Skip to main content

Nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'Karnival SYOK Weh!

 
Nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'Karnival SYOK Weh!'
24 & 25 Sept, 10 pagi hingga tengah malam di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam
• Diskaun istimewa dengan baucer e-Kupon melalui aplikasi SYOK

Tentang ‘Karnival SYOK Weh’!
• Semua rakyat Malaysia boleh hadir ke ‘Karnival SYOK Weh!’ untuk menikmati persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi tanah air dan mengambil bahagian dalam aktiviti menghiburkan serta berpeluang menang pelbagai hadiah pada 24-25 September 2022, dari 10 pagi hingga 12 tengah malam, di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam.
 
• Di ‘Karnival SYOK Weh!’, semua boleh menantikan pelbagai aktiviti seperti:
o SYOK Hiburan: Nikmati persembahan daripada artis tempatan popular termasuk Haqiem Rusli, Aiman Tino, Fieya Julia, Zarul Umbrella, Andy Flop Poppy, Farahdhiya, Aziz Harun, Harith Zazman dan kumpulan Salam Muzik. Rakyat Malaysia juga boleh bertemu mesra bersama karakter disukai ramai, Pinkfong, Baby Shark dan Didi & Friends. Persembahan ini juga boleh distrim di SYOK Live melalui aplikasi SYOK.
o SYOK Makan: Menawarkan pengunjung pelbagai jenis makanan dan minuman lazat untuk dinikmati semua. Pengunjung juga boleh menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK.
o SYOK Fun: Zon seisi keluarga dengan permainan interaktif dan pengunjung berpeluang bawa pulang hadiah menarik.
o SYOK Sales: Pusat untuk membeli barangan keperluan harian termasuk produk makanan, produk kesihatan, barangan rumah dan menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK.
o SYOK Experience: Di mana pengunjung boleh menikmati demo menarik tentang aplikasi SYOK yang merangkumi kiosk podcast, radio dan penstriman video secara langsung.
 
• ‘Karnival SYOK Weh!’ ditaja oleh Lalamove dan IJM Rimbayu.
 
• Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi percuma SYOK hari ini melalui Apple Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
Ikuti

syok.my
fb.com/syok
instagram.com/syok

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam