Skip to main content

BICARA JIWA’ ASWAN ANWAR PENUH BERMAKNA



 Nama anak kelahiran ‘Negeri di Bawah Bayu’, Sabah, Aswan Anwar mungkin jarang kedengaran di dalam arena arus perdana industri muzik Malaysia, namun bakat semulajadi yang dimilikinya wajar diberikan perhatian. Kini, Aswan hadir dengan single terbaharunya berjudul ‘BICARA JIWA’ yang turut menampilkan penyanyi berpengalaman dari kumpulan VE, Adeep Nahar, terbitan syarikat rakaman bebas, Sang Melodi Entertainment dengan label hiburan paling sensasi negara, Rocketfuel Entertainment.
  
   “Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah di atas kelahiran lagu ini yang merupakan hasil titik peluh di antara saya dengan Adeep Nahar yang merupakan rakan kongsi Sang Melodi Entertainment.
Bermulanya perjalanan seni saya ketika diberi peluang merakamkan 2 buah single bersama label ‘indie’ dari Indonesia sebelum berlakunya pandemik COVID-19 lagi. Dan setelah hampir 2 tahun segala aktiviti seni terhenti gara-gara tragedi COVID-19 membuatkan saya terfikir untuk menubuhkan label muzik sendiri bersama Adeep dan BICARA JIWA adalah karya pertama kami,” jelas penyanyi berusia 32 tahun ini.
BICARA JIWA yang dicipta sepenuhnya oleh komposer baharu dan berbakat, Karya Tujuh merupakan sebuah single dalam nuansa pop moden yang turut diselitkan dengan rangkap rap nyanyian Aswan sendiri menambah ‘perisa’ karya istimewa ini.
“Ini merupakan pengalaman pertama saya mencuba sesuatu yang baharu seperti menyanyi rap serta keluar dari zon selesa. Sebagai penyanyi kita perlu berani mencuba pelbagai genre untuk menjadi seorang penghibur yang versatil.
Proses rakaman mengambil masa selama 3 jam sahaja di Studio Novarts, Ara Damansara, manakala proses keseluruhan bagi penghasilan lagu ini memakan masa hampir setahun, merangkumi sesi latihan nyanyian dengan tarian bagi memantapkan mutu persembahan nanti,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) ini.
Idea asal BICARA JIWA datangnya dari Aswan sendiri yang mahukan sebuah karya yang menggambarkan hubungan keakraban di antara adik-beradik yang diterjemahkan ke dalam lagu, “Saya ini mengetengahkan konsep di antara adik dengan abang yang membicarakan tentang kasih sayang yang mendalam di mana masing-masing meluahkan isi hati untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

   “Watak utama dalam lagu ini adalah mengenai kasih sayang seorang adik terhadap abangnya. Segala penceritaan dalam bait-bait lirik adalah berdasarkan cerita sebenar yang dilalui bersama menuju ke arah yang satu. Hubungan mereka ibarat ‘isi dengan kuku’, begitu akrab dan tidak mungkin ada yang boleh memisahkannya kecuali Tuhan. Biarpun berlaku perselisihan faham, namun peribahasa Melayu ada menyebut ‘air dicincang tidak akan putus’.
Selain bidang nyanyian, Aswan turut mengendalikan perkhidmatan studio rakaman dan perniagaan makanan yang dikendalikannya sendiri sejak sekian lama, tambah artis baharu ini, “Saya ingin menjadi penyanyi yang dapat memberi motivasi kepada orang ramai melalui karya- karya saya, ibarat perjalanan hidup saya yang dimelodikan menjadi sebuah lagu dengan cerita teladan. Dan jenis muzik yang cuba saya sampaikan adalah universal dan tidak terikat dengan mana-mana genre.
Selain single, video muzik (MV) BICARA JIWA turut dilancarkan serentak dengan konsep penceritaan sebuah perhubungan antara adik dengan abang yang hidup di perantauan, katanya, “Jalan cerita MV dimulai dengan titik pertemuan saya bersama Adeep yang saya anggap seperti abang sendiri, hubungan keakraban yang terjalin ibarat saudara kandung masih utuh ke hari ini. Pelbagai rintangan telah kami lalui sebagai ‘anak perantau’ dan kami sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Menurut Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment, “Kami (Rocketfuel) berbesar hati di atas kerjasama dengan Sang Melodi Entertainment kerana ini merupakan kolaborasi bernas yang dapat memartabatkan artis-artis ‘indie’ yang ada di negara kita. Dan Aswan Anwar merupakan seorang penyanyi berbakat besar dan serba boleh.
“Semoga single BICARA JIWA diterima semua dan melonjakkan lagi nama Aswan sehingga dikenali ramai.

   Akhiri Aswan: “Harapan saya agar lagu ini diterima oleh semua dan memberi manfaat kepada pendengar muzik di luar sana.
“Semoga lagu ini menjadi pembakar semangat untuk kita meneruskan kehidupan dan juga meneruskan perjuangan serta berusaha menjadi lebih baik. Hargailah seseorang itu selama dia masih ada supaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari nanti.
Lagu ‘BICARA JIWA’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan juga Deezer.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba