Skip to main content

Perkenalkan, SUAV Dengan Raja Di Sini


 

Sofistikated dan lembut, begitu SUAV yang dianggotai tiga anak muda iaitu Adam Imanullah Izzuddin  (vokal, gitar, rap), Muhammad Akif Taqiuzaman bin Norzam, (vokal, gitar dan piano) serta Mohamad Ariff Mohamad Salleh Aludin (bass) mendefinisikan kugiran mereka. 

 

Membawa falsafah muzik bercampur Pop, Hip-hop, Elektronik dan Rock, SUAV muncul dengan single perdana yang diberi judul Raja Di Sini.

 

Raja Di Sini kata mereka menceritakan tentang seorang yang bertahan dan telah berjaya berada di kedudukan sekarang selepas melalui badai serta sepak terajang kehidupan.

 

Dirakamkan di Rumie Music Lab (RML) , Raja Di Sini mendapatkan sentuhan dari barisan karyawan dan legenda termasuk komposer dan penerbit  terkenal iaitu Aidit Alfian (penerbit), Alfa Booty (penolong penerbit), Rumie Booty (jururakam bunyi dan mixman) dan Retno Junaidi selaku pengendali studio.

“Demo lagu ini telah dirakam beberapa tahun lalu and ia mempunyai  susunan muzik yang sangat berbeza dari segi vibe dan lirik. Lagu ini dipilih untuk menjadi lagu perdana kami dengan nafas yang baharu dan susunan muzik yang agak berbeza dari 'pop rock band' di Malaysia,” ujar SUAV.

Ia  telah dirakam dalam tempoh kurang dari sebulan dan turut memiliki muzik video.

 

“Asal usul lagu ini sebenarnya apabila abang Aidit Alfian (penerbit kami) dilamar oleh sebuah projek indie yang meminta lagu runut bunyi filem Gantung The Movie yang akan disiarkan secara strim antarabangsa.

 

Filem ini adalah hasil tulisan novel Gantung 1 dan Gantung 2 oleh Nadia Khan, yang telah diadaptasi menjadi TV series Gantung The Series di ASTRO dan sebuah lagi TV strimIndonesia, dengan barisan pelakon yang sangat mantap seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam, Randy Pangalila, Brandon Salim, Mentari De Marelle dan Gita Sucia. Namun begitu, penggambaran ter’gantung’ seketika sewaktu PKP 2 tahun dan kesibukan jadual para pelakon,” terang Adam tentang asal usul lagu ini.

 

“Selepas melalui proses rakaman lagu Raja Di Sini ini, lagu dan video, SUAV sangat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan.

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas  bimbingan Aidit Alfian dan juga pengarah muzik video, Nabil Imran dari Mahakarya studios. 

 

“Kami berharap pendengar-pendengar dapat menghayati  ‘pengalaman’ sebenar dalam lagu ini melalui muzik videonya selain berharap lagu ini menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda,” ujar Akif pula.

 

“Syukur Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana menjadi penaja muzik video kami dan kepada Cendana kerana menjayakan penerbitan rakaman lagu kami,”tambah SUAV.

 

Sementara itu, selaku penerbit Aidit Alfian mengaku tidak sukar menjalin kerjasama dengan SUAV yang disifatkan sebagai memiliki banyak potensi. 

 

Tiga anak muda dengan masing masing berusia 24 tahun ini bukan sahaja berbakat dalam bidang instrumen, tetapi mampu menulis lagu dan menjadi komposer yang baik.

 

“Selain memberi kerjasama, mereka juga sangat mudah diajar. Potensi ataupun bakat SUAV selain dari bermain gitar dan menyanyi, sebenarnnya adalah dalam penulisan lagu dan lirik (songwriting). 

 

“Kekuatan mereka apabila mereka kerja bersama, bermaksud mereka bagus bersama dengan tanpa seorang ‘bintang’ dalam satu kumpulan.

 

“Sebagai komposer dan penulis lagu, saya sangat menggalakkan mereka untuk terus berkarya dan menulis lagu, kerana sememangnya mereka mempunyai bakat yang semulajadi dan kesungguhan untuk terus maju,” ujar Aidit Alfian.

 

Kini SUAV siap menempuh ‘badai’ dunia muzik sebenar setelah pertama kali ditubuhkan pada tahun 2015.

 

“Kami ingin mencipta lagu-lagu yang mampu menyentuh setiap kerumitan perasaan seseorang itu sebagai mana kami merasai,” kata Ariff pula.

 

Selain Raja Di Sini, SUAV sudah merencana untuk meluncurkan single kedua mereka berjudul Sunflower dalam masa terdekat. Single tersebut juga menerima sentuhan kerjasama dari Alfa Booty.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUAV, ‘sapa’ mereka di platform media sosial ini; www.instagram.com/suavofficial ,  www.tiktok.com/suavofficial_.Manakala link YouTube mereka pula ialah https://www.youtube.com/c/SUAVOfficial/featured

 

Muzik video kumpulan SUAV juga turut dilancarkan di laman YouTube pada 25 Ogos 2022 pada jam 9 malam. Raja Di Sini dapat ditonton di link: https://www.youtube.com/watch?v=LkW82_pCyY0

 

INFORMASI PEMBIKINAN LAGU RAJA DI SINI- SUAV

Label : Aidit Alfian Records
Komposer : Akif Taqiuzaman (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)
Penulis lirik : Adam Imanullah, Akif Taqiuzaman, Arrif Salleh (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)
Arranger : Adam Imanullah, Akif Taqiuzaman, Arrif Salleh, Alfa Booty
dan Aidit Alfian         Mixman & Sound Engineer : Rumie Booty
Studio Operator : Retno Junaidi
Recording : RML

Asst. Producer : Alfa Booty

Producer : Aidit Alfian
Project Manager : Nur Fareisha

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba