskan menonton Akasia: Hatimu Sedingin Salju menerusi slot Akasia TV3 mulai 24 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Drama bersiri ini akan ditayangkan sejam kemudian di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQiyi. Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Hatimu Sedingin Salju yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 24 jam selepas tayangan di TV3.


Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda berurutan sambutan hangat yang diterima selepas memulakan penstriman kandungan tempatan. iQiyi adalah platform destinasi yang tepat bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman digital yang lancar. Di sini, penonton juga berpeluang mengakses koleksi filem, drama rantaian dan anime yang terkini dan terkenal dari Korea, China mahupun negara serantau. 


Drama ini menampilkan lagu ‘Andaikan’ nyanyian oleh Sarah Suhari sebagai runut bunyi rasmi (OST). Andaikan, hasil ciptaan komposer terkemuka, Sharon Paul dan lirik oleh Shah Shamshiri. 


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial:

Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3: @TV3Malaysia

Instagram rasmi Drama Sangat: @dramasangat

Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram iQiyi: @iQiyimalaysia






Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam