Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)



 Buat julung kalinya, dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid

festival 2022 mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan

menghiburkan.

Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden

yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau

syurga.

Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam

iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun

disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra. Justeru, ia menampilkan

pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan

bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak

mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan, Garden of Eid Festival

juga disemarakkan dengan nama nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam

setiap karya yang dihasilkan. Mereka adalah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim

Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada

28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Manakala sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya, Ahmad Dhani

diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam

Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari. Pastinya para

pecinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak


mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan

keistimewaan tersendiri.

Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup

masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni

lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur

(skateboarding).

Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan

karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen

Ali.

Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya

mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik),

festival ini dijadualkan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022.

Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival

berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian &

pendidikan islam secara general. DI segment ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi

oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.

Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis

juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita

rasa pengunjung.

Dan menjadi bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran

termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan

ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi

Kuala Lumpur Malaysia. Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wilayah

Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat

masa hadapan. Sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekersama di

masa akan datang bagi menyajikan program – program yang dianggap dapat menarik

pelancong – pelancong luar untuk mempelajari cara – cara sambutan Aidilfitri juga budaya –

budaya di Malaysia.

Meski negara sudah memasuki fasa endemik, festival yang menjangkakan kehadiran

masyakarat dari pelbagai latar belakang dan negara ini dipastikan mematuhi segala

peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai langkah mengekang sekaligus

menghapuskan rantaian COVID 19.

UNTUK KETERANGAN LANJUT, BOLEH LAWATI SOSIAL MEDIA atau LAMAN WEB GARDEN OF

EID

FESTIVAL GARDEN OF EID AKAN BERMULA 27 MEI HINGGA 29 MEI, DI TAMAN BOTANI

PERDANA, KUALA LUMPUR MULAI PUKUL 10 PAGI HINGGA 10 MALAM.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!