Skip to main content

PERTEMUAN PERTAMA AINA ABDUL DAN DANIESH SUFFIAN PENUH DENGAN WARNA WARNI!



Pertemuan pertama Aina Abdul dan Daniesh Suffian tahun ini penuh dengan “Warna Warni” apabila berjaya menghasilkan single pertama mereka. Single “Warna Warni”, gandingan mantap antara naib juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) dan penyanyi serta pelakon baharu Daniesh Suffian ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platform penstriman filem, tonton CINEMA. Lagu ini telahpun mula kedengaran sejak minggu lalu pada 18 Jun 2021. 


Lagu Single “Warna Warni” ini merupakan hasil ciptaan tiga komposer dan penulis lirik terkenal dan berpengalaman iaitu Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh. Lagu ini pastinya menjadi hit kerana didendangkan oleh dua penyanyi yang masing-masing mempunyai ribuan peminat terutamanya sokongan daripada pengikut Instagram Aina Abdul yang mencapai lebih 370 ribu pengikut. Begitu juga dengan Daniesh Suffian yang saban hari bertambah pengikut sehingga mencecah lebih 90 ribu pengikut. 



Aina Abdul merupakan penyanyi berpengalaman dan juga penulis lirik. Beliau telah merangkul pelbagai anugerah. Antaranya Naib Juara AJL35 dengan lagu Semalam, Juara Idol Vokal Mania (2020), Naib Juara Mentor Legend (2014), Juara Grand Senior Vocalist Championship of The World Category di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood (2014) dan mengeluarkan single Ini Yang Kau Mahu (2015), Ribut Hati - OST Tombiruo (2017), Reminiscing (2017), Shadow (2018) dan Sumpah (2019).


Begitu juga dengan Daniesh yang berasal dari Tawau, Sabah ini. Beliau yang terkenal dengan lagu Terabadi " dan "Pilihlah Aku” ini juga merupakan pelakon dalam slot Lestary: Romantika 4 Hari 3 Malam. Sepanjang karier bergelar selebriti, beliau juga merupakan peserta Vokal Mania (2020), peserta Immortal Songs Malaysia (2020) dan baharu mengeluarkan single berjudul “Mahligai”. 


“Warna Warni” merupakan lagu genre pop dan membawa tema cinta. Lagu ini sememangnya menarik didengar apatah lagi dengan suara Aina yang mampu mencapai nota tinggi, ditambahkan pula dengan suara merdu Daniesh Suffian. Single “Warna Warni” edaran MonkeyBone ini telah dilancarkan di semua platform digital serentak pada 18 Jun 2021. Lirik muzik video Warna - Warni juga kini sudah boleh di tonton di laman YouTube MonkeyBone, layari https://www.youtube.com/watch?v=LBhM7KRGMGE . Selain itu, boleh juga didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes.



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam