Skip to main content

Kumpulam Radja & Repvblik Bergabung Di Dalam Satu konsert Reunion di Kuala Lumpur



   
   BARISAN lagu-lagu kumpulan Radja seperti Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakan Mu, Aku Ada Kerna Kau Ada yang begitu popular sekitar era 2001 dan tahun seterusnya masih diingati oleh peminat industri seni hiburan di Malaysia.
   Lagu-lagu kumpulan yang menampilkan vokalis Ian Kasela ini pernah menduduki carta lagu-lagu popular di negara kita serta masih menjadi pilihan halwa telinga 
ramai pendengar.  

   Terkini setelah sekian lama menyepi termasuk pandemik Covid-19, kumpulan dari Indonesia ini muncul kembali dengan Reunion di Kuala Lumpur serta turut menampilkan Kumpulan Repvblik.
   Walaupun berasal dari Indonesia, lagu-lagu mereka diakui telah berjaya menambat hati peminat-peminat
di Malaysia. 

   Berita ini pastinya disambut girang oleh peminat-peminat fanatik kedua-dua kumpulan ini. 
   Radja Repvblik akan menyorot kembali kenangan silam dengan lantunan vokal Ian Kasela dan Rury Repvblik dengan hits mereka Sandiwara Cinta, Sayang Sampai Mati , Aku Tetap Cinta, Aku Takut dan banyak lagi.

   Kedua-dua kumpulan popular ini akan berada sepentas menyantuni peminat dengan Konsert Radja Repvblik di lokasi berprestij WTC KL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) pada 13 November 2022,  jam 8.30 malam. 

   Menariknya, konsert anjuran Angkasa Mukmin Sdn Bhd ini bakal menemukan semula anggota asal kumpulan Radja setelah mereka berpecah seketika. 
   Kuala Lumpur adalah ibukota pertama di luar Indonesia yang menyaksikan gabungan semula (reunion) Radja ini. 

   Konsert bakal berlangsung selama satu setengah jam sehingga dua jam yang akan dimulakan dgn Repvblik menerusi persembahan lagu-lagu hits mereka. 
   Selepas itu, pentas akan diambil alih oleh Radja pula dengan persembahan lincah dan bertenaga mereka. 

   Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin Sdn Bhd, Yusni Ismail berkata, mereka sangat berbesar hati apabila lamaran untuk mendapatkan Radja dan Repvblik membuat persembahan berkonsep 2 band 1 panggung di Kuala Lumpur mendapat jawapan positif. 
   Tiket-tiket untuk menonton boleh didapati dengan melayari www.ilassotickets.com.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam