Skip to main content

KUMPULAN YANG MEMPUNYAI BEBERAPA LAGU POP PLATINUM, DRAX PROJECT, MERILIS ALBUM KEDUA MEREKA ‘UPSIDE’ DAN MEREKA JUGA AKAN MENGADAKAN PERSEMBAHAN UTAMA DI THE JAZZ CAFÉ PADA 19 JULAI 2024


Dengan lebih setengah bilion strim, Drax Project adalah salah satu artis terbesar yang lahir dari New Zealand dan pada hari ini meriliskan album kedua 10 lagu mereka 'Upside'. Di samping itu, kumpulan tersebut telah mengumumkan persembahan utama mereka di London yang sangat istimewa pada 19 Julai tahun hadapan di The Jazz Cafe di Camden.
Berikutan album sulung mereka bertajuk nama kumpulan mereka yang mendapat sambutan yang tinggi merangkumi lagu-lagu popular carta seperti Woke Up Late yang menampilkan Hailee Steinfield dan Catching Feelings yang menampilkan Six60, Kumpulan 4 anggota ini kembali dengan projek yang bakal menjadi bukti kejayaan kumpulan itu dan evolusi artistik.
Meningkat kekuatan demi kekuatan, Drax Project ialah kumpulan pop terkenal yang terdahulu pernah memenangi beberapa anugerah platinum dan pernah menjelajah dengan nama-nama terbesar dalam dunia muzik termasuk Ed Sheeran, Christina Aguilera, Camilla Cabello dan Lorde. Persembahan mereka sentiasa terjual laris, mereka juga telah membuat persembahan di di acara antarabangsa dan festival di UK seperti SXSW Australia dan The Great Escape, menjadikan nama mereka tidak asing di atas pentas dengan persembahan langsung yang unik dan bertenaga serta lagu pop yang memukau.
Upside ialah album 10 lagu yang menggabungkan unsur-unsur Pop dan R&B dengan gaya tersendiri mereka, dengan bunyi yang diilhamkan dari jazz. Projek ini memberi gambaran yang jujur ​​dan menyeronokkan dari awal hingga akhir, meneroka perjalanan epik kumpulan itu. Album dibuka dengan trek lagu euforia Atmosphere yang menetapkan nada untuk keseluruhan album, Drax Project menerapkan semangat tidak berputus asa dengan memperkasakan Hold Me Back, tentang mengambil peluang dalam Disrespect, menghayati detik ini dalam lagu utama album, Luxury, meneroka cinta dalam Good Life, memperkenalkan bunyi baru yang terinspirasi dari kelab dengan Sugar serta banyak lagi lagu baharu termasuk Oh My, Supernova, My Luck (Someone Like You) dan Mr Thunder.
Bermula sebagai band busker dan bekerja tanpa henti sejak mereka bermula, kumpulan itu berkata "Album ini adalah gabungan kerja keras bertahun-tahun dan cinta, dan akhirnya kami tidak sabar untuk berkongsi dengan dunia! Kami berharap anda akan menikmati muzik ini seperti sebanyak mana kami seronok membuatnya."
Album ini adalah kolaborasi di antara penulis lagu dan produser muzik tersohor seperti Rogét Chahayed (Drake, Travis Scott, SZA), Imad Royal (Doja Cat, Chainsmokers), Ferras (Katy Perry, Dua Lipa), and Marlon Gerbes (Six60).
Terus mengasah identiti artistik mereka, Projek Drax bersinar dengan projek terbaik mereka. Upside kini tersedia di semua platform penstriman utama.
 
Fokus Single : Luxury
‘Luxury’ merupakan single utama dari album ‘Upside’,  dan lagu ini diberikan garapan serupa dengan lagu hit Drax Project terdahulu iaitu 'Woke Up Late' – menjadikan petikan tali (ukulele) sebagai elemen utama dan juga sebuah lagu yang hebat untuk dinyanyikan. Merupakan lagu yang berbunyi seperti irama musim panas, ‘Luxury’ membawa naratif untuk melakukan yang terbaik dalam hidup pada saat ini!
Penciptaan lagu ini bermula di beberapa tempat yang berbeza dan hanya disatukan apabila kami menyedari melodi yang Shaan perhalusi daripada sampel lain, sesuai digandingkan dengan bahagian gitar yang telah Ben ciptakan.
Liriknya berdasarkan idea untuk cuba menghilangkan ketagihan materialistik yang telah menghujani dan menarik kita setiap hari, dan cuba kembali menghargai detik-detik manusiawi yang diberikan kepada kita. Kami mendengar lagu ‘3 Malam’ oleh Dominic Fike dan juga beberapa lagu klasik Beach Boys, dan kami cuba menggabungkan elemen-elemen muzik tersebut dengan cara agar ianya berbunyi seperti muzik kami.

Drax Project's irresistible touch seems to conquer the internet with every single release." - Clash

"An unstoppable four-piece band" - Notion

"The band have certainly made huge strides" - BBC News Online

"Ones to watch" - 1883 Magazine

SENARAI TREK ‘UPSIDE’
1. Atmosphere
2. Disrespect (featuring Charley)
3. Luxury
4. Hold Me Back
5. Good Life
6. Sugar
7. Oh My
8. Supernova
9. My Luck (Someone Like You)
10. Mr Thunder

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam