Skip to main content

MAT TUDUNG BEGINS ‘Selepas Sembilan Tahun, Filem Mat Tudung Muncul Dalam Versi Prekuel... Filem Pertama Arahan Dato Fizz Fairuz’




Ke$ka ditayangkan di pawagam pada tahun 2014, filem Mat Tudung yang dibintangi Dato Fizz

Fairuz dengan memegang watak Johari@Johanna mendapat sambutan yang sangat baik dan

menggalakkan daripada penonton.

Kini, setelah sembilan tahun, Fizz mengambil peluang untuk menghasilkan filem yang kedua

iaitu Mat Tudung Begins.

Menariknya, selain menjadi pelakon utama, Fizz juga ber$ndak selaku penerbit serta

pengarah untuk filem berkenaan.

Fizz berkata, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk menghasilkan filem tersebut sejak

lapan tahun lalu.

“Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau $dak, tetapi

$ada jawapan daripada mereka. Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain.

“Memang saya berminat nak buat sambungannya, cuma ia di bawah produksi Showbiz dan

ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,” ujarnya.

Jelas Fizz, setelah menunggu agak lama, akhirnya dia telah mendapat kebenaran daripada

Dato Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkan sendiri pada Mei

2022.

Namun begitu, dia menjelaskan untuk filem tersebut, ia bukanlah kesinambungan kepada

jalan cerita filem pertama.

“Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri,

tetapi bukanlah Mat Tudung 2.

“Sebaliknya, ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung

pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins,” jelasnya.

“Menerusi filem ini, ia menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat

Tudung dan rakan yang mencetuskan idea untuk dia menyamar,” ujarnya.


Menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Gen$ng Highland, Fizz

menyatakan ia masih mengangkat tema cerita sama iaitu tentang seorang lelaki yang

menyamar menjadi wanita untuk menyelesaikan masalah yang melanda sebuah keluarga.

Dalam pada itu, Fizz menyatakan filem pertama arahannya itu menyajikan sebuah jalan cerita

yang menarik serta sarat dengan elemen-elemen komedi yang mampu menghiburkan

penonton.

“Untuk filem Mat Tudung Begins ini, saya percaya ia lebih kelakar berbanding yang

sebelumnya dan saya yakin penonton akan rasa terhibur.

“Selain itu, saya juga menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat dan turut diserikan

lagi dengan kemunculan dua orang influencer terkenal,” jelasnya.

Fizz memberitahu, lebih menarik lagi dia menampilkan barisan ar$s-ar$s popular seper$

Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud dan Kazar Saisi serta dua influencer popular media

sosial iaitu Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri.

“Berkenaan dengan pemilihan pelakon, saya mengikut kepada trend sekarang iaitu pelakon

yang ‘boleh jual’ untuk melariskan filem ini.

“Saya tak pilih secara tangkap muat kerana nak memas$kan se$ap pelakon mampu

membawakan karakter masing-masing dengan berkesan supaya dapat memenuhi apa yang

saya mahukan,” jelasnya.

Mengenai cabaran untuk menghasilkan filem Mat Tudung Begins, Fizz berkata apa yang paling

mencabar apabila dia sendiri ber$ndak selaku penerbit, pengarah dan pelakon untuk

menyiapkan filem tersebut.

Malah, dia sendiri mengakui bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memikul $ga tugas

sekali gus bagi memas$kan apa yang dirancangnya membuahkan hasil.

“Nak merealisasikan impian saya ini bukanlah mudah, sehinggakan saya terpaksa menunggu

selama sembilan tahun.

“Saya lakukan pelbagai usaha, misalnya cari duit modal untuk pembikinan, jumpa orang sana

sini... alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan seorang insan yang bantu saya

merealisasikannya,” ujarnya.

Filem MAT TUDUNG BEGINS akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 OGOS

2023.


SINOPSIS

Mat Tudung Begins mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di

sebuah hotel. Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest – iaitu

sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat

tambahan bintang atau tidak. Namun pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara

rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu. Ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu

pengurus hotel tersebut.

Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga

yang datang menginap di situ adalah juri The Forbest. Ini kerana lagak dan gerak-geri keluarga

Dato Wahab dan Datin Mun bersama anak mereka, Neesa sangat mencurigakan dan mereka

tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya. Johari juga cuba mendekati Neesa, tetapi

gagal. Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung

bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa.


BARISAN PELAKON

Dato Fizz Fairuz - Johari/Johanna

Achey - Sabri /Sabrina

Isyariana - Neesa

Maryam Durian Kimchi - Da$n Mun

Kazar Saisi - Datuk Wahab

Fazlina Ahmad Daud - Madam Lola

Abang Gee - Abang Gee

Mimi Peri - Mimi Peri

PRODUKSI

Terbitan - Rain Maker Crea$on Sdn. Bhd.

Penerbit - Dato Fizz Fairuz

Pengarah - Dato Fizz Fairuz

Penulis Skrip - Aloy Paradoks

Pengarah Fotografi - Mohd Shaufe

Pengarah Seni - Mohd Halrimazle (Jambu)

Pembantu Pengarah - Muhammad Irfan bin Mohammad Poizi (Irfan Poizi)

PenyunAng - Reese

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam