Skip to main content

TIKET DOLLA MINI SHOWCASEHABIS DIJUAL LIMA MINIT SELEPAS PENGUMUMAN




Siapa  yang  menyangka  kumpulan  nyanyian  wanita DOLLAyang  baru  beberapa  tahun  menyertai  industri  muzik  tanah  air  kini  sudah  menjadi sebuah kumpulanyang mempunyai pengaruh yang sangat besar.Dengan penampilan muzik dan gaya persembahan yang tersendiri kumpulan ini telah meraih pelbagai  kejayaan,  termasuk  menjadi  kumpulan  nyanyian  wanita  pertama  yang  tampil  di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.Kini, mereka bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai DOLLA MINI SHOWCASE.Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di NeroEvent Space, PJPAC, 1Utama.Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) danRM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.“Kami  berasa  sangat  gembira  kerana  akhirnya  diberi  peluang  membuat  pertunjukan  kami sendiri untuk para iDolla kami. Lagipun, kamilah puteri-puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  kerana  kami muncul  semasa PKP  dilaksanakan.  Jadi  peluang  ini  sangat berharga  buat kami,” jelas Angel mewakili kumpulan DOLLA.

SIARAN MEDIAIdea untuk membuat showcase ini pula merupakan cadangan pihak syarikat rakaman mereka, iaitu Universal Music Malaysia.“Idea syarikat rakaman kami ini memang bagus kerana kami memang tak pernah bertemu peminat setia kami yang dikenali sebagaiiDolla secara langsung. Gara-gara muncul sewaktu PKP,  kami  hanya  dapat  berinteraksi  di  alam  maya.  Jadi  showcase  ini  satu  peluang  untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara langsung,” ujarSyasya pula tentang persembahan ini.Selain  persembahan  dalam beberapa  versi  lain  serta  mutu  vokal  yang  dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.“Ada banyakkejutan  yang  akan  kami  tampilkan  namun  kami  tak  mahu  beritahu  kerana  ia tidak  akan  menjadi  istimewa  jika  kami  beritahu  sekarang.  Jadi  nantikan  malam  showcase nanti,” jelas Tabby pula selaku wakil kumpulan DOLLA.Angel  yang  berharap  tiket  persembahan  habis  dijual  secepatnya  sangat  teruja  mendengar khabar gembira itu.“Kami benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket kami akanlaku dan habis dijual begitu cepat.  Jadi  kami  harap  para  peminat  kami  khasnya iDolla  akan  menikmati  malam  tersebut saat melihat kami membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali khas di depan mereka. Kami juga tak sabar nak berjumpa peminat kamisemua,” ujar Angel menutup bicara.

 


Comments

Popular posts from this blog

Salammusik menyeru agar segera menghentikan kitaran keganasan antara Israel dan Palestin ini.

  Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru mereka "Kuasa".   Punca keganasan yang sama selama beberapa dekad: kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Lebih dari satu abad mereka berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.   “Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik   Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan.   “Kami percaya bahawa para pemimpin perl

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.