KISAH CINTA PAHIT OLEH KEISYA LEVRONKA DALAM SINGLE ‘HIDUP TANPAMU’

 


yang semakin meningkat naik, Keisya Levronka, kembali dengan sebuah single
baharu yang berjudul ‘Hidup Tanpamu’. Single ini sekali lagi dilancarkan di bawah label rakaman
Universal Music Indonesia.
Ini menjadi salah satu lagu melankolia dari Keisya Levronka. Melalui lagu ‘Hidup Tanpamu’, Keisya
Levronka menceritakan betapa pedihnya menerima kenyataan dan menjalani hidup tanpa adanya
orang yang dicintainya selama ini, bahkan berpisah menjadi solusi akhir dari kenyataan pahit itu.
“Jadi, ceritanya tentang kenyataan yang sedih kerana tidak dapat mempertahankan kisah cinta
bersama, kerana memang terlalu sulit untuk dilanjutkan. Memang susah menerima kenyataan seperti

SIARAN MEDIA
ini, lantas timbul pertanyaan mampukah hidup tanpa dia, apakah rela hidup tanpa cintanya,” ujar
Keisya Levronka menceritakan tentang single ‘Hidup Tanpamu’.
Dalam single ini, Keisya yang tidak lama dahulu meraih anugerah dari Anugerah Industri Muzik (AIM)
Malaysia, bekerjasama dengan dua pemuzik handalan Indonesia yang diangkat sebagai pencipta
lagunya. Mereka adalah Ramadhan Handy, dan Astono Andoko atau yang biasa dikenali sebagai Asta
RAN.
Muziknya sendiri masih mengusung warna nuansa pop balada yang manis dengan susunan yang
sangat epik nan berirama. Nuansa melankolia sangat mendominasi single ‘Hidup Tanpamu’ yang
menyesuaikan dengan tema kesedihan dari lagunya.
Suara instrumen piano yang dominan dengan perpaduan kualiti serta karakter vokal Keisya Levronka
yang sangat dinamik membuat lagu ini semakin indah dan terkesan megah serta sedap untuk
didengar.
Selain dilancarkan dalam bentuk audio dan video lirik, single ‘Hidup Tanpamu’ juga dapat dinikmati
dalam bentuk video muzik yang sudah ditayangkan sejak 16 Disember 2022 di akaun rasmi YouTube
milik Keisya Levronka. Klip itu diarah oleh Bobby Adrian Vitra dan Jessy Sylviani.
Dengan single ‘Hidup Tanpamu’, Keisya Levronka berharap mereka yang mendengarkan dapat
merasai ceritanya, dan mampu mendapatkan inspirasi dalam melalui situasi yang tengah dihadapi itu.
“Semoga dapat dinikmati oleh orang ramai. Dan, bagi mereka yang pernah atau sedang melalui cerita
lagu itu, moga ia dapat menjadi seperti penguat semangat, dan yakinlah kalau anda tidak sendirian,”
harap Keisya.
Jangan lupa dengarkan single ‘Hidup Tanpamu’ ini di semua platform muzik digital kegemaran anda.
Oh ya, kalau perlu siapkan tisu saat mendengarkannya. Enjoy, guys!

SIARAN MEDIA
Untuk kenali Keisya Levronka
Instagram: https://www.instagram.com/keisyalevronka/
Youtube: https://lnk.to/KeisyaLevronka/youtube
Twitter: https://twitter.com/keisyalevronkaa
Facebook: https://www.facebook.com/KeisyaIdol10
TikTok: https://www.tiktok.com/@keisyaleprongka

3 / 3

78%

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE