Ada Yang Bergaduh Dengan Frontliner - Rief Daniel






Penyanyi baharu, Rief Daniel, melahirkan rasa kagumnya terhadap barisan frontliners atau petugas barisan hadapan menerusi profesionalisme kerja yang diterapkan terutama ketika berdepan dengan pelbagai kerenah masyarakat. 


Menurut penyanyi lagu berjudul Aku Solo ini, dia sendiri pernah melihat situasi tegang yang berlaku di hadapan matanya apabila ada kalangan pesakit dan penerima vaksin bertindak keterlaluan dengan petugas yang sedang bekerja. 


“Saya pernah nampak ada yang bergaduh dan bersikap biadap dengan barisan petugas hadapan semasa berada di lokasi untuk mendapatkan suntikan vaksin. 



“Satu yang saya betul-betul kagum dan puji, dalam keadaan begitu pun para petugas ini tetap profesional dan tidak melenting atau marah dengan individu seperti itu.


“Ternyata petugas barisan hadapan kita ini memang menjalankan kerja mereka dengan baik,” katanya.


Selain itu, Rief yang selesai menjalankan tanggungjawabnya untuk mendapatkan suntikan vaksin bersyukur segala urusan berjalan dengan mudah dan lancar.


Katanya, walaupun pada awalnya ada sedikit kebimbangan lantaran mendapat banyak perkhabaran mengenai kesan sampingan suntikan vaksin, Rief bagaimanapun enggan menjadikannya alasan untuk tidak berbuat perkara yang betul. 


“Alhamdulillah semuanya okey. Saya menerima suntikan tersebut di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu kota  pagi Selasa lalu. 


“Saya percaya kita kena tawakal dan redha sahaja sebab kalau nak kata takut vaksin boleh menyebabkan kematian, itu semua soal ajal dan maut di tangan Tuhan. 


“Tapi saya rasa semua orang patut ambil tanggungjawab ini bersama demi kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan semua pihak,”katanya.







Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL