HOC Nafi Jual Barangan Tiruwan.



Kenyataan Balas : . 

Saya, Mozylir Mokhtaruddin selaku pemilik perniagaan dan pengurus Home Of Champions (HOC) ingin membuat kenyataan balas terhadap Amy dan Nasir berkenaan dakwaan dan tuduhan mereka melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada 20hb Mei 2021 1. HOC telah mendapat persetujuan dan kebenaran bagi mengeluarkan produk dan aksesori rasmi SEARCH daripada pihak SEARCH iaitu Noordin Mohd Taib (Din), Hamzah Mohd Taib (Kid) dan Nasir Daud (Nasir) sebelum ini. 2. Segala dokumen yang berkaitan telah ditandatangani oleh Din dan telah dipersetujui untuk segala produk, rekabentuk, kuantiti yang dicadangkan dan agihan bayaran royalti kepada setiap individu yang berkaitan dengan pihak SEARCH. Segala dokumen yang berkaitan telah diserahkan juga kepada pihak peguam untuk proses dokumentasi sebelum ini. 3. Dakwaan mengatakan HOC tidak mendapat kebenaran dari pihak SEARCH khusus nya Amy dan Nasir adalah tidak benar sama sekali. HOC terlibat secara langsung bagi mengeluarkan dan menjual produk rasmi SEARCH sejak Februari 2020 yang lalu menerusi Konsert Apologia. Sejak penglibatan HOC dengan SEARCH sebelum ini, Amy sudah mengundurkan diri dari SEARCH sebagai penyanyi utama kumpulan tersebut. Kenyataan yang dibuat oleh Nasir juga tidak benar kerana beliau lebih tahu tentang penglibatan HOC sejak dari tahun lepas. 4. Dengan dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh Amy dan Nasir menerusi kenyataan media sebelum ini terhadap pihak HOC, kami telah melantik Tetuan Sharif Ridzuan & Co. yang diwakili oleh Dato’ Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dan Puan Noorizwa bagi memperhalusi segala dakwaan dan tuduhan yang telah dibuat. 5. Pihak HOC akan mendapatkan nasihat guaman dan sekiranya ada asas, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. 6. Disertakan lampiran perincian kenyataan media ini untuk rujukan para pengamal media, media cetak dan elektonik.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM