Skip to main content

Rocketfuel Entertainment Perkenal Perkhidmatan Terbaharunya ‘Indie Space Station’ Buat Semua Label & Pengkarya Indie



Rocketfuel Entertainment sekali lagi meneroka angkasa lepas dengan memperkenalkan perkhidmatan terbaharunya iaitu Rocketfuel Indie Space Station yang akan memberi fokus khusus terhadap label dan artis indie di seluruh negara. Rocketfuel Indie Space Station akan bertindak sebagai pihak pengurusan yang dilantik oleh label atau artis indie di bawah label muzik Rocketfuel Records yang bakal beroperasi serentak dengan tiga komponen utama roketnya iaitu Rocketfuel Talent, Rocketfuel Multi-channel Network dan Rocketfuel Live. Terang Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment yang baharu, “Rocketfuel Indie Space Station kini mempelawa mana-mana label dan artis indie yang memerlukan khidmat dari segi pelancaran lagu di platform digital, TV dan radio. Sebagai tambahan, Rocketfuel Indie Space Station juga menawarkan khidmat penerbitan dan perlesenan. “Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah kami raih sekaligus meletakkan jenama Rocketfuel Entertainment setaraf dengan label-label unggul di Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara. “Dikesempatan ini juga saya ingin memperkenalkan Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baru iaitu saudara Jipie yang akan dipertanggungjawabkan mengelolakan Rocketfuel Indie Space Station. Encik Jipie adalah vokalis dan ketua band Pesawat yang merupakan sebuah kumpulan tempatan yang terkenal dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok

belok industri muzik di Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Ketua Label dan Penerbitan yang baharu dapat melonjakkan lagi jenama Rocketfuel Entertainment ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Encik Jipie, “Saya amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Encik Feros dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini. Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment sebagai salah satu agensi bakat yang berpengaruh dan disegani di Malaysia dan rantau ini.” Sehubungan dengan itu, Rocketfuel Entertainment juga turut memperbaharui dan menambahbaik laman sesawang rasminya baharu-bahru ini dengan perantara yang lebih menarik sejajar dengan identiti jenama Rocketfuel Entertainment yang moden ditambah dengan elemen bersahaja. Laman sesawang terbaharu itu juga akan menampilkan pelbagai perantara berguna yang memudahkan bakal rakan niaga dan pengguna membuat semakan tentang perkhidmatan baharu yang ditawarkan. Selain itu, laman sesawang tersebut turut mempamerkan dan memberikan maklumat tentang keluaran terbaharu serta projek-projek akan datang daripada Rocketfuel Entertainment agar kesemua yang terlibat sentiasa memperoleh perkembangan yang terkini. Sebagai tambahan, laman sesawang terbaharu Rocketfuel Entertainment akan memaparkan setiap talent secara individu daripada rangkaian keluarga besarnya supaya mudah bagi bakal pelanggan merangka apakah tindakan selanjutnya dalam mewakili jenama mereka.

Team Rockerfuel Entertainment akan terus memastikan isi kandungannya dikemaskini dari semasa ke semasa dengan berita-berita terkini bersama talent terbaharunya. Jangan lupa untuk melayari laman sesawang rasmi yang terbaharu di www.rocketfuelent.com

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba