Skip to main content

Dolla Tunjuk Bakat Sebagai Pelakon, Bakal Muncul Dalam Telefilem Dolla Watch Me Glow

 



Baru setahun melangkah ke bidang seni, kumpulan wanita yang dikenali sebagai Dolla mungkin boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila kisah hidup merekakinidiangkat dalam sebuah telefilem tidak lama lagi.Telefilem berjudul Dolla Watch Me Glow terbitan Zeel Production dengan kerjasama Astro dan Universal Music itu bakal menemui peminat pada 22 Mei jam 9 malam menerusi saluran Astro Citra dan Astro Citra HD.Dolla Watch Me Glow arahan  Izuan Mokhtar diinspirasikan dari kisah benar kumpulan Dolla iaitu Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angle. Idea untuk mengangkat kisah hidup Dolla tercetus daripada pihak Astro bersama Zeel Production yang melihat populariti serta impak kumpulan yang mula popular dengan lagu Dolla Make You Wanna itu wajar dikongsi bersamapenonton.Mewakili anggota kumpulan Dolla, Sabronzo tidak menyangka apabila Astro menunjukkan minat untuk mengangkat kisah hidup mereka menjadi sebuah telefilem.

Biarpun bangga dengan peluang diberikan, sebagai sebuah kumpulan baru kata Sabronzo, peluangitudilihatterlalu besar untuk mereka.“Apabila pihak Universal Music memaklumkan mengenai tawaran pihak Astro, kamisangat terkejut. Bukan apa jika hendak dibandingkan dengan kumpulan atau penyanyi lain, kami masih lagi terlalu hijau dan kerdil. “Lagipun kami masih belum mempunyai sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan. Jadi, kami merasakan Dolla belum layak untuk menerima pengiktirafan sejauh itu, bagaimanapun kami tetap berbangga sekurang-kurangnya ada pihak yang mengiktiraf bakat kami,” kata Sabronzo.Berkongsi pengalaman kali pertama mencubabidang lakonan, Sabronzomengakui sedikit kekok ketikamemasuki set penggambaran. Namun dengan bantuan pengarah serta krew, mereka berjaya menjiwai watak masing-masing.“Tidak dinafikan  bukan mudah sebenarnya untuk bergelar pelakon , apatah lagi ini adalah pengalaman pertama semua anggota Dolla. Nasib baik pengarah dan krew banyak membantu sewaktu di set, jadi kami berjaya juga menghayati watak masing-masing.“Bagi saya bahagian paling sukarapabila dipaksauntuk menangis. Tapi saya amat mengagumi Tabby dan Syasya, biarpunkali pertama tetapi  mereka boleh melakonkan adengan menangis dengan semula jadi. Nasib baik pengarahboleh bersabar dengan saya apabila meminta saya mengingati dan mendengarkan lagu sedih supaya boleh menghayati babak menangis,” kata Sabronzo.Menurut Sabronzolagi,kisah di dalam telefilem Dolla Watch Me Glow hampir 70 peratus tepat dengan kisah hidup anggota kumpulan itu. Pelbagai kisah suka dan duga bakal dikongsi dengan peminat, malah banyak yang mungkin tidak diketahui oleh peminat sebelum ini.Bagaimanapun kata Sabronzo, mereka tidak kisah mendedahkan perjalanan hidup Dolla dengan peminat kerana beranggapan tiada apa yang perlu dirahsiakan dari pengikut Dolla.“Memang hampir 70 peratus kisah yang dipaparkan dalam telefilem itu ada ke mana mengena dengan kami. Cuma 30 peratus yang ditokok tambah bagi mewarnai telefilem itu dan menjadikan jalan cerita drama itu menjadi lebih menarik.“Bagi kami tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada penonton. Jadi apa yang bakal peminat saksikan nanti memang kisah hidup sebenar kami. “Dolla juga sudah bersedia dikritik oleh penonton. Kami tidak kisah sekiranya ada yang mengatakan kami ‘kayu’ selepas menonton aksi pertama kami dalam bidang lakonan. Kami dikenali sebagai penyanyi dan penari, bidang lakonan bukan kepakaran kami, jadi adatlah jika penonton merasakan mutu lakonan kami belum memuaskan,” kata Sabronzo.



Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, Sabronzo bagaimanapun mendedahkan Dolla kini mula meminati bidang itu. Malah mereka bersedia untuk lebih serius dalam bidang lakonan serta tidak akan menghalang anggota kumpulan Dolla yang lain jikamenerima tawaran lakonan secara individu.Sementara itu Pengarah Kreatif dan Penulis Skrip, Marr Mohamad pula berkata, dia amat terkejut dengan kemampuan kumpulan itu berlakon biarpun ke semuanya pertama kali beraksi di hadapan kamera.Menurut Marr, idea untuk menerbitkan drama itu datang daripada pihak Asto yang terkejut dengan penerimaanpeminat terhadap kumpulan itu sehingga muncul trending di serata dunia.Kata Marr, bagi mengorek kisah hidup empat gadis berkenaan, dia meluangkan masa antara empat hingga ke lima jam semata-mata untuk menemuramah mereka.“Astro memberikan sepenuhkebebasan kepada Zeel Production untuk menghasilkan sebarang bentuk cerita. Tidak kisahlah sama ada kisah rekaan atau dokumentari asalkan berkisarkan Dolla.“Mereka tertarik dengan Dolla kerana kumpulan itumencetuskan fenomenaapabiladikatakan meniru kumpulan dari Korea Selatan, Black Pink. Tapi setelah bertentang mata dan berbual pelbagai perkara dengan empat anggota Dolla, saya lebih tertarik untuk mengangkat kisah sebenar mereka.“Ada pelbagai kisah menarik yang mungkin peminat tidak tahu mengenai Dolla sebelum ini. Antaranya bagaimana kumpulan itu mendapat tentangan keluarga kerana ingin bergelar penyanyi, kerana ada antara mereka yang datang daripada keluarga yang alim. Serta bagaimana anggotaDolla berdepan dengan kecaman peminat hingga ada yang terpaksa berjumpa dengan kaunselor kerana tertekan dengan buli siber,” kata Marr.Tambahnya lagi, apa yang sebenarnya ingin dipaparkan adalah bagaimana  kumpulan itu boleh bermula serta dari mana mereka mendapat nama Dolla. “Peminat mungkin tidak tahu mereka juga sebenarnya datang ke Universal Music sebagai artis solo, tetapi pihak Universal menggabungkan keempat-empat mereka menjadi sebuah kumpulan. Jadi kita akan tunjukkan bagaimana mereka inginmencipta keserasian sedangkan identiti mereka yang berbeza dan kita juga ingin tekankan dalam  telefilem itu yang Dolla bukanlah Black Pink,” kata Marr lagi.Bagi pihak Universal Music pula, semestinya peluang diberikan Astro dan Zeel Production itu tidakseharusnya dilepaskan.Pengurus Pemasaran dan Promosi Domestik, Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, peluang diberikan itu dapat membuka mata generasi baru terhadap anak seni kita.“Ia satu platform yang baik untuk memperkenalkan Dolla dengan lebih dekat kepada peminat. Semestinya pihak Universal Music sangat terharu apabila pihak Astro dan Zeel berminat untuk mengangkat kisah penyanyi nanungan kami.

“Kami berharap telefilem itu dapat mengangkat dan membuka mata peminat khususnya generasi madu terhadap anak seni tempatan yang berbakat dan hebat,” kataya.Dolla Watch Me Glow mengisahkan Sabrina, gadisyangsedangmenyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan di Los Angeles, California. Juga Tabby, seorang anak tunggal yang dikongkong keluarga.Manakala Shasha  pula yang sekian lama dibenci ibunya sendiridan Angel, gadis yang sentiasa ingin keluar dari zon selesa hidupnya. Sabrina, Tabby, Angel dan Shasha ingin menggapai cita cita dan minat mereka dalam bidang muzik. Mereka berempat menjalani uji bakat bersama syarikat rakaman tersohor, Universal Muzik secara solo. Bagaimanapun, penyelasar A&R syarikat berkenaan, Kelly lakonan Azwan Ali membuat keputusan untuk menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan. Sabronzo yang sejak darikecil bercita-cita hendak menjadi rappers mula tidak berpuas hati dan bermula pelbagai peristiwa bagi membentuk sebuah kumpulan.Selain Dolla, telefilem itu turut dibarisi Fauziah Nawi, Angeline Tan, Aniq Suhair, Catriona Ross, Aida Aris, Douglas Lim dan ramai lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam