Skip to main content

MALAYSIA, JAUHI PRASANGKA PASTI ADA JAWAPANNYA ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal membuat para penonton berdebat serta meneka tanpa henti bersama panel selebriti setiap minggu.



  Sudah pastinya satu Malaysia gamat dengan rancangan game show  terkini yang bakal mewarnai setiap Jumaat dengan adaptasi rancangan popular dari Korea Selatan yang berjudul ‘Mystery Ranking Show Malaysia’. 


‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal menyajikan kelainan daripada program-program tersedia ada dengan pembabitan artis-artis terkemuka serta peserta-peserta dengan pelbagai aksi yang pasti mencuit hati. ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ akan bermula siaran pada 20 Mei 2022 pada jam 9 malam di Astro Warna (107) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.



Rancangan ini berasal dari Korea Selatan dan telah diadaptasi di beberapa buah negara termasuk Vietnam dan Thailand. Malaysia merupakan negara ketiga yang melakukannya. Rancangan game show ini membabitkan lima orang peserta bersaing setiap minggu berdasarkan tema yang ditetapkan. Kesemua mereka mempunyai bakat atau elemen yang serupa namun mempunyai kedudukan berbeza berdasarkan kemampuan mereka. 


Keunikan rancangan ini turut melihat variasi kebolehan atau skil yang tidak semestinya tertumpu 

terhadap bidang hiburan. Kelima-lima peserta akan menunjukkan pelbagai jenis kebolehan mereka di hadapan panel pembongkar. Para pembongkar atau panelis kemudiannya akan bertanyakan soalan untuk mendapatkan jawapan atau petunjuk berdasarkan tema mingguan demi menetapkan kedudukan mereka. Panel pembongkar hanya diberi dua peluang untuk meneka kedudukan mereka. Jika tekaan salah, ketua mingguan panelis akan didenda. 


Panel Pembongkar


Setiap panel pembongkar misteri mempunyai kemampuan mental untuk bermain serta mempunyai personaliti berbeza. Kepelbagaian dalam personaliti mereka akan mencetus sesi debat yang menarik. Oleh itu, empat selebriti tanah air telah dipilih dan mereka terdiri daripada: 


Adlin Aman Ramlie- Dikenali dengan mulut lasernya dan lawak pedas, Adlin mempunyai keyakinan yang tinggi namun seringkali kekurangan maklumat untuk menilai dan meneka para peserta. 


Catriona Ross- Bakal membawa personaliti Kak Kek, Catriona pasti akan menggorek segala informasi daripada para pencabar dengan pesona Kelantannya. 


Azad Jasmin- Membawa elemen Mamaknya dengan penuh bergaya, Azad sudah semestinya tidak takut untuk mencabar para pencabar misteri demi mendapatkan kebenaran. 


Zulin Aziz - Panelis yang paling cool dan santai dalam soal siasatnya, Zulin akan memastikan semua data atau maklumat dicatat untuk digunakan dalam penilaian pada penghujung episod. 


Untuk setiap episod, ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ akan memaparkan panelis kelima. Para selebriti yang dipilih adalah berdasarkan tema mingguan. Mereka terdiri daripada: 


  1. Mawi

  2. Shila Amzah

  3. Mimi Fly & Sophia Liana

  4. Dato’ AC Mizal

  5. Ella

  6. Shiha Zikir

  7. Atu Zero

  8. Norman Hakim

  9. Didie Alias

  10. Ieda Moin

  11. Norreen Iman





Pencabar Misteri


Pencabar misteri digunakan untuk melabel para peserta yang akan dinilai kedudukan mereka. Mereka akan mencabar para panelis dan para penonton untuk meneka kedudukan mereka berdasarkan soal jawab serta persembahan yang diberikan. Identiti mereka dirahsiakan untuk mengelak para penonton di rumah mencari informasi di Internet ketika episod-episod bersiaran. 


Episod-Episod ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ 

Ep. 1 - Penyanyi Paling Banyak Menang Pertandingan 


Ep. 6 - Siapa Paling Banyak Sertai Ujibakat 


Ep. 2 - Siapa Paling Banyak Bertutur Pelbagai Bahasa


Ep. 7 - Siapa Paling Banyak Menang Pertandingan Seni Bela Diri


Ep. 3 - Penari Paling Banyak Menang Pertandingan 


Ep. 8 - Siapa Paling Kuat


Ep. 4 - Pasangan Paling Lama Berkahwin 


Ep. 9 - Siapa Paling Banyak Mampu Meniru Suara 


Ep. 5 - Siapa Paling Ramai Bekas Teman Wanita


Ep. 10 - Siapa Paling Banyak Turun Berat Badan 


Ep. 11 - Tangan Siapa Paling Tangkas





Norzeha Mohd Salleh
Pengurus Saluran Astro Warna


“Melihat kepada sukses program seperti ‘The Masked Singer Malaysia’, kami telah mengenal pasti terdapat satu elemen yang signifikan di kalangan penonton di Malaysia. Mereka menggemari rancangan yang interaktif atau mempunyai elemen permainan yang membolehkan mereka bermain atau meneka bersama para juri. Lantas kami membuat keputusan untuk meneruskan genre rancangan seperti ini ke udara yang mampu menarik minat para penonton untuk bermain. 


Menerusi rancangan ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, formatnya kena dengan apa yang kami mahukan. Rancangan yang menonjolkan bakat-bakat berbeza juga sudah lama tidak bersiaran. Kami rasakan masanya telah tiba untuk memaparkan genre rancangan seperti ini kembali. 


Format rancangan ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ membenarkan kami untuk menonjol pelbagai jenis bakat daripada setiap lapisan masyarakat. Diversiti inilah yang kami mahukan. Peserta-peserta kami ada yang boleh menyanyi, menari, membaca sajak, melakukan persembahan silap mata dan macam-macam lagi. Para peserta kami tetap bersemangat untuk membuat persembahan demi menghiburkan para penonton di Astro walaupun ada di antara persembahan yang dilakukan bukanlah kebolehan sebenar mereka. 


Melihat kepada kandungan-kandungan yang tersedia ada, Astro Warna amat dikenali dengan komedi berbentuk sketsa seperti ‘Sepahtu Reunion Live’ dan ‘Maharaja Lawak Mega’. Untuk membawa pengalaman tontonan baharu kepada para penonton, kami memperkasakan lagi kandungan dengan membawa pelbagai variasi program berunsurkan komedi.  ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ membuka peluang tersebut. Para penonton pasti tercuit hati dengan ragam dan telatah barisan panel kami serta para peserta pula pasti akan mengagumkan mahupun membawa gelak ketawa menerusi persembahan mereka. Jika anda suka Masked Singer Malaysia, anda pasti akan suka juga Mystery Ranking Show Malaysia!


Kami berharap agar para penonton di platform Astro akan terhibur bersama keluarga pada setiap hari Jumaat di saluran Astro Warna. Masa bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan dengan ‘Mystery Ranking Show Malaysia’!”


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam