Skip to main content

J2: J RETRIBUSI TEMBUSI PASARAN BRUNEI



J2: J Retribusi kini tembusi Brunei! Sejarah buat filem aksi pertama Malaysia tahun ini apabila berjaya menembusi pasaran Brunei. Filem yang telah ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar ini akan menemui peminat di pawagam Brunei pada hari ini (24 Jun 2021). 


Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, “Industri filem dan pawagam kini berhadapan dengan cabaran paling getir di kala pandemik COVID-19 masih berleluasa. Ia penting untuk kami menyusun strategi dan mencari peluang untuk terus berhubung dengan penonton kami, sama ada di dalam mahu pun luar negara. Tayangan J2: J Retribusi  dimulakan menerusi pelantar penstriman Disney+ Hotstar Malaysia pada 1 Jun 2021 lalu dan di Indonesia pada 2 Julai 2021. Kini, Brunei merupakan negara pertama yang menayangkan J2: J Retribusi  di 8 buah pawagam di sana. Kami amat teruja dengan kolaborasi strategik ini dan mengharapkan sambutan yang positif daripada kalangan peminat filem aksi di situ.”




J2: J Retribusi merupakan sekuel kepada filem J Revolusi yang ditayangkan pada tahun 2017. Ia menampilkan dua pengarah berpengalaman dalam filem-filem aksi iaitu Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah dengan gandingan bersama penulis skrip hebat iaitu Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf serta barisan pelakon tanah air yang popular, Zul Ariffin, Amelia Henderson, Allahyarham Ashraf Sinclair, Datuk Rosyam Nor, Ainin Batrisya dan Chen YiMing, seorang pelakon dari China. Sudah pasti gandingan mantap ini bakal mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan peminat filem aksi di Brunei


Filem ini mengisahkan Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), seorang bekas ketua pegawai Unit Tindakhas(UTK) yang kini menjadi pengawal peribadi kepada usahawan terkenal Dato’ Hashim (Rosyam Nor), melawan masa untuk menyelamatkan beliau dan anaknya Nadi (Ainin Batrisya), dari sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Taufiq (Allahyarham Ashraf Sinclair). Jay, menjadi harapan mereka untuk menentang penjenayah bersama Chang (Chen YiMing) yang juga merupakan pengawal peribadi dengan pengurus hotel, Amy (Amelia Henderson) untuk memastikan semua tebusan dalam keadaan selamat.


Penggambaran J2: J Retribusi  telah dijalankan pada tahun 2019 di Johor Bahru, Johor. Ini merupakan gandingan pertama bagi Zul Ariffin dan Allahyarham Ashraf Sinclair, masing-masing memegang watak utama dan antagonis. Komitmen dan lakonan mantap Allahyarham dalam filem terakhirnya pasti tidak mengecewakan peminat. Menariknya filem ini menyaksikan Zul Ariffin dan Allahyarham Ashraf Sinclair telah melakukan sendiri aksi lagak ngeri seperti membawa sendiri bot untuk babak penting dalam filem ini. Komitmen dan fokus yang diberikan oleh kedua-dua pelakon hebat ini membuatkan filem ini lebih padat, seiring dengan filem antarabangsa. 


J2: J Retribusi merupakan arahan pertama bagi kedua-dua pengarah, Nasrul Ashraff Mahzan dan Nazim Shah yang sangat berpengalaman dalam industri produksi filem. Nasrul Ashraff Mahzan yang juga dikenali sebagai ‘Uncle’ mempunyai pengalaman yang luas dari segi penataan seni filem-filem blockbuster Malaysia. Antaranya adalah J2: J Retribusi, Sangkar, Polis Evo 1 & 2, Bikers Kental 2 dan Tombiruo. Nazim Shah penerima Anugerah Penyunting Terbaik Filem J Revolusi di Festival Filem Malaysia pada 2017 dan juga penyunting bagi filem J2: J Retribusi. Beliau juga telah menyunting filem pecah panggung seperti Polis Evo, Polis Evo 2 dan Tombiruo.



Sejak ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia, filem ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyukai jalan penceritaan dan juga koreografi pertarungan yang padat dapat ditonjolkan di dalam filem ini setanding dengan filem luar negara. Filem wajib tonton ini juga mendapat bimbingan dari (Caspar) Keung Kam-Kui yang merupakan pengarah aksi dan juga sebagai koreografer pertarungan dari negara Hong Kong. Beliau terkenal dengan kerja-kerja koreografi yang sangat tajam dan ‘camerawork’ yang sangat mengagumkan. Antara filem luar negara yang mendapat sentuhan beliau adalah Coweb (2009), The Legend Is Born – Ip Man (2010) and Trivisa (2016).


Peminat juga pastinya akan terhibur dengan runut bunyi yang bertajuk Ralit, sebuah lagu rap yang dinyanyikan oleh Tuju dan menampilkan Malik Abdullah yang disunting sebagai lagu tema filem aksi J2: J Retribusi. Bukan sekadar rap, Tuju memiliki vokal nyanyian yang cukup mengagumkan dengan tona suara serak Manakala, Malik dengan pesona tersendiri dalam menghidupkan sesebuah lagu. Ralit  mendapat sentuhan gubahan dari komposer muda Ming dan Wolfy, sebuah lagu sangat jelas dan memiliki kekuatan baik dari segi melodi dan juga liriknya di mana ianya sangat bertepatan dengan konsep film yang padat dengan aksi. Video muzik Ralit boleh ditonton di YouTube TV3 Malaysia dan boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam