Skip to main content

Astro dan Netflix Umum Kerjasama Strategik




 Astro dan Netflix hari ini mengumumkan telah memeterai penjanjian

strategik yang akan membawakan perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro,

sekaligus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada para pelanggan Astro.

Pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus

selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan menerusi Kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa

bulan akan datang. Ini merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaharu yang diperkenalkan bagi

mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses

pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang

sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Kerjasama yang termeterai dengan

Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia

dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat

seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem

blockbuster tempatan untuk dinikmati. Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi

Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik

kepada rakyat Malaysia."

Tony Zameczkowski, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix berkata, “Rangkuman

program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari

Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo, kami percaya bahawa kisah-kisah

terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia.

Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama

tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar

pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai pendaftaran di https://astro.com.my/Netflix

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba