Skip to main content

KISAH PERSAHABATAN URBAN METHOD DALAM DOMO ARIGATO Kumpulan Hip-Hop Popular Kembali Mengubati Kerinduan Peminat

 


Kumpulan Hip-Hop Urban Method mengejutkan peminat dengan membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato. Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan Urban Method selepas sekian menyepi malah intipatinya juga menceritakan kenangan manis 5 sahabat  bersama.

 

Buat generasi kini yang mungkin tidak mengenali mereka, Urban Method yang dianggotai Mahadhir Bin Mohd Ismail,39,Mohd Munawir Bin Anuar,40,Hazairi Basha Bin Jamel Basha,39, Muneer Khan Bin Nazir,37 dan Ahmad Sayuti bin Ibrahim, 39 sebelum ini pernah mekar dengan lagu duet yang diberi nafas baharu, Wajah Rahsia Hati bersama primadona negara, Ogy Datuk Ahmad Daud yang juga merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

 

Domo Arigato yang bermaksud terima kasih didedikasikan sebagai sebuah penghargaan khas buat sahabat handai dan peminat-peminat Urban Method yang sentiasa menyokong mereka sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Menurut mereka, idea untuk membuat kemunculan semula ini tercetus setelah ramai peminat meminta untuk mereka kembali selain mendapat sokongan daripada rakan-rakan seangkatan.

Maka hari ini, impian tersebut akhirnya terlaksana dengan Domo Arigato yang mencipta kenangannya tersendiri. Istimewanya juga, lagu ini  telah mendapat sentuhan daripada penyanyi dan komposer Damian Mikhael, Alzy serta Urban Method sendiri yang turut mencipta liriknya.

 

“Lagu ini menceritakan mengenai reunion kami yang telah berkawan baik selama 16 tahun. Domo Arigato bukan sahaja tentang kemunculan semula Urban Method, malah ia juga mengimbau kembali tali persahabatan kami dan juga penghargaan buat peminat

 

“Terima kasih, thank you mungkin dah biasa. Jadi kami memilih Domo Arigato untuk menunjukkan kelainan yang ditampilkan kali ini dan juga ekspresikan penghargaan kami buat semua” kata Mahadhir

 

Proses rakaman, suntingan dan adunan yang mengambil masa selama tiga hari telah dilakukan di Studio 360 Music Productions dan muzik pula diarahkan oleh Kamal Ridzuan.

 

“Tidak lengkap sekiranya Domo Arigato dilancarkan tanpa muzik video. Di sebalik pembikinannya yang diarahkan oleh Kamal Ridzuan, ia hanya mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan. Cuma penerbitannya telah tertunda untuk beberapa ketika berikutan pandemik yang melanda negara” kata Munawir pula

 

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan, banyak aktiviti-aktiviti seni terpaksa dihentikan, malah ada diantara mereka yang mempunyai pekerjaan sendiri turut terjejas. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk membuat persiapan kemunculan semula.

 

“Kami juga ingin berterima kasih kepada setiap ahli Urban Method sendiri. Walaupun kami dah lama berjauhan, ada pekerjaan dan keluarga sendiri namun kami punya hubungan seperti adik-beradik itu masih utuh.

 

“Masing-masing saling memberi sokongan dan kekuatan persahabatan kami itulah membuatkan terjadinya kemunculan semula ini” tambah Hazairi

 

Dalam pada itu, Urban Method akui terkejut dengan perubahan di dalam industri muzik tanah air. Jika dahulu, segala-galanya ditentukan menerusi penghasilan album namun kini ia berubah seiring dengan kemajuan teknologi.

 

“Untuk kekal dalam industri bukannya mudah apatah lagi jika dinilai dari segi populariti yang sedia maklum ada naik dan turunnya.

 

“Kami pun perlu mengikut peredaran masa dan kehendak para pendengar. Jadi kami bersedia sekiranya ada penyanyi-penyanyi yang sudi berkolaborasi dengan Urban Method kelak” kata Muneer

 

Biarpun begitu, mereka bersyukur kerana rakan-rakan seperjuangan seperti Damian Mikhail, Nico G dan Altimet banyak memberikan sokongan kepada mereka khususnya bagi kemunculan semula ini.

 

“Kami masih lagi akan kekal dengan konsep hip-hop R&B kerana itulah identiti Urban Method sebelum ini. Bermula dari ‘underground’ sehingga berjaya masuk ‘mainstream’ segalanya tidak akan terjadi tanpa sokongan dari peminat dan rakan-rakan.

 

“Di kesempatan ini juga, kami ingin berterima kasih kepada Nico G, Damian Mikhail dan Altimet yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar buat Urban Method muncul kembali ke persada seni tanah air” kata Sayuti

 

Di kesempatan itu, Urban Method meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak media yang memberi sokongan penuh kepada mereka. Tidak dilupakan, rakan penaja terdiri daripada Kopi Kawan-Kawan, ,Rlmenswear, Ibuanis dan Eartheories yang turut meraikan mereka pada hari ini.

 

 

 

Lagu ‘Domo Arigato’  boleh diperdengarkan melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music bermula 31 Oktober 2021. Manakala video muzik lagu Domo Arigato  ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Urban Method Music.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam