Skip to main content

KUCAIMARS MUNCUL DENGAN ‘KERNA KU TERPAKSA



Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars mula mencuri perhatian pada tahun 2018 apabila video dirinya menyanyikan lagu-lagu saduran yang dikongsikan di laman sosial media menjadi tular. Kucaimars memulakan kerjaya sebagai penyanyi profesional menerusi single debutnya berjudul ‘Jawab’ pada Januari 2019. Namanya semakin menjadi sebutan apabila menyertai program Big Stage 2019 dan berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat Separuh Akhir. Kucaimars kemudiannya melancarkan single keduanya ‘Khayalan’ pada Disember 2019 , sebuah lagu yang dirakam sempena penyertaannya dalam program realiti yang beraspirasi mengetengahkan

 bakat generasi muda dalam industri muzik Malaysia itu. Kucaimars muncul pula dengan single ketiganya berjudul ‘Mudah Bagimu’ yang mendapat sambutan hangat peminat. Danpada Februari yang lepas Kucaimars melancarkan single keempatnya yang berjudul ‘Wanita’. Sebagai penutup kalendar seninya pada tahun 2021 ini, Kucaimars hadir dengan single terbaharunya berjudul "KERNA KU

 TERPAKSA". "KERNA KU TERPAKSA" merupakan ciptaan bersama Neves dan Az Rahman. Lagu ini diberikan susunan muzik yang indah oleh mereka berdua. Menyifatkan single kelimanya ini sebagai lagu memohon peluang untuk berubah, Kucaimars berkata, “Lirik lagu ini bercerita tentang seseorang yang memohon untuk diberikan peluang kedua dan memperbaiki hubungan cintanya. Saya berharap lagu ini dekat di hati pendengar yang pernah mengalami pengalaman yang serupa.” Single “KERNA KU TERPAKSA” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 24 SEPTEMBER 2021.

 PAUTAN BERKENAAN KUCAIMARS: 1. Gambar: - https://drive.google.com/file/d/1p9qY7m7_Fs1ZKrDvkqPs3tHB3rNFq6Q/view?usp=sharing - https://drive.google.com/file/d/1xNegVnkxCkz8hpgdHjtM64wqfH0w1G05/view?usp=sh aring - https://drive.google.com/file/d/1ywsD79pNGEsnPcC0zoS4WdO6lpd663Py/view?usp=sh aring 2. Lagu: http://wmm.lnk.to/KernaKuTerpaksa 3. Video Lirik: https://youtu.be/q-iKJH241sY 4. Instagram: https://www.instagram.com/kucaimars/?hl=en 5. Facebook: https://www.facebook.com/kucaimarss/ 6. TikTok: https://www.tiktok.com/@kucaimarz?lang=e

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba