Skip to main content

KONSERT RAIHAN MALAM TADI UBATI RINDU PEMINAT

 





Malam tadi menyaksikan, Selepas   22 tahun berada dalam industri seni tanah air, kumpulan nasyid legenda Raihan kembali menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam menerusi konsert berskala besar, Garis Masa Raihan. Durasi konsert yang berlansung malam tadi  berlangsung selama dua jam dengan pengisian sekitar 21 buah lagu.

Antara lagu popular disampaikan mereka ialah Puji-Pujian, Demi Masa, Peristiwa Subuh dan Allahu.Kemeriahan konsert memuncak apabila mereka muncul dengan lagu Sifat 20, 25 Rasul, 10 Malaikat dan Sesungguhnya.

Seperti melengkapkan persembahan, Raihan menutup konsert dengan menghadiahkan lagu Iman Mutiara yang popular sejak tahun 1996 sehingga membuatkan Stadium Malawati bergema dengan nyanyian penonton.

Secara ringkasnya, Israk bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menunggang buraq, manakala Mikraj pula merujuk kepada pergerakan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha. Perkara itu ada dirakamkan dalam al-Quran menerusi Surah al-Isra’, ayat 1 dan Surah an- Najm, ayat 13 hingga 18.

Mengambil sempena dengan perjuangan perjalanan Rasulullah SAW, WNS Marketing Sdn Bhd bersama Musollah Aisya & Ribath Fatimah Az Zahra  menganjurkan Festival Cahaya Israk Mikraj. Lebih mengujakan sebuah acara besar yang telah lama dinantikan peminat iaitu Konsert Garis Masa Raihan menjadi ‘kunci’ kepada festival ini.


“Raihan telah berada dalam belantika muzik Malaysia dan menjadi kumpulan nasyid yang berpengaruh serta sama penting seperti pemuzik dalam genre pop misalnya sejak album pertama yang dirilis pada 1996 iaitu Puji Pujian. Sejak itu Raihan telah melalui perjalanan yang panjang dengan turun naik, keluar masuk anggota dan kematangan muzik. Dan di sepanjang garis masa yang dilalui Raihan, kami bersyukur kerana peminat tidak pernah meninggalkan kami. Raihan sentiasa mendapat sokongan daripada semua.

Terdahulu Konsert Garis Masa Raihan telah dibuka dengan kehadiran tokoh Islam, Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Jamal Bin Toha Ba’agil dan Sidi Abu Anas Abu Jaish dalam slot khas yang disediakan. Untuk slot pembukaan pada malam tersebut Habib Ali Zainal Abidin, Habib Jamal. . Sementara itu pihak penganjur yakin Konsert Garis Masa Raihan akan menjadi kemuncak acara yang seimbang dan bermanfaat buat pengunjung.




Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba