Skip to main content

Kempen ‘Lose to Win’ untuk memerangi obesiti di Malaysia

Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (“Su.Re Sihat KL”) melancarkan Kempen ‘Lose to Win’ untuk memerangi obesiti di Malaysia. Dengan pendedahan terbaharu mendapati Malaysia telah menduduk tangga pertama obesiti di Asia Tenggara dan tangga kedua secara global, badan bukan kerajaan tersebut berazam untuk menumpukan sumbernya dalam meningkatkan kesedaran terhadap epidemik tersebut.
 
Menurut Presiden, Su.Re Sihat KL, Shameem Akhtar Mohd Ashraf, obesiti kini bukan lagi dilabel sebagai penyakit negara dan isi rumah berpendapatan tinggi. “Dahulu kita menganggap orang menghidap obesiti akibat makan secara keterlaluan. Hari ini, anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa golongan B40 dan asnaf yang berpendapatan rendah juga boleh menghidap obesiti akibat faktor lain seperti kekurangan makanan berkhasiat, suasana bertekanan tinggi, genetik, kualiti hidup yang rendah dan banyak lagi”.
 
“Oleh itu, kami akan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi bagi kempen ini untuk mengumpul dana supaya 20 individu berpendapatan rendah yang terpilih dapat menjalani program pengurusan obesiti yang menyeluruh termasuk prosedur kesihatan, pelan nutrisi, senaman dan lain-lain. Kami mahu mengubah kehidupan individu tersebut supaya mereka boleh meneruskan pekerjaan mereka untuk menampung ahli keluarga masing-masing,” tambahnya.
 
Beliau juga berharap apabila kempen ini dapat diteruskan dengan penyertaan rakan kongsi korporat, lebih ramai individu menghidapi obesiti dapat menikmati program pengurusan obesiti ini secara PERCUMA. Dalam jangka panjang, kempen ini akan mengubah lanskap kesihatan di Malaysia apabila semakin ramai orang awam menjadi lebih aktif dalam meningkatkan gaya hidup mereka.
 
Program prosdur kesihatan tersebut termasukan pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar tersohor di Asia Pasifik dalam bidang saluran gastro usus atas (“upper gastrointestinal”) dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Gastro Usus dan Hati (“CENGILD”). “Prosedur bariatrik bukan lagi dikategorikan sebagai pembedahan kosmetik, sebaliknya prosedur penjagaan kesihatan profesional yang menawarkan penyelesaian yang baik untuk obesiti. Dari situ, pesakit obesiti akan dibimbing dengan program kesihatan yang lengkap untuk memastikan mereka pulih dengan cepat dan boleh meneruskan pekerjaan masing-masing secara lebih produktif untuk menyara keluarga mereka,” katanya.
 
Pemilihan calon-calon untuk Kempen ‘Lose to Win’ Su.Re Sihat KL ini akan disaring daripada pencalonan yang dihantar oleh komuniti tempatan dalam kawasan Lembah Klang. Pesakit obes dengan Index Jisim Tubuh 35 ke atas akan diberikan keutamaan selepas lulus ujian klinikal untuk memastikan mereka sesuai untuk menjalani pembedahan bariatrik. Pesakit diabetes jenis 2, darah tinggi dan gangguan tidur (“sleep apnea”) juga boleh menjalani prosedur tersebut.
 
Semasa pelancaran Kempen ‘Lose to Win’ tersebut, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Aishah dan Datin Alyah turut dijemput untuk berkongsi perjalanan mereka menjalani program pengurusan berat badan bawah pemantauan Dr. Mustafa untuk meningkatkan kesihatan dan gaya hidup mereka.
 
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, kira-kira 50% orang dewasa di Malaysia adalah obes manakala 1 dalam 3 orang remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun juga mempunyai berat badan berlebihan berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup. Dalam satu laporan lain yang diterbitkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (“UNICEF”) pada tahun 2019 mendedahkan bahawa 12.7% kanak-kanak berusia antara 5 hingga 19 tahun adalah obes - bukti bahawa isu obesiti telah mencapai tahap membimbangkan di seluruh negara.
 
Kempen ‘Lose to Win’ ini akan menjadi salah satu tonggak utama bawah Su.Re Sihat KL sebagai usaha mendukung inisiatif kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat di Malaysia. Sebelum ini sejak ditubuhkan pada tahun 2019, Su.Re Sihat KL telah menganjurkan pelbagai acara mengumpul dana untuk menyokong agenda kesihatan lain termasuklah kanser dalam kalangan kanak-kanak dan mempromosikan aktiviti sukan dan riadah seperti Quidditch, gusti dan zumba untuk kanak-kanak.
 
 
Tentang Su.Re Sihat KL
Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (“Su.Re Sihat KL”) telah ditubuhkan pada tahun 2019 oleh sekumpulan individu yang menyedari kepentingan mempromosikan aktiviti sukan dan riadah untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang menetap dalam kawasan Lembah Klang. Terbaharu, Su.Re Sihat KL diterajui oleh Puan Shameem Akhtar Mohd. Ashraf dan ahli jawatankuasa yang mempunyai pengalaman meluas dalam kerja-kerja NGO dan pengumpulan dana.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam