SISSY IMANN MENGANYAM KETUPAT ?
Sissy Imann, Akui Aidilfitri tahun ini berbeza. Segalanya dalam norma baharu, Sissy juga buat pertama kali beraya tanpa nenek-nenek kesayangannya,
kerana kedua-dua nenek kesayangan nya sudah kembali ke Rahmatullah. Dah tak ada lagi nenek, yang terus memanjakan nya dan hanya tinggal kenangan indah bersama mereka,
Pastinya saya amat rindukan juadah Aidilfitri dari kedua-dua mereka.
Selalunya Sissy bertanggungjawab menganyam ketupat.
Memang sejak darjah empat lagi, ayahanda saya dah ajar bagaimana cara untuk menganyam ketupat.
Bercerita mengenai ketupat, ada juga kenangan lucu yang tak dapat saya lupakan sampai ke hari ini. Kejadian ini berlaku ketika awal-awal saya pandai menganyam ketupat dahulu. Pada ketika itu, bila dah pandai sedikit saya mula yakin. Ya lah, kanak-kanak...kan. Jadi, punyalah saya yakin memasak dan bila nak makan keesokan harinya, semua jadi keras,.
Ini lah antara kenangan Raya Sissy .
Comments
Post a Comment