Secret Recipe Berkongsi Pentas Dengan Universal Music Malaysia
sekali lagi bahawa anda boleh
menikmati segalanya di samping kek yang enak! Dengan
gabungan bakat pembuat kek
terhebat Malaysia, jenama-jenama ini pasti akan memukau
anda. Kerjasama yang memang
sudah ditakdirkan ini membuktikan muzik yang hebat
boleh dinikmati dengan juadah
yang lazat. Ia bukan sahaja menggabungkan dua jenama
besar yang mempunyai nilai serta
prinsip serupa, tapi juga akan menawarkan sesuatu
yang menarik dan berbeza buat
semua.
Untuk memperingati kerjasama
kukuh ini, orang ramai telah dihiburkan dengan sebuah
konsert yang menampilkan
bakat-bakat Universal Music Malaysia seperti Athalia, Bella
Astillah, Meer Nash dan
Yonnyboii. Mereka berjaya menghiburkan semua dengan
persembahan yang sangat mantap.
Konsert ini juga menyediakan
wadah buat artis tempatan untuk menyerlah dan
merupakan bukti bagaimana
kedua-dua jenama sentiasa fokus dalam mempromosi
bakat serta hidangan tempatan.
Selain itu, seorang lagi bakat tempatan yang dipaparkan
dalam kerjasama ini adalah Cef
Selebriti Anis Nabilah, yang baru-baru ini mencipta menu
istimewa Ramadan dan Raya untuk
Secret Recipe.
Kolaborasi ini menyaksikan cef
Anis memberikan keajaiban di Secret Recipe dengan
mencipta tiga jenis variasi Nasi
Kerabu, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Kerabu Ikan Saba
Percik dan dua minuman unik
iaitu Kurma Calamansi Fizz serta Ice Blended Onde-Onde
untuk melengkapkan pilihan
selera. Menu bermusim ini kini dilanjutkan sehingga Julai
2023 gara-gara penerimaan di
luar jangkaan.
“Sebagai sebuah jenama tempatan,
kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan
sebuah jenama antarabangsa dalam
industry. Dengan Universal Music Malaysia, kami
berkongsi aspirasi serta
nilai-nilai yang sama untuk sentiasa kekal unik buat rakyat
Malaysia. Diberi peluang
berkongsi pentas bersama Universal Music Malaysia merupakan
satu pengalaman yang hebat dan
saya harap Kerjasama ini akan terus berkembang dan
kami dapat memberikan lebih
banyak kempen menarik ke pentas. Ini sejajar dengan visi
kami untuk meletakkan aneka rasa
untuk dicuba oleh semua,” jelas Patrick Sim, Pengarah
Urusan Secret Recipe.
“Bekerjasama dengan sebuah jenama tempatan yang besar seperti Secret Recipe telah
menaikkan tanda aras kami menjadi lebih tinggi dan ini bermakna akan ada lebih banyak
kempen-kempen hebat serta pengalaman menarik di masa depan. Kesemua bakat kami
teruja menjadi sebahagian daripada kolaborasi ini sambil kami mencari aneka cara untuk
mendekati peminat, menampilkan bakat, dan terus berkembang lebih jauh. Dengan itu,
kami percaya kerjasama ini unik dan tepat pada waktunya,” ujar Kim Lim, Pengarah
Urusan, Universal Music Malaysia.
Mengulas tentang kerjasama, Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe berkata, “ia
sangat mengujakan melihat dua jenama besar berkolaborasi dalam mencipta aneka acara
serta aktiviti buat para belia Malaysia. Kami ingin menjadikan kenangan harian semua
orang lebih menarik dengan kerjasama ini yang kami yakin akan disukai oleh rakyat
Malaysia.”
Sempena Hari Ibu yang bakal menyusul, penyanyi rap Yonnyboii juga telah membuat
sebuah kad ucapan khas Hari Ibu edisi-terhad untuk pelanggan Secret Recipe yang
membeli kek penuh. Lebih menarik, senarai lagu sempena Hari Ibu juga akan dicetak pada
kad ucapan supaya lagu ini dapat didendangkan buat mereka yang tercinta, demi
menghargai kerja keras dan pengorbanan mereka.
Untuk maklumat lanjut layari www.secretrecipe.com.my dan
www.universalmusic.com.my.
Comments
Post a Comment