HAFIZ HAMIDUN MENGUMUMKAN KEMUNCULAN ALBUM STUDIO

 


Hafiz Hamidun mengumumkan kemunculan album   penuh   studio   ke   Sembilan   beliau,   Zikir   Terapi   Acapella, menerusi Arteffects.Universal Music Malaysia, syarikat muzik utama tanah air.Album terbaru ini merupakan kesinambungan dari kejayaan album beliau Zikir Terapi Diri pada tahun 2011. AlbumfizikalZikir Terapi Diri telah terjual melebihi 1.5 juta unit di  seluruh  duniadan  mencatatkan  lebih  100  juta  tontonan  di  YouTube.Tanpa

 

SIARAN MEDIAkeraguan,  inimerupakan  antara  album  yang  paling  berjaya  pernah  diterbitkan  di Malaysia.  Setelah  sepuluh  tahun  album  tersebut  diterbitkan,  Hafiz  telah  mengambil keputusan untuk Kembali ke studio dan merakamkan versi acapella album tersebut.Penerbitan  album  ini  sangat  luar  biasa;meskipun  Perintah  Kawalan 

 

Pergerakan Penuh yang dilaksanakan oleh Kerajaan berikutan kes COVID-19 di Malaysia, album ini  telah  diterbitkan  secara  maya,  di  manaHafiz  terpaksa  bekerja  dari  jarak  jauh bersama    jururakam    bunyi    berikutan    keterbatasan    dan    kekangan    operasi. Walaubagaimanapun,  mengambil  kira  penggunaan  teknologi  sepenuhnya  di  dalam pembikinan  album  ini,  ia  telah  sempurna  dirakam,  diadun  dan  melalui  proses

 

mastering selama sebulan.Bersama-sama kemunculan album ini secara digital, Hafiz akan menerbitkan versi CD secara terhad dan eksklusif menerusi Shopee. Video muzik dari album ini juga akan mula dikeluarkan bersama-sama pengedaran digital di YouTube.Album  Zikir  Terapi  Acapella  telah  diterbitkan  sepenuhnya  oleh  Hafiz  Hamidun  dan merupakan  kerjasama  penerbitan  di  antara  label  miliknya  Arteffects  dan  Universal Music  Malaysia.  Hafiz  Hamidun  diurus  dan  diwakili  secara  eksklusif oleh  Arteffects. Sebarang peluang media dan pertanyaan lanjut mengenai album ini boleh berhubung dengan Arteffects di hello@arteffects.myatau management@hafizhamidun.com.

2 / 2

90%

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM