Skip to main content

Zynakal Terima Anugerah Komposer Muda Berpotensi MACP

 


MACP meraikan karya - karya ahlinya dengan penganjuran Anugerah MACP 2021 yang berlangsung dengan jayanya baru – baru ini. Anugerah MACP yang kebiasaannya dianjurkan setiap tahun terpaksa ditangguhkan pada tahun lepas ekoran penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak Mac 2020. Majlis ini telah berlangsung di The Bee, Publika pada 28 Disember 2021, Selasa dengan berskala kecil berbanding dengan sambutan anugerah pada tahun sebelumnya dengan pematuhan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Anugerah MACP 2021 kali ini mengangkat rapper, penyanyi dan komposer muda, Muhammad Raziq Rosli atau Zynakal sebagai penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi. Dilahirkan pada 19 Disember 1998, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang ini memulakan kerjayanya sebagai anak seni dengan penulisan untuk beberapa penyanyi popular tanah air antaranya Sabar - Ismail Izzani dan Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli. Anak saudara kepada penyanyi serta vokalis kumpulan Slam, Zamani telah menggunakan nama Zynakal sejak di bangku sekolah lagi. Kolaborasi beliau bersama Yonnyboii pada tahun 2019 melalui lagu Sakit telah meraih lebih 46 juta tontonan di Youtube.



Anugerah MACP turut meraikan pemenang dari pelbagai kategori iaitu Lagu Melayu Dendangan Terbanyak, Lagu Cina Dendangan Terbanyak, Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak, Lagu Tamil Dendangan Terbanyak, Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak, Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi, Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi, Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dan Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi.

"MACP sentiasa komited untuk terus menjaga kepercayaan yang diberikan oleh para ahli. Anugerah MACP ini diadakan sebagai pengiktirafan serta memberi semangat dan dorongan kepada penulis lirik dan komposer tanah air untuk berkarya tanpa putus asa. Jadikan anugerah ini sebagai batu loncatan untuk semua ahli pencipta demi menghasilkan banyak karya bermutu tinggi sejajar dengan kehendak pasaran kini." ujar Dato' M. Nasir, Pengerusi MACP Berhad.

Cik Mary Yap - Pengurus Besar MACP Berhad berkata "Setiap tahun anugerah ini diadakan demi meraikan karya - karya ahli kami.  Walaupun anugerah pada tahun ini diadakan dalam skala yang kecil dan hanya melibatkan calon - calon pemenang dan pengurusan tertinggi, MACP berharap dapat mengubati kerinduan kami meraikan ahli - ahli yang sentiasa kami nantikan dimana kebiasaannya MACP akan menjemput kesemua ahli bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. Akan tetapi, kami akur dengan keadaan sekarang yang memaksa kami untuk mengambil kira keselamatan awam untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pihak MACP Berhad mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan anugerah tahunan ini. Sokongan berterusan ahli serta penggiat seni akan sentiasa menjadi pembakar semangat serta dorongan untuk terus menjaga dan membela hak pencipta muzik di Malaysia.

Berikut merupakan senarai calon – calon dan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

1.     Lagu Melayu Dendangan Terbanyak

 

 

PEMENANG

 

Lagu:

Nyawa dan Raga

Sumpah

Hari Ini

Komposer:

Room None

Omar K & Naim Daniel

Hael & Ezra Kong

Penulis Lirik:

Iman Imran

Naim Daniel

 

2.     Lagu Cina Dendangan Terbanyak

 

PEMENANG

 

 

Lagu:

Drama Queen

Liu Lang Gou

Wu Zi Bei

Komposer:

Quasimodo

Huang Ming Zhi

(Namewee)

Li Zhi Ting

Penulis Lirik:

Ka Xi

Fang Wen - Shan

 

3.     Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak

 

 

 

PEMENANG

Lagu:

Man Behind The Glass

No More

I Am Me

Komposer:

Farid Fauzy, Ameerul Aswad, Gan, Afiq

Sona One

Edry Abdul Halim

Penulis Lirik:

Ameerul Aswad

           

4.     Lagu Tamil Dendangan Terbanyak

 

 

 

PEMENANG

Lagu:

Dhrogam

Yenggugiren

Pogiren

Komposer:

Shane Extreme & Princeten Charles

Jey Raggaveindra

Prashan Sean

Penulis Lirik:

Psychomantra

Gowri Arumugam

Mugen Rao

 

5.     Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak

 

PEMENANG

 

 

Lagu:

Wei Da De Miao Xiao

Angel and Devil

Ni Guang Fei Xiang

Komposer:

Lin Jun Jie

Ji Jia Song

Zhang Jia Cheng

Penulis Lirik:

Xiao Han

Zhang Mei Xian

 

6.     Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi

 

 

PEMENANG

 

Lagu:

Tian Hou

Piao Xiang Bi Fang

Qing Fei De Yi

Komposer:

Peng Xue Bin

Huang Ming Zhi (Namewee)

Theng Siaw Hang

Penulis Lirik:

Chong Keat Siong

 

 

 

 

 

 

7.     Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi

 

 

PEMENANG

Taja Archive Sdn Bhd

FMC Music Sdn Bhd

Luncai Emas Sdn Bhd

 

8.     Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi

 

PEMENANG

 

Sony Music Publishing Sdn Bhd

Universal Music Publishing Sdn Bhd

Warner Music Chappel Music (Malaysia) Sdn Bhd

 

9.     Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi

PEMENANG

 

 

Huang Ming Zhi (Namewee)

Dato’ M Nasir

Ezra Kong

 

10.  Komposer Muda Berpotensi

Zynakal

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam