ARAHAN TERBAHRU AARON AZIZ - SAYU YANG SYUKUR

 



Nama pelakon popular Dato Aaron Aziz sudah cukup sinonim dengan penampilannya dalam

nashkah filem yang bertemakan cinta.

Dengan pengalamannya yang cukup meluas dalam dunia lakonan, ternyata Aaron diberi

peluang untuk mengarahkan sebuah filem cinta berjudul Sayu Yang Syukur.

Aaron berkata, pembabitannya dalam filem tersebut selaku pengarah bermula setelah

ditawarkan sendiri oleh Penerbit Ekseku=f, Allahyarham Datuk Gulzar Mohamad Noor

Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mohd Atlas pada tahun 2015.

“Pada awalnya saya diberikan peluang untuk berlakon sahaja, namun arwah kemudiannya

tawarkan pula untuk saya mengarahkan filem ini.

“Saya merasakan ia satu peluang yang =dak harus dilepaskan memandangkan saya tak pernah

mengarahkan sebuah filem cinta,” ujarnya.

Diterbitkan syarikat Nusanbak= Produc=on Sdn. Bhd., Sayu Yang Syukur merupakan filem

kedua arahan beliau setelah Romeo Kota.

Sayu Yang Syukur merupakan sebuah filem konflik percintaan penuh drama=k yang turut

menampilkan Aaron selaku pelakon, selain Nora Danish dan Arja Lee sebagai teraju utama.

Jelas Aaron, apa yang membuatkan dia tertarik untuk mengarahkan filem berkenaan apabila

dia diberi kebebasan oleh pihak penerbit, terutama dari segi pemilihan pelakon dan olahan

skrip.



Menurutnya lagi, dia juga menggunakan pengalaman yang ada ke=ka berlakon di bawah

arahan pengarah-pengarah hebat seper= Kabir Bha=a, Osman Ali dan Erma Fa=ma.

“Untuk skrip saya membuat 90 peratus olahan berbanding skrip asal dengan memasukkan

idea-idea baharu agar filem ini mempunyai kelainan dengan filem cinta yang lain.

“Begitu juga dengan pemilihan pelakon apabila saya diberi sepenuh kepercayaan untuk

memilih barisan pelakon yang saya inginkan,” jelasnya.

Tambah Aaron, untuk mengarahkan sebuah cinta bukanlah sesuatu kerja mudah

memandangkan genre sebegitu lebih bermain kepada emosi dan perasaan yang mendalam.

Jelasnya lagi, ia turut memberikan cabaran tersendiri buat dirinya apabila ber=ndak selaku

pengarah dan pelakon pada masa yang sama.

“Apabila menjadi pengarah, banyak benda yang saya perlu jaga. Mana nak berlakon... jaga

dialog, jaga lokasi bagi memas=kan semuanya berjalan lancar. Memang ia sesuatu yang agak

mencabar.

“Apapun saya bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat kru produksi yang banyak

membantu sepanjang penggambaran serta pelakon yang memberikan komitmen yang sangat

baik untuk menjayakan filem ini,” ujarnya.

Pada masa sama, Aaron meluahkan keyakinan Sayu Yang Syukur ini akan diterima baik

penonton, terutama sekali peminat-peminat filem bercorak cinta.

Jelasnya, penonton juga akan berpeluang melihat sisi lakonannya yang berbeza dalam filem

arahannya itu nan=.

“Setakat ini saya lihat tak banyak filem-filem cinta yang dihasilkan. Penonton sekarang lebih

banyak disajikan dengan naskhah bergenre aksi dan komedi.

“Jadi, menerusi filem ini akan ‘mengubat’ kerinduan mereka yang mahukan filem cinta yang

menyentuh perasaan dan boleh membuatkan air mata mengalir ke=ka menonton,” ujarnya.

Sementara itu, Saiful Azmi Jamsari selaku penerbit berkata, pihaknya bersetuju mengambil

Aaron selaku pengarah kerana yakin dengan bakat, kemampuan serta pengalaman yang

dimiliki pelakon berkenaan sepanjang bergelar seorang pelakon.

Ujarnya, sepanjang penggambaran pihaknya melihat kesungguhan serta kerja keras yang

ditunjukkan Aaron, meskipun belum mempunyai banyak pengalaman selaku pengarah.

“Memberikan peluang kepada pengarah baharu seper= Aaron Aziz pen=ng kerana mereka

membawa semangat, idea segar dan pandangan yang berbeza dalam industri yang mungkin

boleh menjadi stereotaip.


“Ke=ka memilihnya dahulu memang dia agak baharu untuk duduk di kerusi pengarah, tetapi

kami yakin dengan bakat dan potensinya untuk berkemban dengan dibantu team produksi

yang dedikasi,” jelasnya.

Sementara itu, Azmi berkata filem terbitan Nusanbak= itu juga mempunyai beberapa kelainan

yang membezakannya berbanding filem cinta yang lain.

Ujarnya, dengan menggabungkan elemen-elemen ar=s=k yang menakjubkan dengan tema

cinta yang universal, pihaknya mahu mencipta sebuah karya seni yang memukau dan inspira=f

serta dapat menyentuh ha= penonton dengan menggerakkan mesej cinta, kebaikan, dan

keikhlasan.

“Sayu Yang Syukur dihasilkan kerana ia adalah sebuah filem naskhah cinta yang merentasi

sempadan kasih dan keindahan.

“Kami telah memilih untuk mengeksplorasi elemen-elemen konflik kerjaya, hubungan dalam

dilema, cinta dan benci, serta anggapan dan tanggapan untuk mencipta sebuah nara=f yang

lebih mendalam dan mul=dimensional,” jelasnya.

Ujarnya lagi, selain tampil dengan sebuah naskhah yang menarik, Sayu Yang Syukur turut

diindahkan lagi dengan dua lagu runut bunyi atau OST iaitu Menan= Sinar nyanyian Si=

Nordiana dan Bermalam Tanpa Bintang yang dipersembahkan oleh Tomok.

“Apa yang paling is=mewa untuk kedua-dua lagu OST ini apabila merupakan sepenuhnya hasil

ciptaan Mohd Atlas,” ujarnya.

Filem SAYU YANG SYUKUR akan menemui penonton di seluruh negara apabila ditayangkan di

pawagam mulai 28 DISEMBER 2023.


SINOPSIS

Kepulangan Liana ke Kuala Lumpur daripada kampung pada suatu senja adalah <<k mula

kisah tragik hidupnya apabila kereta yang dipandu terbabas ke cerun setelah melanggar

tayar yang terjatuh dari lori ke<ka hujan lebat mencurah. Secara kebetulan Qudaim (Aaron

Aziz) & Adam menyedari kereta Liana yang berada di cerun bergegas turun dan memeriksa

keadaan walaupun mereka masih berada di bawah pengaruh bahan terlarang. Adam

mencapai minuman yang telah diletakkan ubat khayal lalu diberikan kepada Liana. Bagai

jatuh di <mpa tangga, Liana yang separuh sedar kerana kemalangan dan mamai dengan air

khayal telah dibawa ke sebuah resort maka terjadilah perkara yang memilukan.

Di pejabat Liana merasa sayu dan buntu kerana selama ini dia adalah individu yang

bertanggungjawab membantu dan menasihatkan mangsa-mangsa rogol, tetapi kini situasi

itu berlaku pula kepadanya. Tahap keyakinannya menurun dan pelbagai tanggapan muncul

di kepala andainya dia disahkan hamil. Nama keluarga di kampung, maruah Yayasan dan

nama baiknya pas< tercemar jika laporan polis dibuat dan berita dinodai diketahui. Jefri


(Arja Lee) rakan sepejabat yang selama ini menaruh ha< kepadanya pula tetap sabar

menagih cinta Liana tetapi Liana masih merahsiakan kisah memalukan itu daripada Jefri.

Mampukah ha< Liana terbuka untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik yang

akan berlaku di antara mereka?


BARISAN PELAKON

Dato Aaron Aziz - Qudaim

Nora Danish - Nurliana

Arja Lee - Jefry

Fairie Khalil - Adam

Dato Ahmad Tamimi Siregar - Dato Nazhar

Raja Emma - Da=n Mazuin

Gya Natasha - Maisarah

AR Badul - Pak Ali

Kismah Johar - Mak Yah

Mysa Larra - Julia

Norzafifah Mohd Zain - Salina

Visha Saywho - Kak Chom Tweeter

Sariyan< - Azreen

Dato Dira Abu Zahar - Sherry

Abdul Jalil Ramli - Dato Reimy


PRODUKSI

Pengarah : DATO AARON AZIZ

Pengarah fotografi : KHALID ZAKARIA

Pengarah Seni : AZWAN ABDUL AZIZ

Pengarah Muzik : NURZAIDI ABDUL RAHMAN

Penyun=ng : FARAH AIZURIN

Penerbit Penyelaras : AR BADUL

Penerbit Ekseku=f : MOHD ATLAS

Penerbit Bersekutu : TOH PUAN ATIAH ALIAS MOHAMED

Penerbit : SAIFUL AZMI JAMSARI

Terbitan : NUSANBAKTI PRODUCTION SDN BHD



https://www.youtube.com/watch?v=s_uZr2lIa8U

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE