`SITISM’ BUAH TANGAN TERBAHARU DATO’ SRI SITI NURHALIZA
Penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza memilih tarikh 30
Jun 2023 untuk
melancarkan album terbaharu beliau yang berjudul
Sitism. Album yang mengandungi 8 buah lagu ini
dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum
kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’
sebanyak 12 lagu didalam format digital dan
fizikal.
Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza
iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah
linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama
bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi
atau hala tuju album. Apabila nama Siti dan imbuhan
`ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata
nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di
dalam album solo ke-20 beliau.
Salah seorang penerbit dan komposer di dalam album
Sitism iaitu Aubrey Suwito adalah individu yang
kerap menggunakan Sitism atau Siti-ism bagi
menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurut beliau,
apabila Siti menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan
suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang
dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.
Menurut Siti, Sitism sangat bertepatan sebagai
judul album kerana selama lebih 27 tahun bergiat di
dalam industri muzik, beliau sudah menghidupkan
jenama Siti Nurhaliza dengan ciri beliau yang
tersendiri.
Tambah Siti, album Sitism adalah diri beliau yang
tersendiri seiring dengan peredaran masa dan
perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik,
lirik, imej serta persembahan beliau.
Fokus Siti adalah untuk membolehkan para peminat
beliau dapat mendengarkan 8 buah lagu terlebih
dahulu sebelum penambahan 4 buah lagu lagi akan
menjadi lebih istimewa apabila dikeluarkan di
dalam bentuk fizikal selain digital kelak.
Setelah berjaya dengan single pertama Menjaga
Cintamu yang dilancarkan pada 18 Mei 2023,
menerusi album ini, Siti mempertaruhkan lagu
berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh
Rozisangdewi yang berjudul Romansa Kita.
Romansa Kita membawa tema kehebatan kisah
percintaan yang berawal dengan sekadar impian
namun menjadi kenyataan apabila sepasang individu
menanam keyakinan untuk bersama-sama
sehingga ke akhir hayat mereka.
Selain Romansa Kita (Sharon Paul/Rozisangdewi),
lain-lain lagu yang terdapat di dalam album ini ialah
Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa
Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti
Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey
Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir
Hasan & Nuha Nik), Teratas (Tomok & Rudy
Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar
Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova
Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).
Album Sitism diterbitkan oleh Universal Music Sdn
Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd ini
boleh didapati di pelantar digital bermula 30 Jun
2023. Album penuh atau album `deluxe’ dijangka
akan berada di pasaran pada awal Ogos nan
Comments
Post a Comment