Skip to main content

KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” Di PENANG

Orange International Kembali Hiburkan Orang Pulau Pinang Pula Dengan Konsert Oleh Wali Band & Artis Terkemuka Indonesia-Malaysia

Setelah kejayaan luar jangkaan dan memberangsangkan konsert ‘Jujur Takkan Melupakanmu, Live In Concert Radja (Special Appearance Ella)’ pada November lalu yang berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton, syarikat penganjur konsert yang kian menempa nama, Orange International kembali dengan hiburan seterusnya khusus buat orang Pulau Pinang, ‘KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG’ yang turut menampilkan penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan juga Khai Bahar pada 3 Februari 2024 ini, bermula 8:30 malam, bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang.
   
  Menurut Dato’ Mohd Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International, “Alhamdulillah, selepas beberapa siri konsert yang diadakan, pihak Orange International (OI) terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.
“Setelah kejayaan konsert Radja dan Ella tempoh hari, OI sekali lagi membawakan hiburan dari seberang iaitu kumpulan pop popular Indonesia, Wali Band buat peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang.
Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 merupakan salah satu kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu yang sering menghasilkan hit-hit seperti Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.
Tambah Dato’ Fadzli, “Selain Wali Band, turut ditampilkan, penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang viral dengan lagu ‘Dawai’, dan ini merupakan kemunculan pertamanya di Malaysia, selain artis-artis terkenal tanah air seperti Saixse dan juga Khai Bahar.
Konsert yang dijangkakan akan berlangsung selama 2 jam lebih ini bakal diserikan dengan persembahan di antara 13 sehingga 15 buah lagu kesemuanya bergantung permintaan penonton dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ yang diwar- warkan kerajaan.
Kata Dato’ Fadzli lagi, “Kami menggalakan penonton yang hadir untuk mengenakan pakaian berwarna hijau pada malam konsert tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools.
“Saya berharap agar peminat muzik akan terus menyokong kami dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting agar semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert nanti selama 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre yang bakal dibawakan.

  Tiket-tiket ke KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG boleh didapati di ticket2u.com.my/walipenang atau talian hotline +6011-1133 7638.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam