Skip to main content

108 Media & Revolution Media Bariskan Bintang Serantau Tersohor Buat Siri Aksi Jenayah Antarabangsa 'I AM VASH' Yang Bakal Jalani Penggambaran di Malaysia Pada Suku Kedua 2022



 108 Media, sebuah syarikat penjana kewangan kandungan dan pengurusan hak media yang tertumpu kepada pasaran baru, telah menyenaraikan syarikat penerbitan premium naungan Zainir Aminullah, Revolution Media sebagai penerbit bersama untuk siri aksi-jenayah asli mereka berjudul I AM VASH (8 x 60min). Ia bakal membariskan beberapa bintang tersohor yang akan memulakan penggambaran pada Mei 2022 dan siap untuk tontonan pada tahun 2023. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai polis wanita yang sentiasa menghadapi tekanan masyarakat dan politik sambil cuba menyelesaikan kes terbesar sepanjang kerjayanya. Kes itu membabitkan ketua geng penjenayah yang membuat onar di seluruh

 negara untuk memenuhi impiannya menguasai dunia kongsi gelap Asia Tenggara. Sebagai projek yang diterajui Adrian Teh, salah seorang pengarah paling berjaya dan prolifik di Malaysia, ia menampilkan gaya pengarahan khasnya dengan pembabitan dua bintang tersohor negara iaitu Sangeeta Krishnasamy (Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke29) yang memainkan watak utama Vash di samping seorang bintang yang tidak asing lagi iaitu Bront Palarae, yang memegang watak Rahman, rakan sejawatnya. Projek ini akan diketuai dan diterbitkan oleh para penerbit eksekutif seperti Justin Deimen, Abhi Rastogi, serta Micah Tadena (108 Media) bersama Zainir Aminullah di samping Anne Low (Revolution Media). Turut serta adalah pasukan penerbitan dan kreatif yang



 menjangkaui rantau Asia Tenggara dan Los Angeles, terdiri daripada David Chang, Choong Chi-Ren, Tony Pietra Arjuna, Justin Wong, Shern Chong dan Leon Tan. Selepas berjaya mencetus fenomena baharu dalam industri serantau lewat filem-filem komersial luar biasa seperti THE WEDDING DIARY, PASKAL dan WIRA, sutradaranya Adrian Teh bersemangat dengan latar belakang unik projek ini. “Watak utama diterajui kaum minoriti dengan premis zaman retro berserta aksi? Ini sesuatu yang sangat mencabar buat saya sebagai seorang pengarah. Sudah tentu saya mahu turut serta!“ Pelakon utama Sangeeta Krishnasamy yang bakal memegang watak utama iaitu Vash berkata “Saya sangat teruja



 kerana dapat terbabit dalam sebuah projek yang tertumpu pada satu zaman di mana sistem kehakiman jenayah tempatan menghadapi cabaran-cabaran terbesar dan kisah terkenal dalam sejarah negara, dan saya lebih gembira bahawa ia dinaungi seorang protagonis wanita. Ini meraikan tempat wanita dalam pasukan berseragam” Bront Palarae, salah seorang pelakon terbaik dan paling banyak menerima anugerah di Asia Tenggara menyertai senarai pelakon dan menghulurkan pengalamannya kepada pihak penerbitan. “Saya sangat teruja untuk beraksi dalam I AM VASH, sambil menghidupkan kisah-kisah sahih serta watak-watak Asia Tenggara buat tontonan dunia. Apatah lagi diberi peluang bekerjasama dengan pasukan dari 108 Media serta Revolution Media, saya yakin kami akan menjadikannya satu pengalaman luar biasa.” Justin Deimen, presiden penerbitan 108 Media mengupas maksud mendalam kisah Vash. “Watak seperti Vash ini sangat penting bagi kaum minoriti dan komuniti serantau untuk diketengahkan, Malah ia dimainkan seorang bintang berbakat besar seperti Sangeeta yang akan

 menaikkan lagi semangat pasukan kami. Menyatukan unsur budaya dan komersial boleh menjadi satu titik pendorong buat kemunculan pergerakan baharu yang dapat melahirkan kandungan serantau yang mampu meliputi pasaran antarabangsa. Saya yakin penonton akan memberikan respon yang luar biasa terhadap citarasa dan misteri dalam siri ini, selain unsur era serta latar belakangnya yang tidak dilupakan.” Zainir Aminullah yang pernah menjadi penerbit eksekutif projek-projek global seumpama DIRK GENTLY dan THE GHOST BRIDE turut sama memberikan pendapatnya berkenaan cita-cita kreatif projek ini. “Malaysia sekitar 1970-an merupakan era dengan pelbagai detik penuh sensasi. I AM VASH adalah sebuah kisah yang menakjubkan disulami adegan-adegan benar yang pernah terjadi, dan kami begitu teruja untuk membawanya ke layar tontonan.” Diilhamkan oleh peristiwa bersejarah, watak-watak ikonik dan wira-wira nyata, siri penuh aksi ini digarap dengan panel penulis lintas-

sempadan buat tontonan penduduk tempatan serta antarabangsa dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di samping Bahasa Tamil dan juga dialekdialek Bahasa Cina. Pengedaran I AM VASH akan dilakukan oleh 108 Media di peringkat antarabangsa bersama Revolution Media untuk rantau ini dan Malaysia. Berpangkalan di London dan Singapura dengan pejabat jualan serta penerbitan utama di Toronto, Los Angeles, Tokyo, Kuala Lumpur, serta Manila, 108 Media akan menanggung kos

 kewangan serta menerbitkan projek ini melalui bahagian penjanaan kewangannya ke arah pasaran antarabangsa berlandaskan fokus utama untuk memperkasakan para pencipta baharu dengan harta intelek yang merentas budaya. Revolution Media yang akan membangun serta menerbit bersama siri ini adalah sebuah syarikat pembangunan dan penerbitan yang berpusat di Malaysia dengan rangkaian projek bersiri dan filem di Amerika Utara, Australia, Indonesia serta Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam