SEARCH UMUM PENYANYI, PEMAIN BASS DAN PEMAIN DRAM BARU
Akhirnya
penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru
kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara.
Di
Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama
dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika. Malah,
Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya di ‘blind audition’ program
The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu
She’s Gone nyanyian asal Steelheart.
Pemain
gitar Search, Noordin Mohd Taib berkata, kemampuan Denden menyanyikan lagu
bernada tinggi amat sesuai dengan genre muzik Search.
“Search
memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan
amat sesuai dengan Search,” katanya.
Menurut
Noordin, Malah,
“Dengan
usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu
search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.
Selain
Noordin dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga
mengumumkan pemuzik berpengalaman luas iaitu Yan sebagai pemain bass mereka.
Yan
atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search. Yan pernah
menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985.
Selain
itu, Yan juga bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama
Wings) dan Search 10 Tahun.
Noordin
berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama
kumpulan itu.
“Yan
memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search
termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York,
Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.
Selain
itu, Search mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram. Sebelum ini Pae adalah
pemain dram undangan bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika beliau
mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.
Dalam
perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search
Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31
Disember 2021.
Noordin
berkata, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati
rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan macam-macam lagi.
“Ia
juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar
di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai
pameran.
“Ini
termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan
dipamerkan,” katanya.
Dalam
masa sama, Search turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu
www.fenomenasearch.com dimana Laman web tersebut di jadikan platform rasmi Search dan segala pengumuman,
agenda, perjalanan Search, koleksi jualan Search dan berita -berita mutakhir
akan dimuat naik di situ dalam waktu sama ianya juga adalah laluan penghubung
untuk segala urusniaga secara rasmi. Search juga dalam proses penyiapan akaun
media sosial seperti Instagram, Facebook dan youtube rasmi mereka.
Comments
Post a Comment