Skip to main content

Sarah Suhairi Dua Kali Masuk Studio Demi Andaikan .




Andaikan adalah sebuah hasil ciptaan komposer terkemuka, Sharon Paul dan lirik dari saudara Shah Shamshiri. Lagu Andaikan ini telah siap dirakamkan sejak tahun 2019 lagi, iaitu setahun selepas Sarah Suhairi menjuarai sebuah pertandingan realiti. Perancangan awal buat karya Andaikan dari Sharon Paul & Shah Shamsiri ini adalah untuk dijadikan runut bunyi rasmi (OST) dan dipadankan dengan naskah drama yang bersesuaian. Pada 2021, hasrat telah tercapai dan atas persetujuan semua pihak, lagu Andaikan dipilih menjadi runut bunyi rasmi (OST) buat drama terbaru yang bakal ditayangkan di TV3. Membawa mesej & tema cinta, tuah berpihak kepada lagu Andaikan ini kerana bakal menjadi runut bunyi rasmi (OST) untuk sebuah drama berjudul Hatimu Sedingin Salju. Andaikan adalah single solo Sarah Suhairi yang keenam, selepas Pedih, Nyawa & Raga, Rise And Fall, Mungkin dan Kau Yang Bertakhta. Andaikan menunjukkan sisi lain vokal Sarah Suhairi kerana lagu bergenre balada ini mempunyai melodi yang cukup indah disertakan dengan bait-bait lirik yang penuh emosi.



Lagu Andaikan ini menceritakan tentang kebarangkalian hubungan percintaan pasangan yang mengharungi hidup bersama namun musnah di pertengahan jalan. Drama Hatimu Sedingin Salju mengisahkan tiga jejaka yang mendambakan cinta seorang gadis. Drama ini bakal menyentuh perasaan yang melibatkan cinta, persahabatan, dan keluarga. Drama bersiri 28 episod arahan Bahri Uma ini dibintangi oleh Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. Ia bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 24 Jun 2021. Lagu Andaikan dari Sarah Suhairi boleh mula didengarkan di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes mulai 24 Jun 2021. Ikuti perkembangan Sarah Suhairi melalui pautan media sosial Instagram @sarahsuhairi, @mvm_production dan di laman web www.rusamvm.com. Terima kasih atas sokongan terhadap Sarah Suhairi, serta semua artis-artis di bawah naungan MVM Production.

Comments

Popular posts from this blog

Salammusik menyeru agar segera menghentikan kitaran keganasan antara Israel dan Palestin ini.

  Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru mereka "Kuasa".   Punca keganasan yang sama selama beberapa dekad: kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Lebih dari satu abad mereka berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.   “Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik   Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan.   “Kami percaya bahawa para pemimpin perl

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.