Lagu Cuba, lebih santai, buat orang tersenyum...
Cintanya terhadap bidang muzik dan nyanyian semakin mendalam. Masakan
tidak, Aman yang sebelum ini memulakan kerjaya seni dalam bidang lakonan
memberanikan diri menubuhkan syarikat rakaman COF Music. Ternyata
langkah beraninya itu membuahkan hasil.
Menerusi syarikat itu, Aman, 34, atau nama sebenarnya Abdul Rahman
Nassim sudah menghasilkan empat single. Malah, karya berjudul Cinta
Terakhir yang dilancarkan pada 2021 mendapat sentuhan komposer terkenal
Indonesia iaitu Bemby Noor dan dirinya sendiri.
Melihatkan sambutan baik yang diterima terhadap setiap karya dihasilkan,
Aman muncul dengan single terbaharu berjudul Cuba yang dilancarkan
secara rasmi hari ini (24 Febnruari). Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh
Arif Peter, Kon, Jack Jafni, Pown Hasril dan Aman Nassim.
Menurut Aman, lagu bergenre pop itu dififatkan sebagai sebuah lagu yang
mudah didengar, diterima dan menangkap halwa telinga.
"Lagu ini sudah disiapkan sejak November tahun lalu lagi. Lagu ini 'easy
listening' dan 'sweet song'. Lagu ini sesuai untuk mereka yang bercinta. Saya
mahu mereka mendengar dan menghayati lirik disampaikan. Pendek kata,
lagu ini sangat mudah dan 'straight forward'.
"Saya sengaja menghasilkan single yang simple tapi 'sweet' sebab nak orang
selesa mendengar dan mudah memahami lirik yang nak disampaikan dalam
lagu ini. Saya nak mereka yang mendengar, baik yang sedang bercinta atau
tidak lebih 'enjoy'.
"Bagi saya, tak semestinya lagu berat itu saja diterima, tapi lagu yang ringan
dan 'simple' pun boleh. Ia juga berdasarkan pemerhatian saya dalam pasaran
muzik tempatan hari ini. Apa saya perasan, hari ini pendengar dan pencinta
muzik sukakan lagu-lagu yang 'simple' tapi sedap dan mudah diterima. Itu
yang saya ingin sampaikan dalam lagu Cuba ini," katanya.
Aman berkata, lagu Cuba juga adalah sebuah karya yang mengentengahkan
'new vibes' dan 'new soul' yang tidak pernah ada dalam pasaran muzik di
Malaysia.
"Apa saya boleh katakan, single Cuba ini sebuah lagu yang baru dalam
pasaran muzik tempatan. Selepas saya bagi dengar beberapa orang, mereka
cakap lagu ini sangat berbeza selain 'new vibes' dan 'new soul'. Boleh
dikatakan, lagu ini tak ada lagi dalam pasaran Malaysia.
"Dalam masa sama, saya nak menyesuaikan lagu ini dengan vokal juga.
Sebelum ini kebanyakan lagu saya adalah bergenre pop balada. Jadi, untuk
single Cuba ini saya mencuba sesuatu yang lain. Insya-Allah, saya yakin lagu
ini akan berjaya dalam pasaran," katanya.
Malah, apa yang lebih penting bagi Aman juga adalah, single Cuba itu
mampu diterima baik pencinta muzik tempatan.
"Niat saya, dari segi vokal nak lebih selesa ketika menyanyi. Single ini juga
memperdengarkan kematangan vokal saya. Alhamdulillah, apabila lagu ini
siap, saya gembira sebab ia muzik lagu ini sangat segar untuk industri kita.
Boleh dikatakan, ia juga nafas baru untuk industri muzik.
"Saya nak orang 'enjoy. Sambil dengar lagu ini, mereka tersenyum gembira.
Itu saja harapan saya dan tak nak lebih-lebih," katanya.
Menariknya juga, muzik video lagu Cuba dirakamkan di Korea serta turut
menampilkan model dari sana.
"Kenapa Korea? Sebabnya, orang kita ramai yang meminati drama dan
penyanyi Korea. Malah, kisah cinta penuh romantis Korea cukup
membuatkan orang kita terbuai. Disebabkan itu, untuk MV lagu ini saya
memilih lokasi penggambaran di Korea. Malah, saya juga menggunakan
khidmat model wanita Korea. Saya nak peminat lebih 'feel' apabila
mendengar lagu dan menonton MV ini.
"Kalau sebelum ini, MV lagu saya dibuat di Malaysia saja. Jadi, untuk single
Cuba ini saya mahu memberikan kelainan dan sentuhan berbeza sedikit.
Lagu 'sweet' dan MV pun romantik," katanya.
Lagu Cuba yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini (24 Februari) sudah
boleh didengar dan dilanggan di semua platform digital muzik dan MV pula
boleh ditonton di saluran YouTube COF Music.
Comments
Post a Comment