Skip to main content

Hafiz Hamidun Dengan Lagu Terbahru Inni Tawakkaltu




 Penyanyi, penerbit dan komposer lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul “Inni Tawakkaltu”. Single tersebut bakal keluar secara serentak di semua platform penstriman termasuk video muzik.


PENULIS LIRIK TERSOHOR


Untuk single Inni Tawakkaltu, Hafiz menggunakan khidmat penulis lirik lagu-lagu nasyid terkenal iaitu ITO Lara. Sebelum ini ITO Lara dikenali dengan lirik-lirik nasyid yang puitis seperti Kasih Kekasih dan Nur Kasih nyanyian Inteam, Tangis Sebatang Tamar nyanyian Dakmie, Ainul Mardhiah nyanyian UNIC dan ratusan lirik malar segar ciptaan beliau. 


“Saya mengenali ITO Lara bukan hanya sebagai penulis lirik, malahan kami seperti keluarga rapat kerana saya membesar dengan lirik-lirik nasyid ciptaan beliau. Semasa saya bersama kumpulan UNIC satu masa dulu, ITO Lara banyak menyumbangkan karya untuk UNIC. Lebih 20 tahun kami sudah kenal dan bekerjasama. Kali ini, saya mempelawa ITO Lara untuk menulis satu lagi karya yang sesuai untuk saya,” ujar Hafiz.


PRODUKSI TEMPATAN DAN ANTARABANGSA


Di dalam penghasilan Inni Tawakkaltu, Hafiz juga telah menggunakan khidmat para pemuzik tempatan dan antarabangsa di dalam garapan gubahan muzik termasuk iringan orkestra dari Istanbul, Turkiye. Proses adunan dan mastering single ini juga mendapat sentuhan jurutera muzik antarabangsa iaitu Greg Henderson dan Don Bartley dari Australia. 


Menurut Hafiz, “Inilah kepuasan saya apabila berkarya. Saya berbelanja untuk dapatkan hasil yang terbaik. Bukan hanya menggunakan para pemuzik professional dari luar negara, saya juga tetap yakin dan percaya dengan bakat para pemuzik tempatan.”


Di samping menggunakan khidmat para pemuzik dan jurutera terbaik dari dalam dan luar negara, Hafiz juga bekerjasama bersama ‘kawan lama’ beliau untuk penghasilan video muzik Inni Tawakkaltu.


“Setelah siap proses mastering lagu ini, saya kembali menghubungi kawan saya, Rifaiee untuk menjadi pengarah kepada video muzik Inni Tawakkaltu. Walaupun terdapat faktor kekangan masa, pengambaran video muzik ini telah berjalan lancar. Sebenarnya 12 tahun lalu, Rifaiee dan krew dari RIO Production jugalah yang merakamkan video zikir dari album Zikir Terapi Diri saya. Semenjak itu, kami telah bekerjasama untuk banyak produksi, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Kini saya bangga dengan pencapaian Rifaiee dan RIO Production kerana sering menjadi pilihan syarikat rakaman untuk merakamkan video muzik artis-artis tempatan seperti Haqiem Rusli, Wany Hasrita, IamNeeta dan ramai lagi” komen Hafiz lagi.


INNI TAWAKKALTU ADALAH DOA UNTUK SEMUA


Menurut Hafiz, Inni Tawakkaltu dihasilkan bukan hanya untuk dirinya, tetapi untuk semua. 


“Saya pernah jatuh, merangkak dan bangun kembali. Saya rasa, semua orang pernah alami situasi ini. Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang. Jadi, saya harap Inni Tawakkaltu boleh menjadi penguat semangat untuk semua, supaya terus berusaha dan akhirnya berserah dan tawakkal kepada Allah.”


DI PASARAN BERMULA 27 JANUARI 2023


Single Inni Tawakkaltu boleh ditonton di YouTube Hafiz Hamidun dan didengarkan di semua platfrom penstriman muzik mulai 27 Januari 2023, tepat jam 12 malam waktu Malaysia.


“Tahun 2023 memberikan sinar yang lebih cerah dan indah. Kehidupan saya semakin  bahagia dengan adanya keluarga, kawan-kawan dan mereka yang sentiasa menyokong kerjaya dan kehidupan peribadi saya. Pada usia yang menjengah 39 pada tahun ini, saya tidak obses kepada populariti dan dunia glamour. Saya pernah merasainya namun Alhamdulillah saya tetap bersyukur. Apa yang saya inginkan sekarang ialah ketenangan dan perkara-perkara yang tidak merumitkan fikiran. Saya lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga terutamanya bersama anak saya Hamdee. Saya kini lebih fokus untuk perkara-perkara yang santai, tidak seperti 20 tahun dahulu, ketika mula-mula menjadi artis rakaman.


Lebih istimewa, saya akan berada di Arab Saudi ketika lagu ini akan dilancarkan di platform digital kerana menunaikan Umrah. Kendatipun terpaksa meninggalkan seketika urusan kerja dan keluarga, saya berharap yang terbaik untuk karya Inni Tawakkaltu”.


TERBITAN DAN EDARAN


Single Inni Tawakkaltu diterbitkan oleh Arteffects Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia Sdn. Bhd.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba