Skip to main content

6 Finalis berentap rebut gelaran Juara COF LOCKSTAR

 


Program realiti pertama secara dalam talian terbitan syarikat rakaman COF Music iaitu COF LOCKSTAR bakal melabuhkan tirai menerusi peringkat akhir pada 2 Oktober, jam 9 malam di saluran YouTube COF Music.

 

Enam finalis berentap bagi merebut gelaran Juara COF LOCKSTAR sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 yang mana merangkumi wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music.

 

Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu 'Most Creative' dan 'Most Viewers' yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.

 

Enam peserta akhir terdiri daripada Azumi, Jiha Akhir, Ryan Razali, Yusuf Kassim, Zee Rahmat dan kumpulan Banyak Bunyik Republik.

 

Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim berkata, COF LOCKSTAR yang bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat akhirnya dapat dicapai berdasarkan kualiti enam finalis itu.

 

“Semua finalis ada kelebihan masing-masing. Malah, mereka juga daripada genre berbeza. Sebagai contoh, macam Zee Rahmat dia ada gaya tersendiri yang mana lebih pada R&B. Kalau Ryan pula rapper. Begitu juga band yang mengetengahkan muzik yang unik. Ketiga mereka ini beri persaingan hebat.

 

“Dari minggu pertama hingga empat, produksi sudah memberikan pelbagai genre lagu kepada mereka. Jadi, untuk pentas akhir ini mereka bakal mempersembahkan satu lagu nyanyian semula atau ‘cover version’ dan satu lagu baru yang diciptakan khas buat mereka.

Untuk ‘final’, kita sudah rakam persembahan dengan iringan ‘live band’. Kita nak tahu sejauh mana kemampuan mereka membuat persembahan secara ‘live band’. Komen juri dan keputusan saja dibuat secara langsung.

 

“Berdasarkan persembahan mereka sepanjang empat minggu lalu sehingga layak ke pentas akhir, saya berasakan mereka sudah bersedia masuk pasaran muzik tempatan. Kesemua fnalis ini ada kelebihan mereka jika masuk industri. Kita sudah nampak hala tuju muzik mereka nanti. Pendek kata, mereka ada potensi besar untuk menyerlah. Mereka antara daripada 2,000 peserta yang hebat. Sebagai label perlu ketengahkan bakat mereka

Sebagai pelapis dalam industri,” katanya.

 

Aman berkata, single baharu yang dipersembahkan pada peringkat akhir nanti bakal dirakamkan semula dalam versi studio bagi tujuan pasaran komersial dan promosi.

 

“Lagu baru yang dinyanyikan pada pentas akhir adalah single mereka. Untuk pasaran komersial dan promosi pula akan dirakam lain. Sebab untuk akhir ini saja mereka kena menyanyikannya secara langsung dengan band. Mereka bertuah apabila ‘live band’ diiringi oleh beberapa individu hebat dalam bidang muzik. Semua memberikan kerjasama baik.

 

“Setakat ini kita masih kekal dengan perancangan untuk menjadikan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sebagai artis COF Music. Untuk yang lain pula akan dibincangkan kemudian. Kalau ada perancangan itu kita akan ambil mereka,” katanya.

 

Dalam masa sama, Aman optimis untuk meneruskan COF LOCKSTAR pada musim kedua selain menerbitkannya di beberapa negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

 

“Musim pertama ini kita mendapat maklum balas yang bagus. Jadi, musim kedua akan diteruskan tahun depan. Dengan adanya program ini ramai bakat baru nak tonjolkan diri. Sebab ramai terlepas nak masuk. Mereka mahu menjadikan program ini sebagai platform mereka. Insya-Allah, kalu ada stesen TV atau pihak lain sebagai contoh platform OTT yang ingin bekerjasama, saya okay saja.

 

“Cuma, apa saya harapkan memang nak buat di COF LOCKSTAR Indonesia. Sekarang ini dalam proses ke arah itu. Jika semua berjalan lancar, insya-Allah ia berlangsung tahun depan. Selain itu, saya juga menyasarkan nak kerjasama dengan beberapa negara lagi seperti Singapura, Thailand dan Brunei. Kiranya, kalau dapat semua ini, musim akan datang kita nak ‘live stream’ dengan semua negara ini dalam menjayakan COF LOCKSTAR,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba