Skip to main content

DOLLA BANGKIT DENGAN BERANI


 


Kehadiran ‘band girl’ Dolla semakin diterima baik dan mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan. Dari single pertama mereka, Dolla Make You Wanna kumpulan dianggotai empat wanita ini berjayamencipta fenomena.Bakat dan keunikan yang dimiliki Dolla sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang melihat kemunculan mereka ini hanya sekadar ‘menjual’ rupa dan penampilan semata-mata. Namun, siapa sangka sangkaan itu meleset berdasarkan beberapa pencapaian yang diraih menerusi beberpa single yang dilancarkan selepas itu. Malah, single Raya Raya Raya yang dilancarkan sempena sambutan Aidilfitri lalu menjadi siulan ramai selain trending di YouTube dan pelantar muzik digital.Tidak mahu membiarkan peminat ternanti-nanti apa lagi kelainan yang bakal ditampilkan, Dolla yang dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul BERANI.Sabronzo, 26, yang mewakili Dolla berkata, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh John Jeevesdan Firdaus Rahmatitu sedikit berbeza daripada kebanyalan single mereka sebelum ini.“Dari teaseryang Dolla sudahmuat naik di Instagram, boleh dengar yang instrumental lagu ini memang lain. Malah, ‘vibe’ dan genre juga lain daripada lagu yang Dolla buat sebelum ini. Dalam erti kata lain, kali ini kita buat ia perlahan sedikit.

“Mungkin peminat Dolla akan tertanya-tanya kenapa single kaliini berbeza dari segi susunan muzik. Bagi saya, Dolla juga nak tunjukkan sisi lain yang selama ini ramai tidak tahu terutamanya dalam muzik ini. Paling penting, kami mahu buktikan Dolla juga versatil sebagai grup M-Pop,” katanya.Berkongsi lanjut mengenai single BERANIitu, Dolla pernah muncul menerusi telefilem yang mengisahkan kehidupan mereka iaitu Dolla Watch Me Glow berkata, lagu BERANImengisahkan mengenai pemerkasaanwanita melalui sistem sokongan.“Lagu BERANIini ditujukan kepada wanita dan mahumengangkat martabat wanita itu menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan. Pada zaman ini, seseorang wanita sudah perlu keluar dari segala ketakutan dengan menggantikannya dengan berani dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidak takut, dia berani dan berdikari. Wanita perlu berani.“Jadi, jelas tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita. Bukan apa, hari ini masih ramai wanita yang takut untuk berubah kerana berasakan diri mereka lemah. Disebabkan itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling,” katanya.Bagi Sabronzo juga, tema yang diketengahkan dalam lagu BERANIitu ditujukan khas buat peminat setia mereka yang sudah banyak memberikan sokongan dari awal kemunculan Dolla.“Jadi apa yang membuatkanlagu iniistimewa adalah Dolla menjadikan lagu BERANIini sebagai lagu dedikasi buat seluruh peminat kami yang digelar iDollayang sudah setia memberikan sokongandan sentiasa berada bersama kami. “Itu sudah cukup memberikan motivasidan inspirasi kepada kami untuk terus berjaya dan memberikan yang terbaik dalam bidang muzik ini.

“Jadi, harapan Dolla adalah semoga iDolladan peminat muzik tempatan boleh menghargai dan ‘enjoy’ denganlagu BERANIini. Paling penting juga harapnyapendengar dapat menerima sisi lain Dolla dalam lagu ini,” katanya.Dalam perkembangan lain, Sabronzo mengakui Dolla teruja untuk kembali memeriahkan industri muzik tanah air selepas semua aktiviti seni dan persembahan dibenarkan beroperasi.“Sekarang Dolla memangsudah ada merancanguntuk membuat persembahan secara langsung untuk beberapa acara. Jadi, kami sangat teruja sebab dapat membuat persembahan semula untuk semua. Dalam masa sama, menerusi lagu BERANIini kami boleh fokusdari segi vokal.“Selain itu, buat masa sekarang kami mahu memberi fokus pada lagu BERANIini dahulu dan dalam masa sama ada lagu baru lain yang sedang dalam proses pembikinan,” katanya.Berkongsi lanjut mengenaivideo muzik (MV) BERANIyang diarahkan oleh Thaqif Saadonitu, Sabronzo berkata terdapat beberapa faktor yang menjadikan MV ini lain daripada yang lain.“Pertamaadalah pengunaan medium animasi dalam mengambarkan Dolla dalam suatu alam yang berbeza. Denganmasa yang deberikan, kami sepenuh tenaga mengumpulkan segala kudrat untuk menghasilkan MV yang kami percaya akan mengangkat martabat MV berkonsepkan animasikepada aras yang lebih tinggi.Dari segi teknikal juga, kami mengaplikasikan beberapa teknik baharu dalam membolehkan dan membuka kunci kepada apa yang kami ingin sampaikan dari imaginasi kami ke dalam bentuk visual. Perkara itu adalah pengunaan Projeksi 2D keatas bahan 3Dmembolehkan kami melakukan adengan dan juga animasi yang kami tidak boleh sebelum ini.Dari segi penyampaian cerita juga, kami cuba yang terbaik untuk menyampaikan suatu cerita fantasi yang bergantung kepada penonton untuk huraikan dan impretasikan diri mereka sendiri,” katanya.

Sabronzo berkata, MV BERANImengambil masa duabulan untuk disiapkan dimana tempoh sebulandiambil bagi produksi untuk menghasilkan MV ini.Perancangan bagi MV ini adalah mengikut prosedur yang kami tetapkan di dalam cara pembikinan dalaman kami sendiri. Ia boleh dibahagikan kepada tigafasa iaitu fasa pra produksi, produksi dan post produksi. Pada peringkat praproduksi adalah fasa yang merangkumi Storyboard, Character Design, Background Design dan sebagainya. Dasarnya adalah untuk mengorak langkah dengan teliti dari adegan kepada adegan yang seterusnya untuk memastikan kejayaan projek.“Fasa produksi pulamerangkumi animasi, lukisan latar belakang, penyediaan asset 3Ddan lain-lain. Ia diakhiri dengan pemeriksaan kualiti oleh pihak yang bertangungjawab sebelum aset itu dibawa ke peringkat seterusnya.“Pada proses akhir ini adalahpengumpulan kesemua aset untuk visual yang terakhir. Mereka juga bertangungjawab dalam mencantikkan dan membolehkan visua dan warna-warna di dalam MV ke tahap yang terbaik. Kemudian mereka akan exportMV di dalamformat yang ditetapkan sebelum dihantar untuk pemeriksaan terakhir kepada klien,” katanya.Apa yang pasti, besar harapan Dolla agar lagu dan MV BERANIini diterima baik peminat. Secara keseluruhan seramai lapan orang terbabit dalam pembikinan MV ini. Mereka terdiri daripada kerjasama bersama Atypical Visual denganStudio Firepulse; Atypical Visual: pengarahThaqif Saadon; penerbit Zulfadhli dan dari Studio Firepulse (3D and BG department) Hakeem Roshdi, Amirul Najihan, (2D department) Imran Mansur, Nabila Nazmi, Syazwina Ali, dan Sabrina Sofiadin.Harapan Dolla agar industri animasi dan juga MV inidapat berkembang lebih besar dan maju. Ia hanya dapat dicapai jikalau penonton terus menyokong, dan berikan kami peluang untuk membuktikan yang Malaysia juga mempunyai daya tenaga untuk mencipta MV aras antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, pada Meilalu, Dolla menerima penghargaan daripadaSamsung apabilawajah mereka telah diabadikan sebagai lukisan mural yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.Dengan ini, pihak Universal Music Malaysia ingin mengumumkan single terdahulu Impikan Berjaya mendapat Anugerah Platinum berdasarkan jualan strim mereka melebih RM200,000 di Malaysia.Perkembangan lain, Dolla menjadi artis ketiga tanah air muncul di Billboard New York Times Square pada 20 September lalu. Dalam masa sama, Dolla turut dilantik sebagai antara duta Spotify equal SGMY.Single BERANIyang turut mendapat sentuhan John Jeevesselaku penerbit dan penggubah dilancarkan secara rasmi di semuaplatform muzik digital pada 24 September ini. Serentak itu, video muzik boleh boleh ditonton di saluran YouTubeDollaVEVO

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam