Skip to main content

JUICY LUICY. SENTIMENTAL Live in Kuala Lumpur

 



Kota Bandung di Jawa Barat digelarkan sebagai kota seni yang penuh keterampilan dan memberi inspirasi. Buktinya, begitu ramai seniman dan penggiat seni di Indonesia adalah berasal dari Bandung.


Lebih sedekad yang lalu, muncul sekumpulan anak muda yang tampil dengan muzik popular kontemporari. Muzik berasaskan jazz dan bernuansakan eklektik memberikan karakter pada persembahan mereka. Variasi penggunaan instrumen ‘brass’ dan ‘horn’ seperti saxophone memberi kelainan dan berjaya menambat telinga pendengar dengan single pertama mereka ‘Aku Cinta Dia Yang Cinta Pacarnya’ pada 2015.


Ditubuhkan secara rasmi pada 2012, kumpulan yang dinamakan JUICY LUICY ini adalah terdiri dari Julian Kaisar (vokal), Denis Ligia (gitar), Zamzam YM (saxophone), Dwi Nugroho (drums), dan Bina Bagja (bass).


Vokalis Julicy Luicy Julian Kaisar mengatakan ini adalah konsert solo pertama mereka di Kuala Lumpur, dan Juicy Luicy band didalam fasa persiapan konsert di Kuala Lumpur.


Perbincangan pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan, senarai lagu lagu hits mereka khas untuk fans di Malaysia dengan arrangemen “live” yang sesuai untuk peminat menyanyi bersama sama kami.


Kami akan menyampaikan rangkaian lagu lagu hits seperti Jangan Tergesa, Lantas, Tampar, Mawar Jingga, Terlalu Tinggi dan lain lain lagi, khusus buat mengubat kerinduan peminat setianya di sini.


Jika ada peminat yang ingin kami menyampaikan lagu kegemaran mereka, boleh tinggalkan komen di akaun Instagram @miebirdprojects supaya kami boleh pertimbangkan lagu itu nanti.

Denis Ligia pemain gitar Juicy Luicy pula berkata, mereka sudah lama menanti peluang untuk menghiburkan peminat di Malaysia yang juga penyokong kuat mereka sejak awal penubuhan Juicy Luicy.


Denis menambah, mereka perlu terus berkarya dan menghasilkan karya yang jujur buat peminat.


"Karya yang jujur perlu lahir dari hati. Kami akui persaingan dari kumpulan lain cukup besar di Indonesia tetapi setiap kumpulan ada kelebihan dan tarikan tersendiri dan peminat pun ada band kegemaran mereka," katanya.


Kalau bukan berkat kamu semua, tidak mungkin kami akan membuat persembahan di sini. Tentunya ini sangat membahagiakan bagi kami dimana salah salah satu tujuan Juicy Luicy adalah bisa bermain di luar negeri dan itu akhirnya bisa terwujud. Kami pasti akan lebih bersemangat untuk terus berkarya dan menghibur fans di Malaysia” jelas Julian sang vokalis.


JUICY LUICY adalah satu jenama muzik baru di Malaysia. Lagu mereka terkesan di hati pendengar dengan muzik yang kontemporari, lirik yang ringkas namun bermutu dan imej mereka yang bersih dan penuh gaya. Kedatangan mereka ke Kuala Lumpur tahun ini dijangka akan membangkitkan satu gelombang muzik yang pasti menarik ramai para pendengar dan peminat mereka di Malaysia.



JUICY LUICY akan mengadakan persembahan konsert solo mereka di Zepp KL pada

25 Jun 2023, Ahad jam 8:30 malam.


TIKET:

Cat 1 - LANTAS - RM 145.00 (Free Standing)

Cat 2 - MAWAR JINGGA - RM 245.00 (Premium Seat)

Cat 3 - TANPA TERGESA - RM 195.00 (Normal Seat)

VIP BOX - SAYANGNYA - RM 365.00 - *Per pax(*8Pax per box)

Meet & Greet - RM 115.00 - Poster + Tag


Tiket konsert boleh didapati di laman web www.ilassotickets.com. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tiket konsert, boleh menghubungi talian hotline 011 1329 7822 (WhatsApp sahaja)


I k u t i l a m a n s o s i a l m e d i a @miebir dpr ojec ts d a n l a m a n w e b www.miebirdprojects.asia untuk info terkini acara konsert JUICY LUICY. SENTIMENTAL Live in Kuala Lumpur.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam