Skip to main content

UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA DOMINASI ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-23 (AIM23)

 



 

Anugerah Industri  Muzik  (AIM)  yang  mengiktirafpengkarya muzik tanah air kembali diadakan selepas lima tahun ‘berehat’.Penganjuran  edisi  ke-23  yang  berlangsung  di  Dewan  Majlis  Bandaraya  Shah  Alam  (MBSA), kelmarinbukti AIM tidak pernah hilang taring, malah AIM23 kekal berprestij.Dalam  pada  peminat  muzik  tanah  air  meraikan barisan  pemenang  menerusi  lagu  dan penyanyi kegemaran  mereka  yang  dinobatkan  sebagai  terbaik,  tidak  dilupakan  tulang belakang di sebalik kejayaan itu.Pastinya, apa yang menjadi tumpuan pada AIM23 kali iniapabila syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia unggul dengan meraih 12 kategori daripada 21 kategori yang tercalon.Kemenangan itu terdiri daripada Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Sinar Mata  Hati  (Ernie  Zakri),Persembahan  Vokal  Terbaik  Di  Dalam  Lagu  (Berkumpulan):  Tunggu (V.E.),Album Terbaik:Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii),Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan  oleh  Artist  Luar  Negara:  Tak  Ingin  Usai  (Keisya  Levronka),Lagu  Inggeris Tempatan  Terbaik:  Game  of  Charades  (Sophia  Zuhri)dan Lagu  R&B/Hip  Hop  Terbaik:  CIAO (Joe Flizzow).Selain itu, Lagu Pop Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel),Rakaman Album Terbaik: Belagu  (Dayang  Nurfaizah),Rakaman  Lagu  Terbaik:  Tudung  Periuk  (Dayang  Nurfaizah),Susunan Terbaik Dalam Lagu: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah),Lagu Terbaik: Goodbye Hello (Ernie  Zakri  &  Syamel)dan Lagu  Nada  Dering  Jualan  Paling  Tinggi:  Adakah  Ini  Mimpi (Reedzwann).

 

SIARAN MEDIAPengarah  Urusan  Universal  Music  Malaysia,  Kim  Lim  berkata,  kemenangan  yang  diraih Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia dianggap sesuatu yang luar biasa apatah lagi selepas industri hiburan tanah air ‘lumpuh’ ekoran pandemik Covid-19  dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun.“Kita tahu sepanjang pandemik Covid-19  aktiviti  seni  tidak  dapat dilaksanakan  seperti sebelumnya.  Namun,  syarikat  rakaman  tidak  boleh  duduk  diam  saja.  Jadi,  apa  yang  dibuat adalah  memperkasakan  lagi  kandungan  di  platform  digital.  Justeru,  sepanjang  tempoh  itu, Universal  Music  Malaysia  dan  Def  Jam  Recordings  Malaysia  tetap  rancak  menghasil  dan menerbitkan lagu khusus buat peminat muzik tanah air.“Biarpun masih berdepan cabaran, tapi ia bukan halangan untuk syarikat rakaman berhenti daripada terus  berkarya  dengan  menghasilkan  lagu  dan  album  berkualiti.  Apatah  lagi  ini adalah asas yang menjadi keutamaan kami. Syarikat rakaman turut memberikan kebebasan kepada penyanyi untuk berkarya dan menunjukkan kreativiti mereka.“Apa pun, kemenangan pada AIM23 bukti kerja keras semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak dalam semua karya yang diangkat. Semoga ini menjadi pendorong dan pembakar semangat  untuk Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia menghasilkan lebih banyak karya berkualiti dan terbaik,”

 

katanya.MenurutKim Lim, tetap berharap aktiviti mempromosikan lagu secara lapangan diteruskan dan ia adalah tradisi yang tidak boleh dilupakan.“Walaupun sepanjang tempoh pandemik dan PKP itu kebanyakan aktiviti dijalankan secara dalam  talian  membabitkan  semua  platformdigital,  Universal  Music  Malaysia  dan  Def  Jam Recordings Malaysia masih menjaga kualiti itu. Dalam masa sama, aktiviti ‘on ground’ yang kebiasaan dibuat sebelum ini masih perlu dijalankan. Kita tetap nak ada ‘vibes’ itu,” katanya.Sementara itu, PengarahA&R & Pemasaran Universal Music Malaysia yang juga Ketua DefJam Recording Malaysia, Hermond Cheng berkata, dia turut berbangga atas pencapaian diraih Def Jam Recordings Malaysia.

 

SIARAN MEDIA“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang menang pada AIM23 terutama daripada Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia. Cukup bangga juga apabila Def Jam  Malaysia  bawa  pulang  dua  kategori  iaitu  Album  Terbaik:  Yonny  (Deluxe  Edition) (Yonnyboii) dan Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow).“Walaupun Def Jam  Recordings  Malaysia  ini  boleh  dianggap  pemain  baru  dalam  pasaran muzik  tempatan,  kemenangan  ini  adalah  bukti  yang  mana  kita  sentiasa  mahu  memberikan hasil  kerja  dan  karya  yang  berkualiti.  Dalam  masa  sama,  saya  percaya  sokongan  daripada semua pihak antara penyumbang kepada kejayaan ini,” katanya.Selan  itu,  Universal  Music  Malaysia  dan  Def  Jam  Recordings  Malaysia  turut  merakamkan terima   kasih   dan   penghargaan   kepada   beberapa   rakan   kerjasama   mereka   antaranyaRocketfuel   Entertainment   Sdn.   Bhd;   DN   &   AD Entertainment   Sdn.   Bhd;   Cloudworks Entertainment; Kasugi Timur Sdn. Bhd. / Wake The BabydanRUSA Marketing Sdn. Bhd.Bagi  penganjuran  AIM  ke-23,  pihak  penganjur  menerima  650  pencalonan  bagaimanapun hanya  105  disenarai  pendek  bagi  21  kategori  yang  dipertandingkan  untuk  karya  yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.Pengerusi  Persatuan  Industri  Rakaman  Malaysia  (RIM)  yang  juga  Jawatankuasa  Penganjur AIM23,  Rosmin  Hashim  Rosmin 

 

memaklumkan  seramai  113  juriterbabit  dalam  penilaian calon  dengan  setiap  kategori  diadili  antara  tujuh  hingga  10  pakar  dalam  bidang  masing-masing. Juri terdiri daripada Maestro Muzik, Datuk Mokhzani Ismail merangkap ketua juri, Omar K,DJ Fuzz,Adi  Priyo,Shah  Slam,Datuk  Syafinaz  Selamat,Fauzi  Marzuki,Datuk  Acis,Dato'  Afdlin Shauki,Mas Idayu, Noryn Azizdan ramai lagi.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba