Skip to main content

DARMAS Langgar Pantang Larang, Membawa Gelombang Muzik Pop Etnik Yang Segar.




 Dalam dunia serba moden dan kebanyakan penggiat seni tanah air menghala ke arah muzik antarabangsa, Darmas hadir memberi kelainan dengan dua lagu baru bertajuk ‘Nelayan Moden’ kolaborasi bersama John Bear dan ‘Pemegang Dunia’ bersama penyanyi kumpulan Nastia, Leo Azman.


Darmas membawa gelombang pembaharuan kepada elemen tradisional melalui adaptasi dan aplikasi ke dalam muzik arus perdana. Menerusi dua buah lagu ini, mereka bukan sahaja mengekalkan instrumen seperti Rebana dan Kulintangan, malahan Darmas berjaya membawa intipati muzik Melayu yang menembus budaya pop semasa.


Dengan mesej yang padat dan gaya penulisan lirik yang unik menjadikan Nelayan Moden mempunyai rohnya yang tersendiri. John Bear yang juga merupakan penyanyi kumpulan Budak Nakal Hujung Simpang berasa amat berbesar hati apabila mendapat pelawaan untuk menyanyikan lagu ini. 


“Pada mulanya saya amat cemas dan gementar nak nyanyikan lagu ini. Saya sedar dengan kemampuan sendiri tetapi disebabkan kepercayaan dan tunjuk ajar, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.” kata John Bear.


Proses rakaman tanpa ada tekanan amat membantu membina keserasian bersama. Kata John, dia berasa selesa dengan suasana kekeluargaan Darmas. “Saya harap lagu berirama desa dan nusantara seperti ini kembali diterima ramai terutamanya oleh golongan anak muda yang mungkin sebelum ini kurang ada pilihan. Biarlah lagu ini memilih jalan takdirnya sendiri, cewah!” tambahnya berseloroh.


Pendekatan unik muzik Darmas didalam lagu Pemegang Dunia menggabungkan gaya muzik masa kini dan pengaruh muzik tradisional menyajikan sesuatu yang segar.


“Proses rakaman berlangsung dengan sangat mudah. Antara lagu yang paling sekejap saya rakamkan. Saya sudah mengenali kumpulan Darmas ni dari zaman kolej jadi keserasian itu sudah ada.” kata Leo Azman. 


Tambahnya lagi, “Genre untuk Pemegang Dunia ini tidak jauh dari apa yang saya bawa bersama Nastia, mungkin sebab itu juga Darmas memilih saya untuk berkolaborasi. Saya harap Darmas akan terus hasilkan karya-karya nusantara seperti ini. Genre mereka ini sangat kurang di Malaysia.” 


“Bagi Darmas pula, kami mahu membuatkan pendengar berfikir selain dapat menyentuh perasan mereka dan menyampaikan mesej yang baik. Semoga muzik kita terus berevolusi.” kata Purnama Maqasuci yang juga merupakan penerbit bersama kumpulan Darmas. 


Nelayan Moden dan Pemegang Dunia sudah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBox dan YouTube Music.





Pautan lagu:

https://distrokid.com/hyperfollow/darmas/nelayan-moden-feat-john-bear

https://distrokid.com/hyperfollow/darmas/pemegang-dunia-feat-leo-azman


Pautan lirik video: 

https://www.youtube.com/watch?v=qIYJM85T-ek&ab_channel=Darmas

https://www.youtube.com/watch?v=v6MJEgZtMzs&ab_channel=Darmas



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba