ASTRO RIA TAMPIL KELAINAN LEBIH BERANI MENERUSI DRAMA ‘SCAMMER’


Penceritaan ‘Scammer’ dedah modus operandi skim pengubahan wang haram, sarat dengan plot twist untuk beri kesedaran

Drama bersiri ‘Scammer’ ialah sebuah karya asal yang mengangkat genre jenayah dan aksi terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd. Drama 20 episod arahan pengarah Norhanisham Muhammad ini turut menampilkan Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Haji Baharom selaku penerbit. Lebih istimewa, drama ini turut menampilkan lagu istimewa ‘Duit’ nyanyian Meerfly dan lagu ‘Emosi’ nyanyian Benzoloo ft Khodi sebagai lagu runut bunyi. Drama ‘Scammer’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Joe (lakonan Kamal Adli) bertugas sebagai pegawai di sebuah bank antarabangsa di ibukota. Tugas utama Joe adalah mengawal keselamatan semua aktiviti perbankan pemegang akaun di bank cawangannya. Apabila diberhentikan kerja, Joe menjadi hilang arah untuk mencari wang untuk menanggung keluarganya. Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy (lakonan Siti Saleha) yang bekerja sebagai peguambela jenayah. Amy menawarkan kerja kepada Joe untuk memindahkan wang secara haram untuk klien-kliennya. Kerana terdesak, Joe menerima tawaran Amy dan berjaya memindahkan wang-wang tersebut tanpa dikesan oleh Bank Negara. Kepakaran Joe menarik perhatian Uncle Wong (Chew Kin Wah), seorang ketua kongsi gelap di Kuala Lumpur. Uncle Wong mengupah Joe dan Amy untuk ‘mencuci’ wang haramnya setiap bulan. Aktiviti ‘cuci’ duit Joe dan Amy akhirnya dapat dikesan oleh pihak polis, diketuai oleh Darus (Hasnul Rahmat) dan Kahar (Muaz Fitri). Joe diugut akan dipenjarakan jika dia tidak mahu bekerjasama dengan Darus untuk menghentikan aktiviti ‘cuci’ duit Uncle Wong dan Amy.


BARISAN PELAKON ‘SCAMMER’ 

Kamal Adli sebagai JOE Siti Saleha sebagai AMY Fasha Sandha sebagai NISA Arash Mohamad sebagai RAZMAN Hasnul Rahmat sebagai DARUS Jay Iswazir sebagai FAWAZ Didie Alias sebagai QINA Brian Chan sebagai LEON Chew Kin Wah sebagai WONG Muaz Fitri sebagai KAHAR Megat Sharizal sebagai JAY RAHMAN Tony Eusoff sebagai MALIK Faizul Syaharin sebagai NAIM Kak Girl sebagai CIK SURI Nadia Brian sebagai TANIA Wan Raja sebagai INSPEKTOR AQIL



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!