LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!
Acara yang dinanti-nantikan, Anugerah MeleTOP ERA edisi
kelapan atau ‘AME 2021’ yang bertemakan busana Glam Legend dengan tagline
#YangFreshYangLegend bakal menemui para penonton pada 29 Mei secara langsung dari
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), eksklusif di platform Astro Ria (104),
Astro GO, On Demand dan sooka. Pada kali ini, ‘AME 2021’ menjanjikan lebih banyak
kemeriahan dan kejutan kerana dalam fasa endemik, penganjuran anugerah ini mampu
dilakukan dengan lebih sempurna dari segi persembahan, kehadiran para penonton
mahupun selebriti dan gimik. Acara ‘AME2021’ juga diaktifkan oleh penaja utama, 100PLUS.
Edisi kali ini turut memperkenalkan tagline tambahan #TetibaAME2021 yang bersesuaian
dengan pengumuman Hari Raya secara mengejut yang meriuhkan satu negara sehinggakan
impaknya masih dirasai sehingga ke hari ini. Buat julung kalinya, AME2021 dianjurkan pada
bulan Syawal dan akan membariskan persembahan berkonsepkan Hari Raya, khas untuk
semua peminat.
Selain daripada itu, ‘AME 2021’ akan membawa pelbagai pembaharuan yang bakal
menggamat suasana industri hiburan negara. Terdapat kemungkinan acara kali ini bakal
menampilkan lebih daripada 3 pengacara asal, iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry
Alhadad.
2
Pengelolaan kali ini turut memperkenalkan anugerah baharu yang pastinya menyemarakkan
lagi acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan. Buat julung kalinya juga, anugerah
‘Top Top MeleTOP’ akan ditentukan oleh barisan juri profesional.
Acara kemuncak ‘AME 2021’ bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh
angkatan penyanyi tersohor yang mewakili generasi legend dan ‘BBNU’ seperti Dato’ Sri Siti
Nurhaliza, Search, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Dolla, Wany Hasrita, Han Byul, Yonnyboii,
Zynakal, MK K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan, Asyraf Nasir
serta ramai lagi. Selain itu, barisan penyampai anugerah terdiri daripada Kamal Adli, Uqasha
Senrose, Faizal Hussein, Rozita Che Wan, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan lain-lain.
AME2021 akan dibuka dengan ‘Konsert Tirai AME 2021’ yang dihoskan oleh personaliti ERA;
Danial Zaini dan Isha Norsham yang ditayangkan pada jam 8.30 malam. Acara ini turut
dimeriahkan dengan persembahan daripada Isaac Voo IN2IT, Ara Johari, Wany Kayrie, Aisya
Retno, Aweera, Fieya Julia serta Yazid Izaham dan ramai lagi.
Manakala stesen radio ERA bakal mengadakan ‘Showcase AME 2021’ yang akan dihoskan
oleh Munabella dan Zahier Yusoff, serta melibatkan barisan artis hebat seperti Imsoniacks,
ChronicalZ, Daniel Chuer dan Irfan Haris. 'Showcase' ini akan diadakan di perkarangan Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei bermula jam 4.00 hingga 5.00
petang. Para penonton turut boleh strim showcase ini menerusi platform-platform digital
Era yakni SYOK, Facebook, YouTube dan TikTok.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim
Ahmad, "Kami amat berbesar hati akhirnya dapat menganjurkan ‘AME2021’ dalam fasa
endemik setelah penantian selama 4 bulan. Kembalinya ‘AME 2021’ merupakan tanda
penghargaan dan terima kasih pihak Astro terhadap para peminat, barisan artis, rakan-rakan
media serta penaja utama 100PLUS atas kesabaran dan sokongan mereka yang tidak
berbelah bagi kepada ‘AME2021’ dan industri hiburan tanah air walaupun ditunda secara
mengejut pada bulan Januari yang lalu."
‘AME 2021’ ialah kemuncak anugerah pertama dalam fasa endemik yang bakal menobatkan
pemenang anugerah pilihan peminat serta menyajikan persembahan hebat dan kejutan
yang menggemparkan. Jangan lupa janji temu bersama ‘AME 2021’ pada 9 Malam, 29 Mei
ini. Yang pasti, #TetibaAME2021 kembali!
3
100PLUS merupakan minuman isotonik pertama di Malaysia yang
dilancarkan pada tahun 1983. Ianya bebas kafein dan bertujuan
untuk menghilangkan dahaga serta dirumus khas untuk membantu
memulihkan apa yang telah hilang dalam tubuh ketika melakukan
aktiviti fizikal dan menyegarkan tubuh badan menerusi
keseimbangan penghidratan secara optimum. Rumusan uniknya
menggabungkan cecair, karbohidrat dan elektrolit untuk
penyerapan cecair dengan lebih cepat dan cekap ke dalam badan.
Hari ini, 100PLUS merupakan jenama utama dibawah pengurusan F&N di Malaysia. Ia
dikeluarkan dan dipasarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar minuman
ringan terbesar di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai 100PLUS, layari laman rasmi di https://100plus.com.my/
atau saluran sosial media @my100plus di Facebook, Instagram & Twitter.
Jenama 100PLUS mengakui semangat dalam bentuk dan skala yang berbeza. 100PLUS hadir
menemani supaya menjadi lebih baik dalam perkara yang digemari. Penganjuran ‘AME
2021’ disokong dengan kehadiran 100PLUS selaku Penaja Utama. Dua buah kategori utama
yang turut dipertandingkan iaitu ‘Influencer MeleTOP’ dan ‘Artis Versatil MeleTOP’
diaktifkan oleh 100PLUS.
Comments
Post a Comment