Telefilem “Sinar Yang Dinanti” Uji Kesabaran Beto Kusyairy
Watak Hafiz menerusi
telefilem “Sinar Yang Dinanti” lakonan Beto Kusyairy mengajak anda semua
menghargai pengorbanan seorang abang sulong dalam keluarga mendepani kerenah
dan kesukaran dalam menggalas tanggungjawab tersebut. Apatahlagi bila dalam
keluarga telah kehilangan ayah dan lagi besar dan cabaran menanti.
Dengan kerenah
adik-adik yang meningkat remaja, Hafiz meskipun rasa terbeban masih cuba menjalankan
tugas memantau si adik menyebabkannya berdepan tekanan menyebabkan dirinya
menjadi pemarah dan dibenci adik-adik.
Turut dibantu lakonan
mantap Tiz
Zaqyah, Zul Helmy, Normah Damanhuri, Naza Manas dan Lia Natalia, telefilem ini
disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm
mobile.
Kisahnya
tentang Rizal dibelasah teruk oleh Hafiz kerana berkawan dengan Jefri, budak
nakal dalam kampung mereka. Mujur muncul Hamidah, ibu mereka yang membuka
ikatan Rizal sambil memarahi Hafiz.
Setiap
hari Hafiz merasakan beban yang ditanggungnya secara terpaksa itu sangat berat.
Perasaan tidak puas hati atas nasib yang menimpanya yang membuatkan dia
memberontak dan menjadi seorang pembengis dengan adik-adik, termasuk ibunya.
Hamidah cuba menasihati tetapi tidak pernah diendahkan oleh Hafiz.
Sebagai
remaja yang sedang meningkat dewasa, Rizal sering menimbulkan kemarahan pada
Hafiz dan sering berakhir dengan pergaduhan. Rizal sangat bencikan Hafiz dan ia
menjadi lebih kuat apabila dia merasakan Hafiz menyukai kawan baiknya, Nissa.
Suatu
hari, Sofea seorang gadis asal kampung itu yang sudah lama menghilang pulang ke
kampung semula. Kepulangan Sofea menimbulkan kekecohan di kampung. Kecantikan
Sofea membuatkan semua pemuda di kampung itu jatuh hati padanya. Tetapi
kebanyakan orang tua tidak menyukai Sofea kerana imejnya yang agak seksi dan
berita buruk yang tersebar mengenainya.
Hafiz
dan Sofea sebenarnya pernah bercinta semasa di sekolah dulu. Hamidah puas menasihatkan
Hafiz supaya menjauhi Sofea tetapi Hafiz tidak mempedulikan nasihat ibunya itu.
Semasa di kampung, Sofea merasakan kepulangannya tidak diterima. Setelah Jefri
menceroboh masuk ke rumahnya dan fitnah orang kampung, Sofea membuat keputusan
untuk pulang semula ke bandar. Hafiz yang sangat marahkan Jefri menangkap dan
memukul Jefri dengan teruk. Ketika sedang membelasah Jefri, Rizal datang
membantu dan berlaku pergelutan antara Hafiz dan Jefri. Dalam pergelutan, Hafiz
hampir menikam Rizal.
Merasakan
dia perlukan ruang untuk meredakan kemarahannya, Hafiz membawa diri keluar dari
rumah dan mengikut Sofea ke bandar. Di bandar, Hafiz berkahwin dengan Sofea dan
cuba memulakan hidup yang baru.
Pemergian
Hafiz membuatkan ibunya sangat dukacita dan menambahkan kebencian Rizal kepada
Hafiz. Kini, segala tanggungjawab sebagai ketua keluarga terletak di bahu
Rizal. Rizal memikul tanggungjawab itu dengan rela dan dengan pemergian Hafiz.
Suatu
hari, Hafiz pulang ke kampung seorang diri dengan tiba-tiba. Kepulangan Hafiz
disambut dengan air mata gembira oleh Hamidah, tetapi tidak oleh Rizal. Rizal
yang kini sudah dewasa sangat membenci Hafiz dan berdendam dengannya. Rizal
sudah berkahwin dengan Nissa dan Nissa kini sedang mengandung.
Apakah
yang berlaku pada Sofea? Dan mengapa pula Hafiz tiba-tiba pulang semula ke
kampung? Bagaimana pula penerimaan Rizal dan keluarganya? Ikuti kesudahannya
dalam telefilem ini.
Comments
Post a Comment