YONNYBOII DAN ALYPH MENCERITAKAN KISAH ‘SENGKEK’

 


Jika perlu menamakan seorang bintang hiphop yang
meningkat naik dan berjaya meninggalkan kesan dalam industri muzik tempatan, Yonnyboii
jelas merupakan calon tersebut.
Sejak kemunculannya beberapa tahun yang lalu, bintang pelbagai bakat ini telah berjaya
mencuri perhatian arena hiphop Malaysia.
Kerap mengambil kesempatan atas setiap peluang yang diberikan, Yonnyboii terus mengorak
langkah dan kini muncul dengan sebuah lagi karya baharu berjudul Sengkek.
Dihasilkan bersama rakan seperjuangan dari Singapura ALYPH, Sengkek merupakan sebuah
karya seni yang mampu memberikan kelainan dalam dunia hiphop serantau.


Dicipta dan ditulis oleh Yonnyboii dan ALYPH, ia disusun oleh pemenang Anugerah Juara Lagu
dan tokoh hiphop tersohor, SonaOne bersama-sama ALYPH yang juga bertindak sebagai
penerbit bersama.
Sengkek merujuk kepada sebuah perkataan yang digunakan dalam Bahasa Malaysia lisan di
kalangan generasi muda. Ia bermakna tidak berduit dan bermula sebagai satu imbasan
tentang keadaan Yonnyboii di awal kerjayanya yang masih belum berduit namun ingin
mengejar impiannya.
“Ia menceritakan perjalanan ramai orang yang bermula mengejar cita-cita tanpa wang dan
bagaimana kita berjaya melalui pelbagai cabaran untuk sampai ke satu titik selesa.
Lagu ini sebenarnya ditulis semasa saya sedang mengalami situasi tersebut beberapa tahun
lepas dan meletakkannya di aplikasi TikTok. Selepas menerima pelbagai respons positif
daripada peminat dan pengikut, saya mengambil keputusan untuk menyiapkannya dan
menjadikan ia projek terbaharu saya.
Saya menghantar demo tersebut kepada SonaOne untuk proses susunan dan penerbitan.
Semasa SonaOne sedang mengerjakannya di studionya di KL, ALYPH singgah ke studio beliau,
mendengarnya dan terus menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian dari lagu tersebut
dan memberikan perspektifnya yang tersendiri. Saya berbesar hati kerana memang impian
saya untuk bekerjasama dengan ALYPH,” jelas Yonnyboii tentang penciptaan awal lagu ini.
ALYPH pula mengaku bahawa dia melihat potensi besar karya ini sejak pendengaran pertama
lagi.
“Saya dapat dengar keikhlasan serta kejujuran dalam suara Yonnyboii semasa mula-mula
mendengar demo ini di studio SonaOne. Saat itu saya tahu saya mampu memasukkan sesuatu
dari sudut pandang saya untuk lagu tersebut,” kata ALYPH.



Gara-gara kesibukan jadual mereka, kedua-dua bintang ini terpaksa melakukan proses
rakaman berasingan dari rumah masing-masing.
Lagu yang mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan ini turut hadir dengan sebuah
video muzik yang menarik.
“Saya gembira ALYPH dapat bersama-sama menyertai saya di KL untuk proses penggambaran
video muzik. Terdapat dua babak utama namun semuanya dirakam di satu lokasi. Ia
mengambil masa sekitar enam hingga lapan jam untuk disiapkan dan kami terpaksa
melakukan penggambaran di dalam kerana cuaca buruk di kawasan luar tika itu,” tambah
Yonnyboii.
Kedua-dua mereka berharap lagu ini akan diterima baik dan memberi inspirasi kepada semua
pendengar untuk terus ke hadapan dan jangan berputus asa dalam mengejar impian masing-
masing.
Sengkek boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX,
Deezer dan YouTube Music bermula 24 Februari 2023 manakala video muziknya sudah boleh
ditonton di laman YouTube Yonnyboii bermula jam 9 malam pada 24 Februari 2023

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM