Skip to main content

KETENTUAN TAKDIR LAGU TERBAHRU DATUK AISHAH

 


Nama figura hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Suara emas dimiliki  mampu  membuatkan  sesiapa  saja  yang  mendengarnya  akan  terus  jatuh  cinta.  Malah, kebanyakan lagu nyanyiannya malar segar dan kekal menjadi siulan hingga kini.Dari awal kemunculan hingga kini, Datuk Aishah antara penyanyi wanita yang berjaya meletakkan dirinya  di  kelas  tersendiri.  Berbekalkan  bakat  dimiliki  selain  deretan  anugerah  diterima,  tidak keterlaluan jika dikatakan dia adalah legenda.Biarpun  ketika  ini  zaman kebangkitan  penyanyi  baru  dan  muda,  tidak  bermakna Datuk Aishah, 57, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berhenti daripada terus berkarya dan muncul dengan lagu baharu.Terbaharu, Datuk Aishah  yang  memulakan  kerjaya  seni  bersama  kumpulan  Fan  Club  dari  New Zealand muncul dengan single KETENTUAN TAKDIR hasil ciptaan Chevy Amry dan lirik oleh Datuk Habsah Hassan yang dianggap berbeza.“Lagu KETENTUAN TAKDIRini ada kelainan dan memang itu pun yang saya cari. Ini supaya lagu-lagu  yang  saya  rakam  tak  mudah  diagak  dan  ia  ada  kelainan.  Saya  suka  dengan  sentuhan  dan susunan lagu ini terutama bila lirik lagu ini menceritakan keresahan dalam jiwa dan emosi.

 

SIARAN MEDIA“Apabiladapat baca lirik  yang  ditulis oleh Datuk Habsah Hassan, pada saya  ia memberi makna yang baru dan saya boleh kaitkan denganapa yang terjadi mengenailagu itu. Pada saya untuk menyanyi dengan baik, perlu ada kemampuan untuk fahami jalan cerita lagu itu. Apabila sudah dapat lirik saya setuju untuk teruskan. Proses ini berlaku dengan cepat, Azlan Abu Hassan buat susunan dan seterusnya buat rakaman,” katanya.Menurut Datuk Aishah, dia mahu kekal berkarya selagi mampu dan mengharapkan untuk lagu-lagu akan datang lebih memberi cabaran pada dirinya meski sudah 36 tahun menyanyi.“Perjalanan menjadi anak seni membuatkan saya boleh terus menjadi lebih baik. Saya mahu terus berusaha jadi lebih baik dengan perbaiki dari pelbagai sudut dalam bidang ini. Saya harap lagu ini akan memberi mesej yang baik sebab lagu ini ada penceritaan. “Ia cerpen dalam empat minit. Jadi saya sebagai penyanyi perlu sampaikan dengan baik kepada pendengar supaya mereka dapat menghayati jalan cerita itu. Ia satu cabaran kepada saya juga. Kadang-kadang  lagu  ini  kita  dengar  sedap,  tapi  tak  tahu  ia  cerita  mengenai  apa.  Disebabkan pendengar  tak  dibawa  menghayati  cerita  dalam  lagu  itu.  Kalau  begitu  boleh  dikatakan  sedikit gagal dalam penceritaan,”

katanya.Berkongsi mengenai penghasilan video muzik, Datuk Aishah meluahkan rasa kecewa disebabkan terdapat masalah untuk mendapatkan tempat rakaman yang diinginkan.“Apabila tak dapat, jadi  kita  tak  dapat  nak  persembahkan  apa  yang  kita  betul-betul  mahukan. Tapi  itu  pengalaman  pertama  bekerja  dengan pasukan  produksiini.Jadi  kita  belajar  dari kesilapan.

SIARAN MEDIA“Untuk artis yang sudah lama macam saya, kita nak ada kelainan dalam lagu. Tapi kita tak mahu kelainan  itu  terlalu  drastik  sebab  tak  mahu  peminat  sedia  ada  lari.  Jadi  kenacari  satu keseimbangan disitu dan kekalkan ‘signature sound’. Itu perkara yang saya perasan. “Kalau penyanyi dulu ada ‘sound’ dia yang tersendiri. Jadi bila dengar dalam radio orang akan kenalpasti suara itu dulu. Kalau kita bandingkandengan zaman sekarang, orang lebih kenal lagu. Itu yang menjadikan indentiti penyanyi.Dalam lagu ini saya mahu tekankan ‘signature sound’ itu. Tapi kalau boleh saya nak ia lebih segar dan relevan untuk muzik sekarang,”

 

katanya.Bagi  komposer,  Chevy  Amry  dia  berasa  terharu  apabila Datuk Aishah  sudi  menerima  lagu ciptaannya itu bersama Datuk Habsah Hassan sebagai penulis lirik.“Suatu hari Kak Chah (Habsah) menghantar lirik lagu KETENTUAN TAKDIRkepada saya. Tiba-tiba dapat ilham katanya. Saya terus menghasilkan melodi lagu ini dan memperdengarkan kepada Kak Chah.  Alhamdulillah  dia  suka  melodi  itu.  Kemudian  saya  memperdengarkan  kepada  Datuk Aishah, ternyata dia juga suka melodi dan liriknya.“Lirik  lagu  ini  seakan-akan   menceritakan   mengenai   kisah   hidupnya   sekarang.   Lirik laguKETENTUAN  TAKDIRsangat  relevan  dengan  dirinya  kerana  liriknya  adalah  berdasarkan  kisah benar  mengenaisuka  duka  hidup Datuk Aishah  selama  bergelar  anak  seni.  Lagu  ini  amat mencabar, moden dan relevan untuk zaman sekarang. Melodi lagu ini amat segar dan ‘cathcy’, sekali dengar sudah boleh melekat di jiwa,” katanya.Dalam masa sama, Chevy juga berkongsi bagaimana Datuk Aishah bersusah payah untuk datang ke studio rakaman.

SIARAN MEDIA“Pada hari rakaman vokal, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan banjir. Datuk Aishah terpaksa meredah banjir dalam perjalanan dari Ampang ke studio di Puchong yang sepatutnya mengambil masa 40 minit, tetapi akibat banjir, perjalanan mengambil masa lebih dua jam. Rakaman vokal sepatutnya bermula pada jam 8 malam, tetapi Datuk Aishah tiba di studio jam 10 malam dengan basah kuyup.  Namun  semangat  dia  sungguh  kuat  untuk  menyiapkan  rakaman  pada  malam  itu yang selesai pada jam 12 malam,” katanya.Istimewanya  susunan  lagu  ini  turut  mendapat  sentuhan  dari  Azlan  Abu  Hassan,  adik  kepada Allahyarham Adnan Abu Hassan yang juga komposer dan penerbit untuk lagu serta album Datuk Aishah sejak tahun 1990.Lagu KETENTUAN  TAKDIRkini  boleh  dilayari  di  semua  platform  digital  seperti  Spotify,  JOOX, Apple  Music,  DEEZER  dan  YouTubeMusic  manakala  muzik  videonya  pula  boleh  ditonton  di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba