Skip to main content

A NIGHT WITH ARA JOHARI


 
 Jenama besar dunia hiburan Malaysia yang popular, Rocketfuel Entertainment sekali lagi mengorak langkah bersepadunya dengan mempersembahkan sebuah konsert mini istimewa oleh penyanyi wanita popular, Ara Johari, konsert ‘A Night With Ara Johari’ pada 21 Sepetember 2022 nanti, bermula jam 9:00 malam, bertempat di ruang acara Nero Event Space, PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama.

 
“Ini merupakan impian saya setelah sekian lama untuk mengadakan sebuah ‘mini concert’ sejak mula bergelar artis. Macam mimpi rasanya apabila dapat mengumpulkan kesemua peminat yang menjadi tulang belakang ‘seketul’ Ara Johari ini, dan sekaranglah masanya yang sesuai untuk menghiburkan mereka semua yang tidak putus-putus menyokong kerjaya saya dari mula,” jelas Ara dalam nada syukur.

Selain mengungkapkan rasa syukur, Naib Juara Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) melalui lagu ‘Bunga’ ini berkata, “Idea disebalik projek ini sebenarnya sudah pun tercetus sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi, ketika itu kami bercadang untuk mengadakan konsert saya yang pertama dalam skala kecil tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Feros Sayna, jika bukan beliau yang merealisasikan impian saya untuk mengadakan konsert mini ini, ia tidak mungkin berlaku. Segala perancangan berlaku dalam tempoh yang singkat sejak bulan Jun lagi, namun berjalan dengan sangat lancar dan hampir 60% siap.

‘A Night With Ara Johari’ merupakan sebuah ‘showcase’ penuh intimasi dengan konsep yang santai, mengurangkan jurang di antara peminat dengan artis.

“Saya mahukan sebuah malam yang ‘intimate’ dan ‘chill’ agar dekat dengan peminat yang hadir, dan tema malam itu ibarat melakukan aktiviti ‘camping’ bersama teman-teman rapat kerana mahukan suasana yang relaks dan tidak terlalu mengikut protokol sebuah konsert. Jumlah tempat duduk yang disediakan hanya dalam 200 sahaja, jadi tiket adalah terhad,” kata Ara lagi.

Sebagai persiapan menuju malam konsert itu nanti, Ara akan mengadakan beberapa sesi latihan bersama komposer dan pengarah muzik popular tanah air, Zimi Sofazr serta latihan vokal bersama guru vokal, Shaffiq Erwin.

“Durasi konsert yang direncanakan adalah tidak melebihi 2 jam dan saya akan menyanyikan lebih kurang dalam 10 buah lagu kesemuanya.

“Penataan muzik pada malam konsert akan diaturkan oleh abang Zimi sendiri yang bertindak selaku pengarah muzik dengan diringi 6 orang pemuzik profesional tempatan, tidak banyak yang berubah dari segi susunan muzik kerana masih mengekalkan bunyi yang asal, dan saya meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya pada abang Zimi untuk menghasilkan magis pada malam konsert nanti.

“Ada kejutan yang bakal dilakukan seperti single baharu yang akan diperdengarkan secara eksklusif buat pertama kalinya yang belum dilancarkan di mana-mana ‘platform’ selain artis jemputan yang masih dirahsiakan namanya, kalau hendak tahu, kenalah dapatkan tiket cepat,” kata Ara.

Menurut Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment, “Peminat Ara kini berpeluang bertemu dan mendengar sendiri nyanyiannya secara ‘live’ dalam sebuah ‘mini concert’ istimewa yang dibawakan khas oleh Rocketfuel dalam usaha kami mempergiatkan acara-acara fizikal yang kini telah dibenarkan oleh kerajaan Malaysia.

“Semoga semua yang hadir pada ‘A Night With Ara Johari’ akan terhibur dan ‘enjoy’ dengan persembahan Ara.

Akhiri Ara: “Saya cuma berharap agar pengunjung dapat berhibur dengan persembahan saya dan berpuas hati dengan apa yang saya cuba persembahkan buat semua kerana inilah masanya saya menggembirakan mereka yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya dari mula.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam