FENIX360, sebuah platform media sosial berevolusi dengan ciri advanced dilancarkan di Malaysia untuk menyediakan artis, pencipta dan peminat sebuah pengalaman baharu dan monetization model.
FENIX360, sebuah platform artist-centric akan
mengubah perniagaan tradisional para artis dengan pengalaman ekosistem 360 dan
model pembayaran yang akan membolehkan artis dan pembikin atau pencipta
muzik/seni mengekalkan majoriti hasil pendapatan melalui platform tersebut. Melalui
cara tradisional terdahulu, industri telah menggunakan perkhidmatan orang
tengah, mewujudkan sebahagian besar kos yang berlebihan dan tidak perlu ,
membuatkan artis atau pencipta dalam kategori non-superstar hampir tidak
mendapat apa-apa hasil, sebuah ironi yang bakal ditukarkan oleh FENIX360 di
platformnya secara 360.
Para artis dari semua cabang seni-pemuzik, pelakon, model,
pelawak, penari dan pelukis- boleh menjangkakan hasil pengiklanan sebanyak 80 peratus
di platform ini serta 95 peratus dari NFT, merchandise, tiket serta
hasil livestream dalam ekosistem baru ini yang dijanakan oleh teknologi
secara blockchain. Pengalaman ini mudah, tepat dan terjamin.
“Kami akan berasa sangat gembira jika ada pihak lain yang
akan mengikut jejak serta meniru obsesi kami terhadap kebajikan para artis. Kami
telah menambah sesuatu yang hebat dan sumber yang belum diterokai untuk
mengembangkan peluang untuk penghasilan pendapatan artis,”ujar Allan Klepfisz,
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360.
Walaupun belum dilancarkan, platform yang mesra pengguna dan
dinanti-nantikan ini telah diperkatakan dalam komuniti artis dan dianggap
sebagai ‘sebuah aplikasi sosial media untuk semua’, membenarkan para artis
untuk membuat integrasi kandungan asal secara mudah dari akaun YouTube,
Instagram dan Meta mereka. Tidak seperti sosial media yang lain, FENIX360
mengembangkan pertumbuhan artis di platform sosial media yang sedia ada malah
menyediakan kebolehan advanced seseorang artis atau sesiapa sahaja untuk
mencipta aplikasi yang mudah dikongsi dalam masa kurang 20 minit! Untuk para pengguna dan peminat, mereka boleh
menggunakan SATU aplikasi yang hebat ini untuk menonton semua kandungan dan
video artis dan dapat melayari ‘dunia’ artis tersebut melalui aplikasi yang
dibuat secara ‘self-constructed’ ini. Sewaktu hari pelancaran, platform
ini telah mengumpulkan 7000 Duta Artis Global dan 2.9 juta gabungan sosial
media.
Lance Ford yang merupakan Pengasas serta Presiden FENIX360
memberitahu, “Dengan kemudahan ini, kami berharap untuk mewujudkan generasi
pembikin aplikasi yang antusias. Ini merupakan cara mudah untuk mempamerkan
diri kepada peminat serta sahabat handai serta membuatkan mereka berterusan
teruja dengan platform media yang boleh dikawal.”
Ini merupakan cetusan idea pasukan antarabangsa dengan
kepakaran hebat dan pemegang rekod berprestasi dalam sektor teknologi, muzik,
seni, kewangan serta media dan dimulakan dari syarikat yang berasal dari
Singapura ini. Pengasasnya telah menyaksikan berbilion dolar mengalir masuk ke
dalam industri seni dan muzik, namun para artis masih bergelut dengan masalah
kewangan lalu beliau bertekad untuk mengubahnya dengan teknologi blockchain.
“Kami menghapuskan semua halangan dalam dunia kripto. Anda dengan
mudah boleh membeli koin FNX360 di aplikasi
ini dan menggunakannya untuk sebarang pembelian. Artis boleh mendapat bayaran
dengan mudah tanpa kerumitan untuk menyediakan sistem e-dagang, menghasilkan
NFT mereka sendiri tanpa kesukaran teknologi, mempunyai akses kepada dashboard
dan rangkaian perkhidmatan untuk mempertingkatkan kerjaya mereka - seperti live tour, penjualan tiket, pemasaran
dan produksi. There is real utility and
it’s as close to frictionless as one can get,”kata Tomas Varga,
Rakan Kongsi dan Ketua Strategi Blockchain FENIX360.
FENIX360 kini boleh didapati di laman web, Apple iOS dan
stor Android.
TENTANG FENIX360
FENIX360 merupakan sebuah platform media sosial artist-centric,
berevolusi yang menyediakan pelbagai kaedah untuk mempertingkatkan pendapatan artis secara signifikan sambil memberi pengalaman
yang menarik serta menyeronokkan kepada pengguna. Ekosistem FENIX360
menggunakan koin FNX. Ketahui lebih lanjut di https://www.fenix360.net/
Comments
Post a Comment